~Sifat Wanita Yang Terindah~

130 14 0
                                    

10 Sikap Wanita Yang
Lelaki Patut Faham.

Kami ini orang perempuan memang dijadikan Tuhan sebagai insan yang sensitif dan kuat semangat.

Bagi lelaki-lelaki yang sudah lama up atau baharu nak up, bacalah. Moga-moga senang nak faham perempuan.

1. Banyak cakap.

Orang perempuan, memang Tuhan berikan kuasa bercakap paling istimewa. Masa kan tidak, masa  mak kita tengah bersalin, yang tukang jerit 'push push push' tu pun nurse perempuan . Yang dok jerit-jerit kesakitan nak keluaran anak pun perempuan, mak kita.

Masa tengah meneran anak pun boleh lagi cakap, 'dah keluar ke anak aku?'

Lelaki tak cakap banyak. Dok diam tepi katil sedu sedan sebab takut tengok darah. Ada yang pengsan oii.

2.  Prihatin Sangat.

Kami ini, prihatin sangat. Baju lelaki colour tak match sekeluarga pun akan rasa kurang. Rambut boyfriend, tunang atau suami tak pakai minyak cukup pun kami bising. Bukannya apa, takut orang kata kami tak tahu jaga orang lelaki. Malu lah.

"Awak makan apa?"

"Okey tak hari ini?"

"Tidur semalam, okey tak?"

Nampak tak bagaimana perempuan prihatin.

Lelaki tak tahu, sebenarnya perempuan bergelar isteri, tunang atau girlfriend kalau sudah sayang maka akan jaga tentang lelaki itu. Kalau boleh, makan pun kena suap. (ah, melampau). Kalau dapat, tak mahu lelaki basuh pinggan. Guna pinggan pakai buang jerrr.

3.  Moody.

Alhamdulillah. Perempuan ditakdirkan moody. Bayangkan jika tidak? Orang lelaki tak tahupun tahap kesihatan hormon dan mental perempuan ketika itu. Baik tak Allah? Allah berikan perasaan yang mudah turun dan naik.

Itulah uniknya perempuan. Eh, dah namanya perempuan.

Kadangkala, moody itu petanda mahukan perhatian suami, tunang atau boyfriend. Apalagi yang ada masalah depression atau hormon tak baik masa menjalani apa-apa rawatan melibatkan steroid.

Lelaki tak suka nak pujuk. Kata sayang??

4. Datang Bulan.

Tengok. Allah kurniakan datang bulan ni sebab Allah sayang. Perempuan dapat cuti. Boleh buat kerja lain, selain kerja yang malas aku nak sebut. Ketika ini kami sedang membuang toksin dan racun dengan lebih efektif.

Lelaki bukannya tak unik, tapi dalam hal ini kami dapat keistimewaan. Sebab itu Islam melarang lelaki memakai emas. Kerana bahan chemicals dari emas itu tidak dapat disingkirkan banyak, kau orang bukannya ada datang bulan.

5. Tidak Mudah Tergoda.

Letaklah lelaki 10 orang berbaris di hadapan kami. Tak pandang dengan hati. Cukup dengan mata. Kalau sudah ada suami, tunang atau boyfriend biasanya perempuan tak layan lelaki layan. Macam kami tengok patung dekat shopping mall je.

"Lawa pula baju patung ni pakai."

Tak jatuh hati dengan patung. Jatuh hati dengan baju.

Lelaki lain. Kerbau pakai kain batik pun nampak macam pramugari.

Hmm.

6.  Pentingkan Relationship.

Kami menang dalam hal ini. Walaupun berkerjaya, hubungan adalah nombor SATU. Bayangkanlah , masa bekerja, suami, tunang atau boyfriend sakit atau hadapi gundah gulana , maka kami akan jadi stress.

Kalau tengah marah dengan pasangan, kami sanggup abaikan sekejap marah itu. Why? Fikirkan hubungan dan perasaan pasangan. Nanti kalau tak layan, lelaki akan terasa hati.

Lelaki, masa gaduh dia tak kisah sangat pasangan dia merajuk. Bagi mereka, pandai-pandai lah kita ni baik sendiri.

Hmm lagi.

7. Detail Sangat.

Ya Allah. Aku perasan. Kami ini tak tahu fikir hari ini saja, diberikan satu isu dalam perhubungan maka akan selam hingga 20 tahun akan datang. Tak mahu berfikir sedikit. Detail kami, lelaki memang tak boleh hadap.

Sebab itu kami tahu bila dating pakaian, makanan masa itu, suasana ketika itu dan siapa jiran duduk di meja sebelah kami ingat.

Even cendol tak sedap waktu itu pun kami boleh ingat.

Hangpa boleh dak?

8. Mudah Dengar Arahan.

Aku setuju yang lelaki suka betul beri arahan. Tetapi kami suka mendengar arahan. Jarang nak bantah-bantah. Kalau membantah pun masa nak pergi rumah orang kahwin. Kami nak pakai tudung berbelit, pasangan pula arahkan pakai bawal.

Macam aku ni, kalau orang kata iya, aku iyakan saja. Yelah, jenis yang dengar arahan.

"Put down your phone, please!"

Aku cepat-cepat letak fon tepi. Dengar arahan.

Lelaki jarang dengar arahan. Ego mereka ni kadangkala lain macam. Kita cakap jangan bawa laju kereta, dia bantai lagi laju. Pelik dak? Sebab itu yang ramai kena saman jalan raya, lelaki.

9. Banyak Mengalah.

Perempuan. Kalau lelaki buat hal, perempuan selalu mengalah. Hati dah koyak rabak pun still mengalah. Masih tetap beralah. Sebab apa? Sebab anak. Sebab hubungan.

Lelaki?

Tak apalah. Bukan kau seorang saja perempuan.

Aduhaiiii! Geram!

10.  Sama-sama Mahu Menyelesaikan.

Perempuan ni suka betul berkerjasama. Bantu pasangan. Tak kisahlah hal kerja office, di rumah atau ketika ada masalah. Kami suka betul nak ringankan masalah lelaki yakni pasangan. Kadangkala, masalah itu datangnya pun dari lelaki.

Lelaki ni, kadangkala rasa dia sajalah yang boleh selesaikan masalah. Ya Rabbi.

.

.

Macam aku ni, perempuan sejati yang semua ada. Moody, baik hati, happy go lucky dan sebagainya.

Tarbiah Cinta Wanita 🩷Where stories live. Discover now