Aurelia duduk sambil memeluk kakinya di sisi kolam renang. Matanya memandang permukaan air kolam yang menenangkan itu, setenang wajahnya. Getaran yang terhasil dari iPhone dalam tangannya menyentakkan Aurelia. Dia memandang skrin iPhonenya. Berkerut dahinya bila melihat unknown number yang menghantar whatsapp kepadanya. Aurelia membaca whatsapp tersebut.
Jom teman aku keluar. Aku tunggu kau kat luar.
-Zaf
Berkerut kening Aurelia. Asal pulak mamat ni tiba-tiba ajak aku keluar? Tak puas lagi ke siang tadi dera dia untuk makan sampai merah wajah Aurelia dibuatnya cuba menelan sayur-sayuran.
"Kakak, Abang Zaf is waiting for you!"
Aurelia dah apakah? Seriuslah? Aurelia bangun dari duduknya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia memandang Zafriel yang sedang berborak dengan daddynya di ruang tamu. Aurelia mengeluh sebelum menaiki tangga untuk bersiap. Kalau ikutkan, nak je dia keluar dengan pakai pyjama ni.
Aurelia lengkap dengan t-shirt putih dan jeans. Dia memakai jacket hitam bagi menutup bahagian lengannya yang terdedah. Shawl yang bewarna hitam dililit dengan kemas dan menutupi bahagian dadanya. Selesai sahaja, Aurelia mencapai iPhone, purse dan kunci keretanya. Kakinya melangkah menuruni tangga, menuju ke ruang tamu. Zafriel sudah tidak berada di situ lagi.
Aurelia sempat menyalami tangan Zarif dan Nura sebelum keluar. Dia memandang Zafriel yang berada di atas motorbike yang berkuasa tinggi.
"Nak pergi mana?" soal Aurelia. Zafriel memandang Aurelia.
"Kalau ye pun, naiklah dulu."
Aurelia membulatkan matanya. "Naik motorbike dengan kau?! Are you kidding me right now?! Kau tak nampak ke aku ni ayu dengan tudung and you are asking me naik this motorbike dengan kau?! Kau jangan sampai aku sepak kau balik Scotland Zafriel Fiyan!"
Tu dia.. Aurelia versi singa dah muncul. Zafriel menghelakan nafasnya.
"Aku taulah. I'm just kidding okay." kata Zafriel. Aurelia menjelingnya. Zafriel turun dari motorbikenya dan melangkah ke arah Aurelia yang bermuka masam.
"Kita naik kereta kau. And you drive." kata Zafriel selamba dan melangkah masuk ke dalam kereta Aurelia. Aurelia mengetap bibir. Tak guna punya mamat. Aurelia melangkah masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Dia memandang Zafriel.
"Nak pergi mana?"
"Our school."
Aurelia memandang Zafriel. "Hah?"
"I don't repeat myself, Aurelia."
Aurelia mencebik. Dia mula memandu keretanya keluar dari perkarangan banglo keluarganya. Keretanya meluncur laju membelah jalan raya. Aurelia mengerling Zafriel yang leka dengan iPhonenya.
Kereta yang dipandu oleh Aurelia mula memasuki perkarangan sekolah mereka dulu. Zafriel dan Aurelia sama keluar dari kereta. Zafriel melangkah ke arah pintu tangga untuk ke rooftop sambil diikuti oleh Aurelia.
Mereka sama menaiki tangga ke rooftop sekolah itu. Dari atas rooftop itu, Zafriel dan Aurelia dapat melihat pemandangan kawasan di sekeliling sekolah itu. Aurelia senyum. Cantik.
Zafriel mengerling Aurelia yang berdiri di sebelahnya. "Sedih lagi ke?" soalnya. Aurelia memandang Zafriel yang turut memandangnya.
"Sedih? Sedih kenapa?"
Zafriel menyelukkan tangannya dalam poket seluarnya. "Pasal wedding tak jadi kau?" Aurelia terdiam. Dia kembali memandang ke depan.
"Mind to tell me about your ex husband-to-be?" soal Zafriel. Aurelia hanya diam. Pandangannya mula dikaburi dengan air mata. "Ara, look at me." arah Zafriel. Aurelia hanya diam, tidak berganjak. Wajahnya ditundukkan. Air matanya jatuh terus mengenai lantai rooftop itu.
YOU ARE READING
Hate To Love ✔
RandomHubungan yang dijalinkan selama dua tahun berakhir apabila sang jejaka melarikan diri pada hari untuk mengikat tali perkahwinan. Aurelia terduduk tidak memahami mengapakah Anas Mikael meninggalkan di hari perkahwinan mereka. Zafriel Fiyan yang bera...