Aurelia merempuh bilik tidur Ilaisa dan Ilaiqa. Selimut yang menyelimutkan badan mereka ditarik dengan kasar. Kaki kedua-dua gadis itu ditepuknya.
"Bangun sekarang!"
"Apa ni kak?!" Ilaisa spontan bangun apabila kakinya ditepuk kasar. Dia menggosok matanya yang masih lagi kabur pengelihatannya. Ilaiqa menguap sambil matanya masih dikatup rapat.
"Korang cakap kat aku sekarang, why the hell are you guys doesn't even told me about Abang Zaf korang yang accident?! Why?!" jerkah Aurelia. Terbuka luas mata Ilaisa dan Ilaiqa bila mendengar jerkahan kakak sulung mereka itu. Mereka memandang Aurelia yang bercekak pinggang memandang mereka.
"Mana akak tahu Abang Zaf accident?"
Aurelia senyum sinis. "That's not important! Now tell me, kenapa korang tak sentuh sikit pun pasal Abang Zaf korang yang accident?! Aku tak layak ke untuk tahu pasal dia?!"
Ilaisa dan Ilaiqa diam tidak berkutik.
"Jawablah!"
Terhinjut bahu Ilaisa dan Ilaiqa saat jerkahan kakak sulung mereka singgah di telinga. "Kak.."
"Daddy yang tak suruh mereka bagitau."
Aurelia berpaling memandang Zarif yang melangkah ke arah mereka. "Why daddy?"
Zarif mengeluh. "Masa tu, Ara baru je kehilangan Mikael and did you expect yang daddy akan bagitau benda yang akan menambahkan lagi kesedihan Ara? Hmm?" soal Zarif.
"But daddy, I deserves to know about it. And how could you guys sembunyikan benda ni daripada Ara?" soal Aurelia lirih. Zarif menghelakan nafasnya. Dia memegang lembut bahu Aurelia.
"Ara, kehilangan Mikael buat hidup Ara tak teratur for about one month. And then what? You are expecting us to tell you everything dan what will happen to you? Huh?" soal Zarif. "We love you. Sebab tu kitaorang tak bagitau apa-apa dekat Ara. Daddy tak nak keadaan Ara akan jadi lebih teruk bila Ara dapat tahu pasal keadaan Zaf. So please, don't misunderstand our action." sambung Zarif.
Aurelia diam dalam dia meraup wajahnya. "He doesn't even know me." bisiknya perlahan.
"Yes. That is why we are hiding this from you. Kalau Ara dapat tahu dia accident, daddy rasa Ara takkan dapat apa yang Ara dapat hari ni. Kalau daddy bagitau yang Zaf amnesia, AraNina Design will not exists. Sebab apa? Sebab Ara akan layan perasaan sedih Ara tu for how many months? I don't even sure. Benda tu yang akan affect your mental health. Daddy tak nak Ara sakit." jelas Zarif panjang lebar.
Aurelia terduduk di birai katil.
"Now Ara dah tahu pasal Zaf, you know what you should do. Give us the old Zafriel. Daddy tahu, Ara mampu kembalikan dia kepada kita."
Aurelia diam.
Give us the old Zafriel.
•••••||•••••
Aurelia berjalan di sekitar ruang tamu yang kosong itu. Matanya meneliti setiap ruang yang terdapat di ruang tamu tersebut sambil tangannya mencatat apa-apa yang perlu dicatat. Sambil itu, kepalanya mula merancang pelbagai jenis rekaan yang sesuai untuk digayakan di ruang tamu ini.
"Ara, jom keluar makan. Aku dah lapar ni."
Aurelia berpaling memandang Mikayla yang baru sahaja turun dari tingkat atas rumah itu. "Kau dah tengok tingkat atas ke?" soalnya sambil menutup buku notanya. Beg galasnya yang diletakkannya di atas meja di tengah-tengah ruang tamu dibuka zip. Buku notanya dimasukkan di dalam begnya itu sebelum digalasnya.
"Dah. Serabut kepala aku tengok tingkat atas rumah ni. Dah macam sarang tikus, kau tahu? Tak faham betul aku macam mana tuan rumah ni jaga rumah ni." bebel Mikayla sambil mereka melangkah keluar dari banglo dua tingkat itu.
YOU ARE READING
Hate To Love ✔
RandomHubungan yang dijalinkan selama dua tahun berakhir apabila sang jejaka melarikan diri pada hari untuk mengikat tali perkahwinan. Aurelia terduduk tidak memahami mengapakah Anas Mikael meninggalkan di hari perkahwinan mereka. Zafriel Fiyan yang bera...