3

19.9K 1K 22
                                    

Aurelia menanggalkan seatbeltnya. Dia melangkah keluar sambil diikuti oleh Zafriel. Zafriel duduk pada bahagian bumper depan kereta.

"Thanks sebab hantar aku."

Zafriel mengangguk sambil dia memusingkan kunci keretanya. "Jumaat ni, kelas kau habis pukul berapa?" soal Zafriel.

"5 petang."

"Okay. Jummat nanti aku ambik kau."

"Eh tak payahlah. Aku ingat nak stay kat sini je hujung minggu ni. Nak siapkan assignments." bantah Aurelia. Zafriel menjongketkan keningnya.

"Did I give you a choice? No right?"

Aurelia mengetap bibir. Dah datang dah sikap suka mengarah dia ni. Dengan muka ketat dia tu, dengan dingin dia tu mengalahkan ais kat Kutub Utara.

"Zaf, aku cakap tak payah kan? Aku busylah minggu ni." kata Aurelia, cuba membuatkan Zafriel memahami hidupnya sebagai student.

"Again, Aurelia Imanina. You have no choice. Aku akan tunggu kau kat sini tepat 5 petang. Kalau kau lambat 10 minit, aku sendiri yang pergi masuk kelas kau, angkat kau turun." ugut Zafriel dengan wajahnya yang tidak beriak. Aurelia mengetap bibir.

"Eii kau ni! Tak faham bahasa ke?! Nak aku cakap Scottish, baru faham ke?!" marah Aurelia. Zafriel senyum senget.

"Cakaplah. Nak dengar."

Aurelia mengepal penumbuk. "Kau jangan sampai aku sepak kat balik Scotland, Zafriel." balas Aurelia. Zafriel senyum sinis.

"Like I care?" balas Zafriel selamba. "Make sure kau dah ada kat sini tepat pukul 5 Jumaat karang." kata Zafriel sebelum berdiri. Dia melangkah ke arah Aurelia. Badannya didekatkan dengan Aurelia. Wajahnya didekatkan pada telinga Aurelia.

"You know me well. I can do what I said just now if you are not here by 5." bisiknya dengan nada yang agak creepy pada pendengaran Aurelia. Aurelia terus menolak dada Zafriel.

"Fine! Dahlah, pi balik sana!" halau Aurelia. Zafriel senyum sinis padahal dalam hati dah bantai gelak tengok wajah cemberut Aurelia. Zafriel melangkah masuk ke dalam keretanya. Sempat lagi dia mengutuk gadis itu.

"Study well, shortie."

"Zafriel Fiyan!!"

Zafriel tergelak saat dia memasuki keretanya. Bahagianya dia gelakkan Aurelia yang macam gunung berapi nak meletup hahaha.

Aurelia merengus. Dia berpaling. Dan saat itu juga, entah dari mana si Firyad muncul.

"Mak!" Aurelia terus memukul badan Firyad dengan bukunya akibat terkejut. Mengaduh jejaka itu dibuatnya. Aurelia menutup mulutnya dengan buku tebal di tangannya.

"Err .. Sorry. Aku tak sengaja." pinta Aurelia. Firyad memandang gadis itu sebelum tersenyum.

"Nahh .. It's okay. Tak sakit mana pun." berbanding dengan sakit hati I tengok you mesra dengan lelaki lain.

"Siapa tadi tu?" soal Firyad terus. Aurelia berpaling memandang kereta Zafriel yang sudah keluar dari perkarangan universiti itu.

"Tu? Orang gila." balas Aurelia selamba. Firyad mengerutkan dahinya.

"Orang gila?" soal Firyad. "Takkanlah orang gila macam tu, you mesra sangat dengan dia?" soal Firyad berbaur cemburu. Aurelia memandang jejaka itu.

"Of course dia bukan orang gila. Tapi dia tetap gila bagi aku." kata Aurelia sebelum melangkah meninggalkan Firyad. Firyad mengerutkan dahinya. Tak faham apa yang Aurelia cakap.

••••||••••

Nawal dan Naura yang baru keluar dari kelas mereka memandang pelajar-pelajar sekolah mereka yang berbisik-bisik. Mereka berpandangan dan sama menjungkitkan bahu. Nawal dan Naura melangkah, meredahi lautan pelajar itu.

Hate To Love ✔Where stories live. Discover now