Aurelia keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga dan melangkah ke arah dapur. Matanya memandang kelibat Mikael yang tertidur di atas meja makan. Dia melangkah ke arah Mikael.
Nafasnya dihela. Kalau difikirkan rasa marah dia semalam, memang dia biarkan je Mikael ni kat sini. Aurelia menyentuh lembut lengan Mikael.
"Mika, bangunlah. Kenapa tidur kat sini?"
Mikael tidak bergerak. Aurelia mengerutkan dahinya. "Mika, bangunlah. I nak pergi kelas ni. You pergilah tidur kat atas."
Mikael masih kaku. Aurelia sudah berdebar. "Mika?" Tangannya cuba memalingkan badan Mikael. "Mika?"
Terbeliak Aurelia saat melihat darah di bibir Mikael. "Mika? Mika?" Aurelia menggoncangkan badan Mikael namun jejaka itu masih tidak sedarkan diri. Aurelia pantas menyeluk poket sweater yang dipakainya untuk mengambil iPhone. Nombor Kayla pantas didail.
"Cepatlah jawab."
Seketika kemudian, panggilan berjawab. "Kayl!"
"Eh, kenapa ni Ara?"
"Mika.. Mika pengsan. Ada darah.. Kayl.."
"What?! Okay, Ara, awak sabar okay? Jangan nangis. Saya akan datang dengan ambulans."
"Cepat sikit tau Kayl."
"Okay, okay."
Aurelia menamatkan panggilan. "Mika, please wake up." bisik Aurelia perlahan.
•••••||•••••
"Ara, awak tunggu kat luar ye?"
Aurelia sekadar mengangguk. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di luar operation theatre tersebut. Mukanya diraup. Deringan daripada iPhone nya menyentakkannya. Panggilan daripada mummy nya itu pantas dijawab.
"Ara okay tak?"
"Ara okay mummy. Tapi Mika .. "
"Ara sabar ye sayang? Insya Allah Mika takde apa-apa."
"I hope so."
"Ara, kalau ada apa-apa, just call mummy tahu?"
"Okay, mummy."
Selepas berbalas salam, Aurelia menamatkan panggilan. Dia meletakkan iPhone nya di atas ribanya. Dia memandang pintu operation theatre yang masih tertutup rapat tersebut.
Ya Allah, kau selamatkanlah dia.
"Ara!"
Aurelia mengangkat muka. Dia memandang Calvin yang berlari anak ke arahnya. "Macam mana dengan Mikael? He's okay?" soal Calvin.
Aurelia menggeleng. "Saya tak tahu. Dia masih kat dalam."
Calvin menghelakan nafasnya. Dia melabuhkan punggung di sebelah Aurelia. "Ara sabar ye? Mikael akan okay. Banyakkan berdoa." pujuk Calvin.
"I hope so."
Calvin hanya diam bila dilihatnya gadis itu tampak tertekan.
•••••||•••••
Aurelia merenung Mikael yang hanya terbaring tidak sedarkan diri di atas katil pesakit tersebut. Kayla masuk ke dalam ward Mikael. Dia memandang Aurelia yang duduk di sebelah Mikael.
"Ara.."
Aurelia memandang Kayla. Kayla senyum kelat. "Saya nak cakap sikit dengan awak. Pasal Mikael."
Aurelia mengangguk. Mereka sama melangkah keluar ke arah bilik kerja Kayla. "Duduklah." jemput Kayla. Aurelia menarik kerusi di hadapan Kayla.
"Apa yang saya perlu tahu Kayl? Apa yang korang rahsiakan daripada saya?" tanya Aurelia bertubi-tubi. Kayla menarik nafas.
YOU ARE READING
Hate To Love ✔
SonstigesHubungan yang dijalinkan selama dua tahun berakhir apabila sang jejaka melarikan diri pada hari untuk mengikat tali perkahwinan. Aurelia terduduk tidak memahami mengapakah Anas Mikael meninggalkan di hari perkahwinan mereka. Zafriel Fiyan yang bera...