****
****
{ Happy Reading My Beloved Readers }
Selepas habis prep malam, dreamies, yangyang, hendery, mark pergi ke dewan makan untuk supper.
"Geng jom balik dorm" ajak jeno. Jadi mereka semua pun bergerak untuk balik dorm. Semasa dalam perjalanan ke dorm,
"Haih tiba-tiba bulu roma aku meremang pulak" kata renjun.
" ASAL KAU TEGUR!!!" kata haechan lalu memukul kepala renjun.
" aku cakap je kot!" Balas renjun.
"Hei hei jangan gaduh lah" kata mark sambil menarik haechan menjauh dari renjun.
Setelah menjejak kaki ke dalam asrama,
"Eh itu bukan xiaojun-ge ke?" Kata yangyang sambil menunjuk ke arah xiaojun yang sedang duduk di tepi public phone.
"Haahlah asal dia duduk situ? Dahlah gelap." Tanya renjun.
"Buang tabiat ke xiaojun ni malam-malam" ucap hendery.
"Dia tengah call kot" ucap chenle.
Semasa mereka menaiki tangga untuk ke dorm mereka, mereka terserempak dengan xiaojun yang hendak turun.
"Xiaojun hyeong?" Tanya jisung pelik.
"Eh hyeong bukan ke hyeong dekat bawah tadi?" Tanya jaemin.
"Eh apa kau merepek ni? hyeong dari tadi dekat dorm. Tak percaya tanya hyeongdeul dekqt dorm" kata xiaojun.
"Tapi tadi kitaorang nampak kau dekat public phone. Kau duduk dekat kerusi" kata hendery.
"Eh?! Kau saja kan nak takutkan aku? Eyyy jangan melawak lah malam-malam ni" ucap xiaojun.
"Serius kitaorang semua nampak kau dekat public phone sorang-sorang tadi! Aku ingat kau tunggu hendery balik" ucap Mark.
"Tapi tak logik nya kalau xiaojun hyeong tunggu hendery hyeong dekat tempat gelap tu. Hyeong kan penakut. Tapi kalau hyeong tengah call itu lain cerita" sambung haechan.
"Sumpah tak tipu gege!" Pekik chenle
"Jangan merepek malam-malam lah. Malas aku layan. Blah ah aku nak terkencing dah ni" kata xiaojun lalu turun ke bawah.
"Eh tapi betulkan xiaojun hyeong dekat bawah tadi. Semua nampak kan?" Kata jeno.
"Haah!" Balas mereka.
"Habistu siapa pulak yang duduk dekat bawah tu?" Tanya renjun.
"Seram syiall. Meremang bulu roma aku" kata hendery.
"Lele pun" kata chenle.
"Tiba-tiba aku rasa seram pulak" kata jaemin.
"ARGHHHHHHHHHHHH!!!" Jerit chenle lalu berlari diikuti yang lain masuk ke dalam dorm.
Mereka dengan tergesa-gesa naik tangga. Kalau jatuh, pastu sakit, tolak tepi dulu. Sekarang yang penting takut.
Bila dah masuk dorm semua lompat atas katil taeyong(mark,haechan,yangyang), doyoung(renjun,jeno,jaemin) & kun(jisung, chenle, hendery). Yang dormates lain dah tayang muka pelik.
"Asal korang ni masuk-masuk dorm je jerit-jerit pastu terus lompat atas katil dah kenapa? Cuba cerita? Apa masalah korang?" tanya doyoung.
"Asal muka korang pucat? Tak sihat ke?" Tanya taeyong risau.
"Hyeong tadi kami nampak hantu menyerupai xiaojun!!!" Kata mark.
"Huh?" Balas taedokun.
"Apa korang merepek ni xiaojun dari tadi dekat dalam dorm" balas kun.
"Haah. Elok je dia melepak dengan lucas main PUBG tadi" ucap taeyong.
"Betul hyeong~Tadi masa kami baru balik dari DM kami ternampak xiaojun tengah duduk dekat kerusi dekat dengan public phone pastu kitaorang ingatkan dia tengah call jadi kitaorang biar je lah. Tadi bila kitaorang nak naik dorm kitaorang terserempak dengan xiaojun. Dia kata dia memang dekat dorm. Tu yang kitaorang lari tu" terang hendery.
"Haaaaa padan muka~ lain kali tak payah dengar cakap hyeong. Orang dah cakap suruh balik dorm sebelum pukul 23:00pm ni tak, DEGIL! Haaa padanlah muka 'benda' tu usik korang" bebel taeyong.
"Tu baru dia jadi xiaojun. Kalau tadi dia tayang rupa sebenar dia dekat korang, rasanya memang korang semua pengsan dekat situ jugak" sambung doyoung.
Selepas kejadian tu dreamies, yangyang, mark, hendery kena demam panas seminggu.
ᴘᴜʙʟɪꜱʜᴇᴅ : 2020
𝐍𝐨𝐭 𝐚𝐥𝐥𝐨𝐰𝐞𝐝 𝐭𝐨 𝐜𝐨𝐦𝐦𝐢𝐭 𝐚𝐧𝐲 𝐩𝐥𝐚𝐠𝐢𝐚𝐫𝐢𝐬𝐦❌️
YOU ARE READING
𝐇𝐨𝐬𝐭𝐞𝐥
Random✦𝐑𝐨𝐚𝐝 𝐭𝐨 𝟔𝟎𝐊 𝐯𝐢𝐞𝐰𝐬 > 𝐋𝐞𝐭'𝐬 𝐠𝐞𝐭 𝐢𝐭!✦ 𝙈𝙖𝙣𝙪𝙨𝙞𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙠𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙟𝙚𝙣𝙞𝙨 𝙨𝙞𝙛𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙣𝙖𝙧. 𝙅𝙖𝙙𝙞 𝙢𝙖𝙧𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙡𝙞𝙝𝙖𝙩 𝙜𝙚𝙡𝙖𝙜𝙖𝙩-𝙜𝙚𝙡𝙖𝙜𝙖𝙩 𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙙𝙞𝙙𝙞𝙠 𝙇𝙚𝙚 𝙎𝙤𝙤 �...