"Saborlah! Melantak jer kau tau! Benda lain tak tau!" Ucap kookie a.k.a jungkook.
"Alooo~ aku dah kebulor gilor dah ni! Tinggal lah dulu kerja tu nanti lepas rehat sambunglah balik~" Rengek BamBam.
"Kau dah lapar sangat pergilah dulu! Kerja kau dah siap boleh sembang ah!! Kitaorang ni kerja pun tak siap lagi. Nanti tak pasal-pasal kena rembat pulak dengan Ji saem sebab tak siap!" ucap Mingyu.
"Asal korang tak buat dekat dorm jer semalam?" soal eunwoo.
"Tak sempat. Masa cepat sangat berlalu~" balas mereka bertiga serentak.
"PALAMU TAK SEMPAT! Sempat jer eh! Kalau tak sempat asal kitaorang boleh siap?! Korang tu yang buang masa main game. Tak payah nak salahkan masa!" perli bangchan.
"Betul tu! Tak main game" perli bambam.
"Alah macam kau tak main game pulak!" Protes hyunjae.
Setelah penat menunggu 3 berok tu menyiapkan kerja bio yang sepatutnya disiapkan malam tadi masa prep, highlight sikit yang sepatutnya disiapkan malam tadi, mereka bertujuh pun pergi ke kantin untuk melantak.
Setibanya mereka di kantin, mereka melihat bangchan, younghoon, Dokyeom, winwin, seonghwa, hongjoong & minghao dah ade dekat meja kantin yang biasa mereka duduk iaitu meja tengah.