bab 1

20 3 3
                                    

Sebulan kemudian.

"Tak guna, aku masih terperangkap dalam Maze forest ini."keluh Fordham lemah. semua bekalan makanan hampir habis.

Macam mana tak sesat. Setiap pokok mempunyai rupa yang sama. Batu pun tersusun dengan corak dan bentuk yang sama. Macam ada sesuatu yang menjaga hutan ni.

"Tak sangka ada yang berani masuk ke dalam hutan jagaan aku ni." Sapa suatu suara.

"Daímonas" Fordham membaca satu mentera lalu bertukar menjadi demon.

"Anthrophos!" Suara itu membaca satu mentera lalu Fordham bertukar menjadi manusia.

"Siapa kau wahai suara, tak sangka kau sungguh hebat sehingga mampu menyihir aku menjadi manusia."

"Nama aku calvin dan orang gelar aku The Immortal atau The Creator." Kata suara itu memperkenalkan diri seraya muncul seorang tua.

"Aura kau penuh dengan kegelapan tetapi kuasa asal kau adalah sebaliknya. Mengapa ini terjadi wahai anak muda."

"Ah, mengapa kau mahu ambil tahu sebabnya."

"Hehehehe adalah sebabnya."

"Baiklah, dahulu mahluk mistik seperti centaur dan minatour hidup aman dengan manusia tatapi kerana sikap tamak si manusia keluarga aku mati dan aku di paksa menjadi tentera. Sangat bernasib baik kini aku sudah bebas. Dan aku belajar untuk menjadi demon semata mata untuk mencapai dihormati selepas itu mudah untuk aku keluar dari tempat jahanam itu kerana aku boleh mengugut mereka kau mereka tak mahu ikut kata aku." Terang Fordham panjang lebar.

"Manusia memang begitu. Mereka yang membunuh tetapi kita yang dikatakan pembunuhan. Sungguh keji sikap manusia." Marah orang tua calvin itu lalu menghentak tongkatnya ketanah. Lalu sebuah gegaran besar berlaku.

"Baiklah anak muda, aku beri kau keluar dari hutan ini. Satu lagi, aku tidak sihir kau tetapi aku memberi kau hadiah untuk bertukar menjadi manusia." Kata calvin lalu tanah bergegar hebat seraya itu pokok pokok juga beralih tempat.

"Tetapi baga...." belum sempat Fordham menghabiskan ayatnya calvin dengan pantas mencelah.

"Cukup dengan berfikir."Kata calvin lalu pergi dan hilang.

"Kejap, mana ada orang yang mempunyai gelaran The Creator. Ish entah entah aku kena tipu ni. Tapi betulke aku bertukar balik dengan hanya berfikir." Monolog Fordham lalu pergi meninggalkan the forest of maze. Tanpa dia sedari tubuhnya bertukar menjadi centaur semula.

:-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-) :-

Okay guys. Selamat malam semua. Haih mampu buat pendek je.

Apa apapun komen kalau ada salah dan silap.

Hell KnightWhere stories live. Discover now