Tang!
Libasan pedang vandil di tahan kemas oleh seorang tua menggunakan pisau. Dengan pantas lelaki tua itu menarik tangan vandil dan melutut perut vandil.
Vandil yang tidak bersedia hanya mampu menahan senak. Mereka berdua bertentang mata beberapa saat lalu vandil menusuk pedang tetapi lelaki tua tersebut mengelak dan mencapai tangan vandil lalu membanting.
Orang tua tersebut merapatkan kedua dua belah tapak tangan lalu membaca mentera.
"Dear god of everything,
The god who grant the power,
Please give the power to seal the demon."Badan Vandil tiba tiba dirantai oleh rantai cahaya yang sangat hangat dan menenangkan.
Semua yang berada di situ memberi sorakan gemuruh kepada orang tua. Fordham pensan kerana kehilangan tenaga yang banyak.
"Begone." Bisik orang tua perlahan. Secara tiba tiba badan semua yang berada berdekatan orang tua kecuali Fordham dan Vandil mula merekah dan bertukar menjadi habuk. Mereka seakan dipukau sehingga tiada seorang pun yang cemas.
Orang tua itu mengapai baju Fordham dan Vandil lalu mengheret mereka pergi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di sebuah rumah agam yang cukup besar seakan akan istana dan berada bersebelahan dengan dinding gergasi setinggi ribuan meter.
Ada seorang lelaki tua berpakaian serba kemas sedang asyik memandang padang yang berwarna merah semerah darah.
Tiada siapa yang tahu apa yang bermain di fikirannya."Arghh, aku kat mana ni!."
Ketenangan lelaki tua itu tiba tiba dicemari suara jantan yang sangat menyakitkan hati.
Lelaki tua itu hanya mengeluh lalu teleport ke bilik lelaki yang membuat bising sebentar tadi.
"Kau siapa? Aku Kat mana? Kenapa kau culik aku hah!." Tanya vandil bertubi tubi dengan muka yang merah. Macam mana tak geram apabila bangun di tempat asing dan memakai pakaian berwarna merah jambu. Jika di Waterfall tiada siapa berani menawarkan bahkan memakai pakaian berwarna merah jambu kerana sedia maklum bahawa vandil benci merah jambu.
"Nama aku Calvin firstborn. Kau sekarang berada dirumah agam aku dan alasan aku menculik kau adalah disebabkan tangan demon kau. Untuk pengetahuan kau tangan demon yang kau miliki sudah berusia puluhan ribu tahun dan sangat mahal di pasaran gelap." Jelas Calvin panjang lebar sambil mengeluarkan aura membunuh yang sangat kuat.
"Fi...Firstborn." tergagap gagap Vandil menyebut nama keluarga Calvin. First adalah puak immortal yang paling kuat tetapi yang membuatkan puak tersebut sangat ditakuti dan terkenal ialah keluarga Firstborn kerana dikatakan mereka dapat men bunuh jutaan tentera dengan satu mentera pendek sahaja. Ada yang mengatakan puak First sendiri tidak mampu melawan keluarga Firstborn dan jikalau seorang daripada keluarga Firstborn mengamuk itu adalah kiamat dunia.
"Yo, calvin." Sapa seekor centaur yang sudah pasti Fordham kerana dia sahaja puak centaur disitu atau lebih tepat yang mereka bertiga yang tinggal dirumah agam berpuluh puluh ekar itu.
Buk!
Boom!
Fordham dengan pantas mengelak tumbukan Calvin yang meretakkan seluruh bilik.
"Berapa kali perlu aku beri tahu kau supaya basuh kaki sebelum masuk rumah." Kata Calvin geram. Sebelum ini, dia mengambil masa satu hari untuk membasuh kotoran dari kesan kotoran yang melekat di kaki Fordham sehingga menyebabkan satu rumah kotor.
"Sorry, aku pergi dulu." Ujar Fordham sebelum melarikan diri.
"Tunggu kau!."
Kedua dua mahluk itu pergi meninggalkan vandil keseorangan.
Bilik tersebut bercahaya sebelum pulih seperti biasa.
Vandil hanya melepaskan keluhan lemah sebelum kembali tidur.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hai semua, sorry lambat gila update. Hehehe maaflah bukan sengaja cuma terlupa. Btw jangan lupa komen dan vote.
YOU ARE READING
Hell Knight
FantasyNegara moonlight adalah negara yang digeruni oleh pelbagai negara kerana menyimpan seekor mahluk bergelar hell knight. Hell knight digeruni kerana mempunyai mata yang sangat menakutkan iaitu Eyes Of Disaster. Hell knight juga memiliki nama iaitu Fo...