"Kalau keputusan PT3 Ina bagus, Ina dah plan nak masuk MRSM. Macam awak!"
Jebat sengih sedikit. Angguk. Sekali lagi, dia menoleh ke bahagian belakang rumahnya itu. Masih tiada kelihatan kelibat manusia keluar.
Amboi! Apa complicated bebeno ke nak pakai bendalah tu? Lama nya!
"Jebat, awak dengar tak apa Ina cakap ni?" Tanya Inara sambil memegang lengan Jep.
"Eh, dengar! Dengar! Saya dengar. Tak payah pegang. Kalau Mak saya nampak awak pegang saya, nanti dia jealous!"
Inara terus ketawa terkekek. Alah, alah, sukanya dia...!
Jep turut terkekek ketawa.
"Seronok tak duduk asrama?"
Jep pandang arah sana lagi. Kerut kening. Eh, ke dah keluar? Takkan aku tak sedar.
"Apa dia Inara?"
"Seronok ke duduk asrama?"
"Oh, ok je. Basuh baju sendiri, basuh seluar sendiri, basuh spender sendiri.."
Inara gelak lagi. Jep turut sengih. Mudah terhibur betul budak ni!
Inara bukan anak jati kampung mereka ini. Dia pindah di sini, tinggal bersama atok dan neneknya di sini sejak Tingkatan 1. Sempatlah Jep kenal Inara sekejap sebelum dia pindah ke MRSM.
Masa Inara pindah ke sekolah mereka, kecoh satu sekolah anak omputih masuk sekolah mereka. Dah la putih melepak, tak pakai tudung, mata pulak bukan hitam macam orang melayu. Memang sibuk orang bercakap pasal dia.
Tak dinafikan, pada mata lelaki seorang Jep itu, Inara memang cantik. Kulit putih susu, badan solid montok berbanding rakan-rakan perempuan yang lain masa itu.
Nak kata rapat sangat dengan Inara, tak jugak. Setakat bersapa ringkas kerana mereka sekelas, itu sahaja lah! Itu pun sebab Inara duduk di sebelah Tal.
"Inara, tolong bagi dekat Tal."
"Inara, pass ni dekat der sebelah kau tu."
Boleh dikatakan, itu je lah pun modal perbualan dengan Inara. Cuma bila dia duduk melepak bersembang dekat meja Tal, Inara akan ada sama, jadi kala itu lah dia akan bersembang dengan lebih banyak perkataan dengan gadis itu.
Dan Jep memang rajin mengusik Inara, kerana Inara mudah terhibur, dan bunyi dia ketawa agak kelakar. Tiap kali, Inara ketawa, Tal juga akan ketawa. Sebab Tal gelakkan cara gelak Inara.
Inara ketawa diusik Jep. Tal ketawa melihat Inara ketawa. Dan Jep senyum melihat Tal ketawa.
Mengapa dia suka lihat wajah Tal yang ketawa, dia sendiri tak pasti. Sampai sekarang masih misteri. Tapi dia suka lihat barisan gigi dan gusi yang kelihatan bila sahabatnya itu ketawa. Dan bila Tal ketawa, dia akan mendongak sedikit. Gelak beriya, bak kata orang. Hati Jep terhibur melihat itu. Entah kenapa. Jep rasa macam bangang juga, tapi itu lah hakikatnya.
"Jebat!"
Jep tersentak. "Hah?"
"Dah sampai ke mana? Tak dengar ke Ina cakap apa?"
Jep garu kepala. "Err, jujurnya, tak!"
Inara mencebik.
"Weh Inara, saya..saya nak masuk rumah kejap."
Dan dia terus berlalu meninggalkan Inara terpinga di situ. Berjalan laju masuk ke dalam rumah. Terus menuju ke bilik air.
"Alamak!" Katanya dari jauh apabila melihat pintu bilik air itu dah ternganga. Orang yang parking dalam ni tadi dah tak ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Ada [Telah Terbit e-book]
Novela JuvenilSebuah kisah cinta klise... Kisah Jep dan Tal.... Ebook is available in E-Sentral portal: https://www.e-sentral.com/book/info/276906/Aku-Ada
![Aku Ada [Telah Terbit e-book]](https://img.wattpad.com/cover/180719675-64-k246074.jpg)