"Pulak dah!"
Jep diam. Hanya menguis meja makan beralas plastik di dapur rumahnya itu.
"Kau ni macam-macam lah Jebat! Hari tu kata tak nak pergi. Ni dah nak pergi pulak!" Mak Biah membebel.
"Entahnya. Hari tu akak dah tanya kau banyak kali kot! Kau kata tak nak pergi. Ni kenapa tiba-tiba nak terima pulak tawaran pergi MRSM Pasir Salak tu?"
Jep mengeluh. "Orang tukar fikiran. Rasa nak pergi."
"Ni mesti sebab kes kau bergaduh dengan Talhah dekat sekolah tu kan?"
Jep berdecit. "Kau ni bising lah kak!"
"Mak, hari tu Mak yang beriya suruh orang terima tawaran pergi MRSM tu. Ni orang dah nak pergi ni. Mak pulak tak nak kasi."
Mak Biah mengeluh berat. "Bukan Mak tak nak kasi Jebat. Tapi kau buat keputusan ni tergesa-gesa sangat. Minggu depan, Isnin, dah nak kena mendaftar. Hari ni dah Jumaat. Barang satu benda pun tak siap lagi."
"Sempat. Beli yang penting je. Yang lain nanti Jebat beli sendiri dekat sana. Duit pendaftaran ada ke tak?"
Dia pandang Mak dan Kakak nya yang terkebil-kebil itu. Akhirnya Mak Biah melepas keluh. Angguk.
"Ada. Memang Mak dah letak tepi duit untuk belajar kau adik-beradik."
Jep angguk.
"Jebat masuk bilik dulu. Kemas barang."
Dan dia angkat punggung berlalu meninggalkan dua ahli keluarganya yang tinggal.
Tawaran ke Mrsm Pasir Salak itu bukan sehari dua baru dia terima. Dah hampir tiga minggu. Hasil keputusan cemerlang dia dalam peperiksaan UPSR tempoh hari. Tapi dia memang dah bulat hati nak menolak. Dia tak mahu tinggalkan mak sendirian. Dah la jauh di Pasir Salak sana. Kakak pun bersekolah asrama. Walaupun dekat je dengan rumah, bukannya kakak boleh balik rumah setiap hari.
Dan hatinya berat nak meninggalkan kawan-kawan sekampung. Namun, hari ini, dia tekad nak berhijrah duduk di Pasir Salak sana, tinggalkan Kampung Pasir Penambang.
Jep rasa benci. Benci nak meneruskan persekolahan di sini. Rasa benci nak menghadap wajah-wajah di sini. Bukan. Bukan wajah-wajah, tapi satu wajah itu.
Dia sakit hati. Dia bengang. Dia marah. Dia rasa..egonya tercabar... Oleh si dia. Teman baiknya, teman sepermainannya sejak kecil, teman sama-sama ponteng sekolah agama dan pergi mandi parit atau menangguk ikan.
Throwback
"Weh, Tal! Kau apahal dowh, dari tadi aku panggil buat bodoh je!"
Tal hanya diam menulis.
"Tal! Lepas sekolah kita lepak kedai ABC Pak Hameed tu eh?"
"Malas." Jawab si dia sepatah.
Jep berdecit. "Kau ni dah kenapa nak emosi tak tentu pasal. Buat-buat rajin buat homework masa cikgu tak ada ni."
Tal berdecit. "Kau belah lah Jep! Aku nak buat kerja ni."
Jep pandang si dia yang masih tak memandang si dia itu. Apahal dia ni?
"Kau datang bulan ke, Tal? Kakak aku kalau nak datang bulan memang meroyan macam ni. Mak pun. Adakah kau pun sama?"
Tal berdecit dan kali ini menghempas pensel di atas meja.
"Aku kata jangan kacau aku kan? Aku tengah buat kerja rumah ni!"
Jep tersentak disergah Tal tiba-tiba. Memang komunikasi antara Jep dan Tal jarang-jarang lembut-lembut. Memang kasar semedang. Ye lah, Tal ni, nama je jantinanya perempuan. Tapi perangai kasar, mengalahkan jantan. Dah lah hebat bersilat. Nama pulak Talhah. Nama lelaki! Entah kenapa Ayah Haji Rusydi tu namakan anak perempuan sorang dia ni Siti Talhah pun tak tahu!
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Ada [Telah Terbit e-book]
Fiksi RemajaSebuah kisah cinta klise... Kisah Jep dan Tal.... Ebook is available in E-Sentral portal: https://www.e-sentral.com/book/info/276906/Aku-Ada
![Aku Ada [Telah Terbit e-book]](https://img.wattpad.com/cover/180719675-64-k246074.jpg)