Sebenarnya macam blur macam mana nak sambung cerita ni.... Hahaha. Hamtam saja lah labu..
************
Tal eratkan pelukan ke bantal bolster miliknya itu. Tersenyum sendiri. Letih badan rasanya dua hari bekerja keras membantu Mak Biah. Tapi terasa lapang. Kerana setelah beberapa tahun perang dingin dengan anak bongsu Mak Biah itu, tak bertegur sapa, malah cuba mengelak dari berjumpa pun, akhirnya semuanya terungkai.
Barulah Jep dan Tal sama-sama tahu, mereka bergaduh, akibat salah-faham akibat mulut puaka si Inara gedik tu.
Rupanya Jep dan Inara tak pernah ada apa-apa. Dan rupanya, Jep tak pernah mengutuk Tal di belakangnya.
Throwback
"Yang bertenggek atas para tu boleh masuk dalam kotak semula, Siti." Kata Mak Biah.
Tal angguk. Dia terus menyusun pinggan melamine yang tertungkup di atas para di belakang rumah Mak Biah. Usai dibasuh semalam, pinggan mangkuk itu ditenggek di atas para tinggi itu. Biar kering.
"Sini ah aku angkat!" Tiba-tiba ada manusia di sebelah bersuara. Tal menoleh. Jep.
Tal senyum. "Ha bagus! Angkat yang tinggi ni. Aku angkat yang sikit ni." Katanya. Lelaki itu tak banyak bunyi, terus sahaja dia angkat pinggan bersusun tinggi itu ke dalam rumah. Tal menurut.
Mereka duduk bersila berdua di dapur rumah Mak Biah itu.
"Kau nak masukkan pinggan dalam kotak ke?"
Tal angguk sambil tangan dah mula mengelap pinggan leper itu. Memang dah kering, tapi, kot lah ada habuk atau sisa baki air sedikit. Elok lah dilap.
"Aku tolong kau lah!"
Tal kerut kening. "Meja dah siap kemas ke?"
Jep angguk. Turut mengelap pinggan dan terus simpan ke dalam kotak.
Mereka sepi sejenak.
"Tadi aku nampak Inara. Mana dia?" Tanya Tal.
Jep berdecit. "Balik dah kot. Tak pun pergi lepak dengan sepupu-sepupu aku."
Tal diam. Angkat wajah sekejap. Berdehem.
"Kenapa tak join?"
Jep bulatkan mata. "Kalau terasa nak panjang cuping telinga kena piat dengan Mak Biah, pergilah melepak waktu-waktu sekarang ni!"
Tal terus ketawa.
"Tak jealous ke. Sepupu-sepupu kau lepak dengan Inara?" Kata Tal perlahan.
"Dah kenapa aku nak jealous? Sukahati diorang lah nak lepak dengan siapa pun!"
"Bukan jealous kan sepupu kau tu, sengal! Inara lah! Kan dia tu awek kau."
Tangan Jep berhenti bekerja.
"Serius ar? Dengan kau pun dia cakap aku ni boyfriend dia ke?"
Tal diam tak bereaksi. Memandang Jep sejenak, kemudian sambung kerja.
"Bukan dah lama ke? Sejak form 1?"
"Heh?? Sejak form 1?"
Tal angguk.
"Siapa yang cakap?"
"Inara lah. Bukan main bercinta sampai kutuk-kutuk aku."
Kali ini Jep letakkan pinggan dan kain pengelap.
"Masa bila?"
Tal diam. Terus mengelap. "Aku dengar Jep. Dia kata kau cakap dengan dia, aku ni bukan taste kau. Perempuan tak siap. Bodoh pulak tu."
ANDA SEDANG MEMBACA
Aku Ada [Telah Terbit e-book]
Ficção AdolescenteSebuah kisah cinta klise... Kisah Jep dan Tal.... Ebook is available in E-Sentral portal: https://www.e-sentral.com/book/info/276906/Aku-Ada
![Aku Ada [Telah Terbit e-book]](https://img.wattpad.com/cover/180719675-64-k246074.jpg)