Hari itu, 15 Mei 2012, Baekhyun termenung selepas melihat rakan-rakannya pulang dari sekolah.
Ketika itu dia sepatutnya ada bersama mereka, sama-sama melangkah keluar pintu pagar sekolah dan berjalan menuju ke rumah masing-masing.
Lamunannya terhenti apabila kicauan burung yang berterbangan di langit membantutkan khayalan Baekhyun.
Dia bergegas melakukan semua kerja yang perlu diselesaikan pada hari itu.
Baekhyun terus menyapu daun-daun kering yang bertaburan di halaman rumahnya.
Dia tidak menghiraukan kepenatan yang mula menghinggapi tubuhnya kerana terus-terusan bekerja.
"Baekhyun!" Kedengaran suara memanggilnya.
Suara itu tidak dilayan Baekhyun. Dia meneruskan sapuan kerjanya.
Seolah-olah memahami perangai Baekhyun, gadis itu melangkah dan merapatkan jarak antara kedua mereka.
"Baekhyun! Betul ke kau dah berhenti sekolah?" Tanya Solar sambil menyentuh bahu Daehyun lalu ditepis.
Baekhyun: kenapa kau tanya?
Solar: taklah! Ramai orang tanya aku pasal kau. Aku tak jawab pertanyaan mereka sebab aku aku tak pasti.
Baekhyun: Betul...
Jawabnya malas.
Solar: keputusan kau dah muktamad ke?
Tanya Solar lagi untuk kepastian. Soalan demi soalan meluncur keluar dari mulut Solar.
Dia betul-betul nak tahu alasan Baekhyun berhenti sekolah.
Sekali lagi keadaan menjadi sunyi. Daehyun membiarkan saja pertanyaan Solar tu tidak berjawab.
Dia meneruskan sapuannya perlahan-lahan, tidak lagi selancar tadi.
Solar: Emir Baekhyun!
Solar berteriak lagi. Dia tidak mahu mengalah. Dia tetap nak mendengar sendiri jawapan daripada mulut kawan baiknya itu.
Baekhyun: Ya! Aku berhenti sekolah. Keputusan aku muktamad!
Jawab Baekhyun dengan tegas.
Solar: Tapi kenapa Baekhyun? Kau bukannya tak pandai?
Soal Solar kerana tidak puas hati dengan jawapan Baekhyun tadi.
Baekhyun: aku takde pilihan lain.
Jawab Baekhyun perlahan. Raut wajahnya jelas melihatkan rasa sedih sambil dia melabuhkan punggungnya di atas tangga rumah.
Perasaan Baekhyun tidak keruan. Dia cuba menumpukan pandangannya ke arah pohon mangga di halaman rumahnya tapi gagal.
Fikirannya ligat memikirkan nasib diri dan keluarganya. Baekhyun hanya berdiam diri. Dia dah buntu memikirkan masa depan dirinya. Dia terpaksa berkorban demi keluarga.
Solar: tinggal beberapa bulan je untuk periksa akhir tahun. Kau tak rasa rugi ke?
Solar masih tidak berpuas hati dengan alasan Baekhyun. Dia sangat kecewa.
Baekhyun: entahlah. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Appa tinggalkan kami tanpa sebarang berita sejak aku umur 6 tahun. Omma pula lumpuh seluruh badan. Dia tak mampu nak buat apa-apa.
Keluh Baekhyun mengenangkan nasib dirinya.
Solar: tentu ada sesuatu yang kau boleh buat. Sekurang-kurangnya kau boleh berdoa kepada Allah. Kan Dia Maha Mengasihani?
Solar cuba beri semangat.
Baekhyun: aku tak nak menyusahkan Taehyung. Biar je aku seorang yang berhenti sekolah. Demi Daehyun, Taehyung dan omma, aku reda dan sanggup berkorban.
Baekhyun dan Solar berjalan perlahan-lahan ke bahagian sisi rumah. Daun kering kelihatan berselerak di sekeliling pokok mangga yang ditanam oleh appa Baekhyun semasa dia masih kanak-kanak.
Solar: sabarlah Baekhyun. Pengorbanan kau itu tidak sia-sia.
Solar masih cuba meyakinkan Baekhyun agar melihat cabaran yang dihadapinya itu secara positif.
Baekhyun: aku tidak mahu Taehyung mengikut jejak langkah aku. Hanya dialah harapan kami sekeluarga sekarang. Biarlah aku susah seorang asalkan dia berjaya.
Solar mendiamkan diri. Dia cuba memahami masalah Baekhyun.
Bagaimanapun kerana hari sudah petang Solar meminta izin daripada Baekhyun untuk pulang.
Tidak lama kemudian kedengaran suara di luar rumah. Baekhyun bergegas pergi membuka pintu.
Taehyung: hai hyung, Tae dh balik!
Teriak Taehyung kepada hyungnya.
Taehyung: hyung, esok Tae nak 5000 Won. Nak bayar duit buku yang cikgu wajibkan semua orang beli.
Sambung Taehyung lagi.
Baekhyun: masuk lah dulu Tae. Selepas itu pergi mandi dan tukar baju. Hyung dah sediakan makanan untuk Tae. Hyung dan Daehyun dah makan.
Arah Baekhyun kepada adiknya.
Tidak lama kemudian hilanglah Taehyung daripada pandangan Baekhyun. Dia pergi dengan pantas sekali.
♠️TBC♠️
YOU ARE READING
✅ Candle Of My Life♠️
FanfictionSetiap manusia diberi dugaan untuk menjadikan mereka lebih kuat untuk menjalani kehidupan. Sama seperti aku, Walau berat mana pun dugaan Walau perit mana pun kesakitan Allah sentiasa ada untuk aku. Melindungi dan Menyayangi aku. Credit: Nur Hanisah...