Bab 4

5 1 0
                                    

Sejak peristiwa Taehyung jatuh sakit itu, hubungannya dengan Baekhyun kian erat. Semakin hari, semakin terserlah kemesraan mereka.

Baekhyun bersyukur kepada Allah atas  perubahan yang ketara dalam diri adik bongsunya itu.

Dia gembira apa yang berlaku bukan igauan yang pernah mengganggu hidupnya. Taehyung juga terharu hyungnya berjaya melunaskan yuran CSAT walaupun jumlahnya agak besar.

Semua duit gajinya digunakan untuk memenuhi keperluan keluarga. Dia tidak menyimpan sedikit pun untuk dirinya.

♠️♠️♠️

Taehyung melangkah keluar perkarangan sekolahnya dalam keadaam tergesa-gesa. Dia tidak berhenti untuk bersembang dengan rakan-rakannya yang lain seperti biasa.

Taehyung ingin segera pulang. Dia berhasrat berkongsi kegembiraannya bersama orang yang telah banyak berjasa kepada dirinya.

Taehyung: hyung perlu tahu terlebih dahulu berita ini.

Bisik hati Taehyung. Dia tidak sabar hendak menyampaikan berita itu sendiri kepada Baekhyun. Perjalan dari sekolah ke rumahnya yang mengambil masa 10 minit, dirasakan sangat lama.

Sesampai dirumah, Taehyung mendapati pintu rumahnya terbuka. Dia tidak megesyaki apa-apa, terus meluru masuk.

Taehyung: hyung! Yah.. baekhyun ah! Tae dah balik.

Taehyung memanggil Baekhyun.

Jirannya, Pn Jihyo memanjangkan leher untuk melihat orang yang datang ke rumah Baekhyun. Dia tidak mengenali suara Taehyung yang sedang terjerit-jerit memanggil hyungnya.

Taehyung: ahjuma. Mana Baekhyun?

Tanya Taehyung kepasa Pn Jihyo yang sedang menjaga Daehyun.

Jihyo: Taehyung, hyung kamu di hospital.

Taehyung: huh! Kenapa hyung ke hospital? Kenapa dengan dia ahjuma?

Tanya Taehyung dengan perasaan berdebar-debar.

Jihyo: pagi tadi, selepas kamu keluar rumah, Baekhyun pengsan. Aku datang untuk beri kamu kuih mochi tadi. Aku ternampak Baekhyun terbaring atas lantai. Aku panggilah suami aku hantar hyung kamu ke hospital. Sampai sekarang takde khabar berita.

Jelas Jihyo panjang lebar.

Taehyung bergegas ke hospital. Setibanya di sana. Dia terlupa dengan keputusan markah CSATnya apabila melihat Baehyun dalam keadaan koma.

Taehyung kelihatan tanah, namun hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa deritanya dia melihat hyung kesayangannya terlantar tidak bergerak.

Taehyung meletakkan keputusan markah CSATnya ke dalam genggaman Baekhyun.

Taehyung: hyung, Tae telah berjaya dengan cemerlang menjadi pelajar terbaik sekolah. Tae dapat markah 380 daripada 400 markah.

Kata-kata itu terputus-putus keluar dari bibir Taehyung. Air mata mengalir membasahi pipinya.

Tiada reaksi daripada Baehyun, melainakan kelopak matanya yang kelihatan bergerak-gerak dan air mata mengalir perlahan dari matanya yang tertutup rapat.

Taehyung tahu Baekhyun mendengar apa yang diucapkan. Dia merasakan yang hyungnya bangga dengan kejayaannya itu. Akhirnya impian Taehyung tercapai jua.

Setelah dua hari berada dalam keadaan koma, Baekhyun menghembuskan nafas terakhir.

Doktor: hyung awak mengalami pendarahan dalam otak yang kronik.

Terang doktor yang mengendalikam kes Baekhyun.Penerangan doktor selepas itu tidak langsung diendahkan Taehyung.

Dia terduduk lesu dengan air matanya menitis ke lantai. Fikirannya menerawang memikirkan pengorbanan hyungnya yang sanggup berlapar mencari rezeki untuk dia dan Daehyun yang akhirnya mengorbankan dirinya sendiri.

Baekhyun: hyung doakan kejayaan Taehyung. Tae jangan risau, Tae dah berusaha bersungguh-sungguh. Sekarang Tae tawakal sajalah kepada Allah. Kalau ada rezeki Tae dapat semua bagus. Insya allah. Hyung tunggu berita baik dari Tae. Hyung yakin dengan Emir Taehyung.

Taehyung: gumawo hyung. Hyung jangan pergi kerja dulu tau! Hyung tunggu Tae balik. Tae nak hyung jadi orang pertama yang tahu keputusan Tae.

Pohon Taehyung kepada hyungnya.

Baekhyun: ya, Tae. Jangan lah risau. Selagi hyung tak tahu keputusan Tae, hyung takkan ke mana-mana. Kalau hyung dah tahu berita gembira Tae, baru lah hyung senang hati nak pergi.

Balas Baekhyun.

♠️TBC♠️

✅ Candle Of My Life♠️Where stories live. Discover now