Baekhyun: pasal duit tu nanti hyung usahakan.
Lembut saja jawapan Baekhyun. Namun keperitan hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.
Baekhyun termenung memikirkan di mana dia hendak mencari duit 5000 Won itu.
Duit dalam simpanannya untuk perbelanjaan rumah semakin berkurangan.
♠️♠️♠️
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa membelai lembut rambut Baekhyun. Suasana petang itu sungguh damai. Pandangan dari jendela kamarnya menenangkan jiwa Baekhyun.
Fikirannya jauh menerawang ke puncak awan. Malah mungkin juga sudah membawanya ke planet Zuhal.
Tiba-tiba Baekhyun berasa sebak memikirkan nasib keluarganya. Lebih-lebih lagi mengenai ommanya. Baekhyun masih lagi mengenai ommanya ketika dia memberitahu hasratnya hendak berhenti sekolah.
Omma: Baekhyun tak payah lah berhenti sekolah. Sekolah tu penting untuk masa depan kau.
Kata-kata ommanya itu terngiang-ngiang di telinga Baekhyun. Dia dapat merasakan kehampaan ommanya.
Baekhyun: omma, kalau saya tak ke sekolah dapatlah saya tolong menguruskan omma dan adik-adik. Mereka semua perlukan perhatian.
Jelas Baekhyun dia cuba mempengaruhi pemikiran ibunya. Sebenarnya, dia sememangnya sudah bertelad untuk berhenti sekolah.
Omma: kau fikirlah baik-baik. Omma percaya kai mampu membuat keputusan yang terbaik.
Kemudian omma mendiamkan diri. Dia sedih.
Baehyun: omma sudah banyak berkorban untuk menyara kami bertiga. Jadi biarlah saya bantu omma pula. Lagi pun omma sakit dan tidak dapat bergerak jauh.
Bagi Baekhyun sudah cukuplah susah payah dan penat jerih ommanya selama ini dan sekaranglah masanya untuk dia membantu mengurangkan beban ommanya itu.
Memandangkan kesungguhan Baekhyun hendak membantu keluarga, ibunya reda dengan keputusannya.
Bukanlah niat ibunya melepaskan tanggungjawab menyara keluarga kepada Baekhyun tetapi itu sahaja cara yang dapat difikirkannya.
Baekhyun memandang ommanya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu dituturkan kepada ommanya.
♠️♠️♠️
Sudah hampir 2 tahun omma kembali ke rahmatullah. Ommanya diserang angin ahmar dan meninggal dunia beberapa bulan kemudian. Kini Baekhyun, Taehyung dan Daehyun perlu meneruskan kehidupan mereka.
Namun perangai Taehyung tetap tidak berubah. Sikap panas barannya membuat Baekhyun gelisah. Baru sebentar tadi guru disiplin sekolah Taehyung datang dan memberitahu perkara terbaru yang dilakukan Taehyung.
Ini bukanlah pertama kali Taehyung melanggar peraturan sekolah. Seperti biasa, setiap kali dia melakukan kesalahan, setiap kali itu jugalah dia meminta maaf kepada Baekhyun dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Sebenarnya, Emir Taehyung adalah anak yang baik lagi pintar. Walaupun sering menimbulkan masalah, keputusan peperiksaan tetap membanggakan.
Taehyung juga menjadi ayam tambatan sekolahmya. Dia sering mewakili sekolahnya ke pertandingan atau kejohanan diperingkat sekolah dan daerah.
Namun, sikapnya tetap tidak berubah. Panas baranmya merunsingkan semua orang disekelilingnta kecuali rakan-rakannya. Mereka terkenal dengan julukan 'kaki buli sekolah'.
Semua masalah itu kini dipikul oleh Baekhyun. Ego Taehyung yang terlalu tinggi itu membuat Baekhyun susah mengajaknya berbincang. Sikap buruknya itu membimbangkan Baekhyun kerana tahun itu Taehyung akan menghadapi peperiksaan CSAT.
Baehyun: Taehyung, hyung nak tanya sikit ni, boleh tak?
Tanya Baekhyun kepada Taehyung yang sedang duduk membaca komik. Ketika itu 'angin' Taehyung agak tenang.
Taehyung: boleh, apa salahnya. Cakaplah.
Kata Taehyung selamba.
Baekhyun: kenapa kau selalu buat masalah di sekolah? Kenapa kau selalu ponteng dan buli pelajar junior? Hyung dapat banyak aduan daripada cikgu kau. Hyung dah tak larat nak dengar semua tu. Hyung tahu kau tak suka dibebel, tapi tolong lah dengar nasihat hyung kali ni. Berhentilah buat masalah, tumpukan perhatian kepada pelajaran.
Baekhyun meluahkan rasa isi hatinya yang selama ini dipendam.
Taehyung: tapi hyung, semua tu fitnah. Diorang yang mulakan dulu masalah tu. Tae hanya membalas perbuatan mereka.
Jelas Taehyung sambil dia cuba menerangkan keadaan sebenar kepada hyungnya.
Baekhyun: walau apapun, kan kau akan duduki CSAT? Kau tak risau ke? Hyung tahu kau pandai, tapi pandai saja tak menjamin kejayaan. Kau jangan berharap kejayaan itu datang bergolek.
Nasihat Baekhyun lagi.
Taehyung: Hyung, aku tahu lah! Dah berkali-kali hyung cakap perkara yang sama. Aku dan bosan. Hyung apa tahu? Hyung sekolah pun tak habis. Tak payah nak tunjuk hebat!
Taehyung bingkas bangun lalu melemparkan komik yang dibacanya dan terus masuk kedalam biliknya.
♠️TBC♠️
YOU ARE READING
✅ Candle Of My Life♠️
FanficSetiap manusia diberi dugaan untuk menjadikan mereka lebih kuat untuk menjalani kehidupan. Sama seperti aku, Walau berat mana pun dugaan Walau perit mana pun kesakitan Allah sentiasa ada untuk aku. Melindungi dan Menyayangi aku. Credit: Nur Hanisah...