Lidah Baekhyun kelu untuk berkata apa-apa. Kelancangan mulut adiknya membuat Baekhyun tidak dapat menghalang sebak dihatinya. Air matanya jelas kelihatan mengalir membasahi pipi.
Baekhyun sedar dia harus tabah menghadapi segala kesusahan itu. Tiada siapa dapat membantunya.
Taehyung: hyung, Tae nak minta maaf atas kelakuan Tae semalam. Tae tak bermaksud nak menyinggung perasaan hyung. Mianhae hyung.
Pohon Taehyung kepada hyungnya yang sedang membasuh baju.
Begitulah sikap Emir Taehyung. Suka diramal. Ada kala boleh ditegur, ada kala tidak.
Baekhyun: takpe lah Tae, hyung tak bil hati. Hyung pun dah lupa.
Kata Baehyun sambil tersenyum. Selepas itu, Taehyung terus beredar ke dalam biliknya.
♠️♠️♠️
Rutin harian Baehyun agak padat. Setiap pagi, dia mengambil upah menggosok pakaian jirannya. Sebelah petang pula, dia bekerja di sebuah kilang membuat air kotak. Pada hujung minggu Baekhyun mengambil upah menjaga anak-anak jiran.
Semasa ketiadaan Baekhyun, Pn Jihyo iaitu jiranya membantu menjaga Daehyun, adiknya yang cacat itu. Semua itu dibuat semata-mata untuk mencari rezeki bagi menyara mereka tiga beradik.
Dalam segala kepayahan dan keperitan yang ditanggung, Baekhyun tidak pernah rasa menyesal dengan jalan yang dipilihnya.
Dalam pengurusan rumah mereka, Taehyung juga tidak kurang menyumbang. Sungguhpun dia seorang yang baran, dia masih mempunyai perasaan timbang rasa. Dia tidak duduk goyang kaki saja.
Jika moodnya baik, dia tidak berat tulang untuk menolong Baekhyun melakukan kerja rumah seperti mengemas, membasuh dan memasak. Walaupun kerja yang dilakukannya tidaklah banyak, itu sudah mencukupi untuk mengurangkan beban Baekhyun dan menyejukkan hatinya.
Kini sudah seminggu Taehyung terlantar tidak bermaya kerana diserang demam campak, dan seminggu itu jugalah beban Baekhyun bertambah.
Manalah tidaknya. Yang mana dia perlu melaksanakan kerjanya sendiri,menguruskan Daehyun yang cacat dan demam campak Taehyung lagi. Hidup Baekhyun sungguh kucar-kacir. Mujurlah Pn Jihyo ada membantu. Dapatlah Baekhyun bernafas sedikit.
Sepanjang tempoh Taehyung ditimpa penyakit itu, dia sempat memikirkan banyak perkara. Dalam keadaannya yang terlantar sakit itu, dia sedar hyungnya sentiasa berada disisinya.
Baekhyun lah yang menjaga makan minum Taehyung, memastikan dia makan ubat dan membawanya ke klinik. Pendek kata semua diuruskan oleh Baekhyun. Taehyung terharu melihat kegigihan Baekhyun menguruskan dirinya dan abangnya Daehyun.
Taehyung merenung sekejap bagaimana jikandia berada ditempat hyungnya itu. Mungkin juga dia tidak mampu memikul tanggungjawab itu.
Setiap hari hyungnya terpaksa berkejar ke tempat kerja, menjaga Daehyun yang cacat, mengemas rumah, malah turut berusaha pergi ke sekolah bertemu dengan guru dan rakan-rakannya untuk meminjam nota supaya dia tidak ketinggalan dalam pelajarannya.
Hyungnya ingin memastikan yang dia dan Daehyun mendapat segala keperluan. Ini membuatkan Taehyung rasa insaf. Kini Taehyung menghormati hyungnya lebih dari sebelumnya. Baekhyun benar-benar seorang yang penyabar dan bersifat mulia.
Selama ini bukanlah Taehyung tidak menyedari keadaan hyungnya itu, tetapi dia tidak mahu mensia-siakan masanya dengan orang lain. Dia lebih suka buat kerjanya sendiri. Dia tidak suka hidup terkongkong.
Dia sedar yang dia sering melepaskan segala tekanan yang dialami kepada ahli keluarganya. Masalah kemiskinan yang mereka tanggung, Taehyung lepaskan dengan melakukam kesalahan dan melanggar peraturan sekolah. Dia seronok melihat orang lain juga merasakan tekanan itu.
Setelah benar-benar melihat pengorbanan hyungnya, kini Taehyung berazam untuk mengubah sikapnya kepada yang lebih baik dan membuang sikap buruk yang ada dalam dirinya.
Dia juga menyimpan hasrat untuk berjaya dengan cemerlang dalam CSAT tidak lama lagi. Dia ingin menghadiahkan kejayaannya itu kepada Baekhyun.
♠️TBC♠️
YOU ARE READING
✅ Candle Of My Life♠️
FanfictionSetiap manusia diberi dugaan untuk menjadikan mereka lebih kuat untuk menjalani kehidupan. Sama seperti aku, Walau berat mana pun dugaan Walau perit mana pun kesakitan Allah sentiasa ada untuk aku. Melindungi dan Menyayangi aku. Credit: Nur Hanisah...