HIDUP MUSNAH

43 3 0
                                    

  "Sudah lama aku mengiinginkan cahaya hidayah daripada Tuhanku, akan tetapi masih lagi aku tertarik dalam hiburan maksiat yang melalaikan." kata hati haziq berselitkan dengusan. Di pagi itu, dia mula keluar rumah untuk mencari rezeki. Ibunya bertanya, "haziq, kau ni dah solat Subuh ke belum hahh?". "Belum ah, nanti qada'lah." balas Si Dia. Tiba tiba ibunya melontarkan suatu nasihat yang amat bisa. "Memanglah Allah tak bagi kau hidayah, kalau Solat pun kau miss setiap hari. Ea kau ingat apa mak pesan. Kalau nak membetulkan diri kau tu, mula dengan jaga solat. Bukan mendengus dan salahkan takdir. Jangan jadi...". "Jadi apa? Ahli neraka? Hahhh???" cakap Haziq dengan penuh geram. Pakkkkkkkkkkkk!!!!!!! Haziq ditampar ibunya. Srikandi kepada seorang anak derhaka terpaku dan mula retak hatinya. "Mak tak ajar kau jadi macam ni. Bukannya mak tak tahu hidup kau! Malam keluar pergi judi, lepastu tak balik rumah. Pergi rumah perempuan mana ntah waktu mak bapak diaorang takde kat rumah!! Kau ingat mak tak tahuuu ke" kata kata dengan nada serak.  Dia memekakkan telinga lalu pergi umpama ibunya tiada. "Ya Allah, kau berilah pengampunan kepada Haziq ya Allah. Aku tahu dalam hatinya inginkan hidayahMu namun dia dikawal rapi hawa nafsunya sehinggakan nasihat ibunya sendiri mampu dia tepis" Tangis ibunya di lantai dapur. Tiba tiba, ibunya terpandang ke arah tempat memasak lalu terkejut. Kelihatan api besar, pada awalnya ingin memasak sarapan pagi yang tidak ditutup ketika peperangan bibir dengan anaknya. Mengucap ibunya.  Tidak sampai hajat untuk menutup, api menjilat rumahnya dahulu. Rentung rumahnya. Ibunya pergi meninggalkan Si Dia buat selamanya dalam keadaan yang tenang meskipun tubuhnya hangus dibakar. Atas bantuan orang kampung,  pasukan penyelamat sampai selepas 5 minit kebakaran. Jiran Haziq, Alia perasan akan bunyi siren yang dipasang pada kenderaan bomba. Dia tersedar lalu memanggil Haziq menggunakan telefonnya semasa bergegas keluar pergi ke tempat kejadian. Dia tahu bahawa Haziq masuk kerja pukul 9:45 pagi. Jadi masih tidak terlambat untuk memberi tahu kejadian itu.
-bersambung..

Cinta Fana'Where stories live. Discover now