IKATAN

32 2 3
                                    

  Hubungan ibu dan anak mempunyai kekuatan yang tinggi. Begitu juga apa yang dirasakan Haziq semasa memandu untuk bergegas masuk ke tempar kerja. Dalam perjalanan, hati Haziq berasa tidak tenteram. Terbayang secara tiba tiba imej ibunya yang mengukir senyuman dibibir ketika melihatnya berjaya mendapatkan 'straight' A dalam SPM lima tahun lepas. "Kenapa aku asyik kenangkan mak aku ni? Macam ade something wrong.." Bisik hatinya. Lampu isyarat bewarna merah. Haziq membuka telefon pintarnya buat seketika. Terpampanglah nama Alia yang ingin menghubunginya di skrin. "Hallo Assalamualaikum, ye Alia apa khabar? ". "Haziq!!!!!! Rumah kau terbakarrrr!! " Jerit beserta tangisan yang kuat dari Alia. "Terbakar?????? Mak aku mana???? " Tanya dirinya. "Aku minta maaf tapi... ibu kau dah pergi Haziq😭" Jawab Alia. Dengan secara automatiknya, air mata Haziq mengalir. Tanpa fikir panjang dengan keadaan lampu isyarat bewarna merah, dia melakukan pusingan U yang diharamkan di jalan itu. Dengan membawa dalam kelajuan tinggi, sambil berkata "Allahuakbar!!! ". Setibanya di rumah yang penuh dengan suasana tiang kayu berhamparan rentung,  atap rumah yang terpelanting, serta perabot perabot yang hitam dan tiada nilainya. Haziq tergamam dan bertanya kepada orang sekitar yang sedang mengemas kawasan itu. "Mana yang lain pakcik? ". Pakcik itu berkata bahawa semua orang berada di masjid untuk menguruskan jenazah yang rentung. Ketika itu jenazah siap dimandikan. Sebelum kedengaran takbir pertama solat itu, Haziq sempat mencelah dan merelakan dirinya menjadi imam. Dengan cara ini dia berharap agar dirinya dimaafkan ibunya. Setelah memberi salam, Haziq dan para jemaah mengkebumikan jenazah di hadapan masjid itu kerana merupakan tempat tanah perkuburan. Setelah selesai, ramai di antara jiran jirannya mengucapkan takziah kepada Haziq sebelum beransur pergi. Semakin lama semakin tiada orang, akhirnya tinggallah dia seorang. Dia melihat permukaan batu nisan yang tertera nama ibunya, Rokiah Binti Mohd. Sebelum dia pergi meninggalkan kawasan itu, dia berdoa semoga ibunya ditempatkan ke dalam golongan orang beriman. Sudah pukul 12:30 tengah hari, dia pergi ke tempat kerja. Masuk sahaja office, "Kau pergi mana Haziq? Orang lain tengah meeting kau lambat asal? " tanya bosnya. "Maaf Tuan Adam, saya ade emergency, ibu saya baru lepas meninggal dunia" jawab Haziq. "Ikut saya ke pejabat saya sekarang! " kata Tuan Adam. Apabila sampai di pejabat, Haziq merayu kepada Tuan Adam kerana dia telah diberhentikan kerja akibat mempunyai rekod kehadiran meeting yang tidak memuaskan. Tanpa bicara, Haziq beredar keluar. "Haih aku dah la baru lepas mak meninggal, kene pulak berhenti kerja. Ya Allah! Apale yang kau nak uji aku nihhhhh!! ". Dalam perjalanan dia pergi ke Mamak favourite dia untuk makan, dia terserempak dengan rakan sekolah menengahnya dulu.
~bersambung~

Cinta Fana'Where stories live. Discover now