SILAM

31 2 1
                                    

  Haziq beramah mesra dan bersalaman dengan beliau. "Assalamualaikum Dato' Iman. Tuan apa khabar?". "Waalaikumsalamwarahmatullah, saya baik saje. Awak ke yang adik saya cakap nak bekerja kat sini tu? Haziq ye gerangannya?" jawab beliau. "Iya saya Tuan, tapi saya tak ada document penting nak persembahkan kat tuan sebab...." belum sempat berkata Dato' Iman mencelah. "Iya saya faham perkara itu, Farah sudah ceritakan kepada saya. Baiklah tanpa buang masa, awak layk bekerja di sini. Dengan permulaan gaji pokok RM2000.00. Kerja awak sangat mudah. Awak hanya perlu menghantar barang barang deco ke tempat yang ditetapkan. Senang citer delievery laa. Awak akan mula besok" bahas Dato' Iman. "Terima kasih tuan, saya harap company tuan semakin maju dan lebih banyak dilimpahi rezeki oleh Allah" kata Haziq. "InsyaAllah" Balas beliau sambil berjabat tangan. Selepas Haziq beredar dari bilik, dia terus meluahkan perasaan gembiranya pada Farah. Farah menyambutnya dengan mengucapkan tahniah. Beberapa minit kemudian dalam kebuntuan, Farah mendapat idea. Dia mengajak Haziq untuk beli peralatan keperluan dan mencari rumah sewa untuknya. Setibanya di IOI City Mall, Farah membelikan beberapa baju kemeja, beberapa baju t-shirt dan tracksuit serta keperluan harian. Selepas membeli, mereka pun berjalan pulang ke kereta. "Terima kasih Farah sebab tolong aku. Kau dah banyak beri bantuan kat aku meskipun aku dengan kau takdelah rapat mane. Tapi aku berterima kasih Farah". Haziq. "Takde ape lah hal kecik je. Lagipun aku ikhlas je. " Jawab Farah. Dalam perjalanan balik untuk hantar Haziq pulang di pejabat lama Haziq, mereka bernyanyi bersama dalam kereta. Akhirnya mereka berpisah setelah Haziq membawa keretanya sendiri dan pergi ke lokasi yang Farah hantarkan kepadanya. Rupanya, Farah sudah meminta izin dari awal lagi, supaya Haziq dapat menetap di rumah Abang Ngahnya, Asytar ysng bekerja sebagai Guru. Setibanya di situ Haziq terus bersalaman dan meminta izin tuan rumah untuk menjejakkan kaki di rumah itu. Keadaan di situ semakin gelap kerana ingin masuk waktu maghrib. Mereka berdua solat berjemaah bersama. Asytar menjadi imam manakala Haziq menjadi makmum. Setelah selesai mereka berbual dan ingin mengenali antara satu sama lain dengan lebih akrab. Mereka berbual sehingga waktu Isyak di depan televisyen sambil makan kacang. Apabila selesai solat Isyak barulah Haziq naik ke biliknya untuk berehat. Tiba tiba dia berasa bosan kebetulan dia ternampak Farah 'online' di instagramnya. Tanpa rasa apa apa, dia mengacau Farah dan ajak berbual. Perbualan mereka memakan masa 3-4 jam. Namun sebelum menutup mata, Haziq mula merasakan sesuatu kepada Farah. Lantas tanpa segan silu, Haziq berkata "Farah, urmmm andai katakan, aku nak meminang kau, kau setuju tak?". "Eh eh. Hahaahhah.. Dah start merapu la tu. Mesti penat kan? Pergilah tidur :)". "Aku serius ni Farah, aku...". "Pergilah tidur.. Goodnight dear". Haziq tergamam. Dalam fikirannya "Serius la dia suka aku balik... Wuuuuuuuuu... Auto lena aku malam ni hihihi" riang Haziq. Keesokan paginya Haziq dan Farah makan bersama sambil bergurau senda. Hubungan mereka semakin rapat. Tiba tiba, bekas kekasih Farah, Mustafar ternampak mereka berdua lalu menyerang. "U, ni sape?!? I TANYA NI SAPE U PEKAK KE APE?! ". "EIIIYYYY U DAH TKDE KENE MENGENA LAGI DENGAN I. Buat apa I nak kisah. U curang dengan perempuan lain, reply chat pon dah lambat padahal online. Pastu biler takde duit baru cari I, LAKI JENIS APE U NI?? " kata Farah. "Sayang, maafkan I. U je satu satu dalam hidup I.. I ade U je" kata Mustafar sambil cuba untuk memegang tangan Farah. Farah menepis dan Haziq mula masuk campur. "Heyyyy kau, kaulah Mustafar kan?? Yang pernah nangis sebab kene tengking dengan cikgu Bakri dulu kan HAHAHAHAHAHAH, tak sangkakan, kene tengking sikit dah koyak HAAHAHHA." kata Haziq dengan penuh gelak. Mustafar mula berasa malu. Lalu pergi selepas berkata "Kau tunggu Haziq, kau tengoklah ape akan jadi dengan hidup kau lepas ni. Jangan ingat aku tak tahu mak kau baru meninggal hahahaaha.. Gerak dulu~ HAHAHAHAH". haziq mula tidak tenteram akan kata katanya. Farah cuba menenangkan Haziq dan akhirnya perasaan khuatir hilang. Mereka berpisah apabila ingin masuk ke tempat kerja masing masing.
~bersambung~

Cinta Fana'Where stories live. Discover now