Tanpa sedar, Haziq sudah setahun bekerja di 'Home and Deco Sdn.Bhd'. Sehubungan itu, hubungannya dengan Farah juga semakin rapat dan banyak kisah Farah yang Haziq tahu. Mereka boleh dikatakan bercinta sementara menunggu masa yang sesuai untuk penetapan tarikh pernikahan dan perkahwinan. Namun, walaupun kisah Haziq kelihatan mula teratur, Mustafar masih memiliki hasad dengki dan dendam terhadap Haziq. Dia sudahpun mengaturkan rancangan jahatnya bersama dengan rakan rakannya.
*
Di suatu pagi berembun dan sejuk Haziq bersiap untuk pergi kerja agar memulakan kehidupannya seperti biasa. Dia sarapan bersama Asytar di ruang tamu bawah yang dimasak oleh Haziq sendiri. Apabila dia memulakan perjalanan ke tempat kerja, dia menerima suatu panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali. Dia mendapati di akhir 3 nombor telefon itu adalah 547. Dia mengangkat sambil membawa kenderaan dalam kelajuan 100km/j. "Hello Assalamualaikum, siapa ni?" tanya Haziq. Orang itu balas," Waalaikumsalam wahai bakal menantu Fauziah~ Hari ni aku ade kejutan untuk kau~Just wait and see apa akibat kau rampas Farah dari aku. Bye~". Orang itu memutuskan talian. "HELLO!! HELLO KAU SAPEEE NIII HAH?" cuak Haziq. Kemudian dia berdoa agar segala urusan dirinya dan kenalan kenalannya dipermudahkan serta diberikan perlindungan. Sebaik sahaja tiba di tempat kerja dengan perasaan gundah gulana, dia terkejut kerana dia dipanggil oleh Dato' Iman tiba tiba. Dia bergegas ke sana. Lantas dia memberi salam dan meminta maaf atas kelewatannya. Dato iman menjawab salam dan berkata, " Baiklah jemput duduk. Sebenarnya saya ada beberapa perkara nak cakap dengan kamu. Firstly, saya nak ucap tahniah atas kerja keras kamu selama ni. Saya selama setahun ni perhatikan kamu dengan bantuan rakan setugas kamu tu, Shin. Dia banyak bagi tahu saya awak seorang yang proaktif dan peramah ketika melayani pelanggan. Oleh itu saya akan naikkan pangkat kamu menjadi CO". Dengan kedua tangan menutup mulut dan separuh hidungnya kerana terharu berkata, "Alhamdulillah, terima kasih Dato' Iman". Namun muka suram dan tidak tenteram terpancar di wajah beliau. "Dato', kenapa Dato' suram ye?" Haziq sekadar bertanya. Beliu menjawab, "Sebenarnya, ade seseorang yang tak dikenali telefon saya. Dan setiap ayatnya berkait dengan kamu". "Boleh saya tahu no. telefonnya?" tanya Haziq. Beliau menunjukkan nombor tersebut dan mendapati angka terakhirnya juga 547, sama akan nombor yang memberi amaran kepadanya sewaktu di dalam kereta tadi. "Dato' Iman, saya rasa Puan Fauziah dalam bahaya! Nombor yang sama telefon saya pagi tadi dan dia cakap hari ni nak bagi suprise kat saya! Entah entah ini jugak melibatkan Farah" kata Haziq. Dengan perasaan masing masing yang gundah gulana, beliau menelefon ibunya. Walaupun sudah 3 kali tetapi masih tidak angkat. Mereka bergegas bersama sama ke rumah Puan Fauziah yang terletak 5km dari situ dengan menaiki kereta Dato' Iman. Dalam keadaan cemas, Haziq terima panggilan daripada nombor itu lagi. Dia mengangkat. Tiba tiba terdengar samar samar suara Farah yang sedang menjerit. "HELLLOOO! WOI APA YANG KAU BUAT DENGAN FARAH! WOI B###!" tengking Haziq. Orang itu membalas, "Eh ape marah marah kitew ni~ Alaaa dia tengah SERONOK tu tak payah la kacau dia. Baik kau kisahkan pasal mak dia sekarang, HAHAHHAH!". Dia memutuskan talian. Setibanya di rumah ibu Dato' Iman. Suasana agak suram kerana pintu pagarnya dibuka tanpa berkunci. Pintu kayu masuknya belubang besar dan tercabut tombol pintunya. Mereka masuk dan mendapati kesan darah yang bertanda dari ruang tamu sehingga dapur. Cermin dipecahkan. Pinggan mangkuk berhamparan. Lebih teruk lagi, mereka terjumpa mayat" Puan Fauziah! Dilehernya kelihatan 7 lapis torehan. Dan jarinya menunjukkan jari telunjuk. Dato' Iman membuat panggilan kepada pasukan penyelamat dan polis. Haziq berasa sedih apatah lagi Dato' Iman, anak kepada keluarga Si Mati. Tiba tiba, Haziq terjumpa sebuah Pisau yang tercucuk di papan pemotong. Di bawah pisau itu terletak rapi nota kecil yang tertulis "Suprise!!!! Happy tak?? HAHAHAHAHA. baiklah. Cukuplah tu. Dah bosan nak kacau korang lagi. Eaa lupa, Farah masih dengan aku~ sebelum apa apa baik aku... Kau tahulahkan? HAHAHAHA. KAYY kalau kau nak dia selamat tak kisahlah dari ZAHIR ke BATIN, kau pergi location ni".
~bersambung~
YOU ARE READING
Cinta Fana'
Adventure~INTRODUCTION~ Mengisahkan seorang insan yang bernama Haziq yang telah tersesat di dalam kelalaian dunia untuk mencari kebahagiaan. Seorang pendosa yang sudah muak dengan maksiat dan ingin memulakan hidup baharu. Apakah Haziq akan mendapatkan kebaha...