terimbas kembali kenangan ketika belajar di sekolah menengahnya dahulu. Dalam hati haziq terdetik, "Aik, macam kenal. Dia ni satu kelas kelas dengan aku kalau tak silap". Lantas sebuah perbualan berlaku ketika itu. "Assalamualaikum, boleh saya tanya? Awak ni Farah ea?" Tanya Haziq. "Waalaikumsalam, ya saya. Bole saya tahu encik ni sape?" Tanya Farah. "Sekolah Ayer Keroh ea dulu?". "Iya saya kenapa? " Jawab Farah. "Wei ni akulah Haziq, yang duduk satu group dengan kau tu". "Lah Haziq rupanya, lama tak nampak kau" Kata Farah. Lantas Haziq mengajak Farah menemani dirinya makan di Restoran Mamak bersebelahan dengan dobi. Mereka berdua memesan makanan secara tidak sengaja, pesanan tersebut sama iaitu nasi goreng cili padi dan sirap ais. Haziq dan Farah masing masing berasa hairan dan tersenyum. Kemudian mereka berbual. "Kau okay tak sekarang ni? Aku tengok macam stress je dari tadi?" Tanya Haziq. Farah menjawab, "Haih biasalah, bulan ni dapat banyak projek maklumlah jadi wedding planner". "Fuyyoo, hebat eak. Hahh! Ape jadi dengan partner kau? Senyap je korang sejak kita semua berpisah?". Farah menjawab dengan rasa kecewa. "Hurm. Nak buat macam mana Haziq~ Biasalah lelaki curang. Aku dah bagi seluruh cinta aku kat dia". Haziq mencelah, "Aku faham perasaan kau, bukan senang nak puaskan hati..". "SIRAP AIS DAN NASI GORENG DUA SIAP!" Sergah pelayan. Mereka berdua tersengih dan mula makan. "Haziq? Tadi aku tengok muka kau ketat gila tepi 7E tadi. Awat na? " Farah. "Allah dah tetapkan segalanya untuk aku. Selepas satu satu ujian yang datang. Mula mula mak aku meninggal, pastu kene buang kerje. Aku dah tak tahu nak buat apa dah. Mana aku nak cari duit untuk teruskan hidup? Hurmmm." kata Haziq. Farah memujuk dan dapat suatu idea. "Sabarlah Haziq. Ini semua dugaan. Kau nak tahu tak? Semakin banyak ujian menimpa kau, itu tanda kau disayangi Allah. Haaa!! Nak tak aku offer kau keje dengan abang sulong aku? Dia buka syarikat 'Home and Deco Sdn.Bhd'. Nak tak? Kalau kau sudi? ". "Terima kasih Farah, aku bersyukur sebab Allah takdirkan aku berjumpa dengan kau tadi." kata Haziq sambil tersenyum. "Dah la mengadalah kau. Hahahahh... Dahlah.. Jom pergi jumpa beliau. " gurau Farah. "Aku lupa siapa nama abang sulong kau.. Err Iman kan? ". "Upss, Sorry. Dato' Iman." kata Farah. Selesai makan, Haziq membayar dan dijemput oleh Farah menaiki keretanya, Honda City. Kereta Haziq pula ditempatkan sementara berdekatan dengan pejabat lamanya. Dalam perjalanan Haziq meluahkan apa yang dia pendam ketika insiden peninggalan
ibunya. "Hurm.. Aku rindu mak aku. Dia selalu bagi nasihat kat aku tapi aku tak dengar langsung. Even aku SPM straight A pon, mak aku still nasihatkan aku bende ysng sama. Sekarang baru aku faham maksud sebuah nasihat yang dia pernah cakap kat aku. Jangan tinggalkan solat, kalau tak hidup kau MUSNAH. Sekarang ni aku dah takde apa apa dah. Ayah takde. Mak takde. Anak tunggal pulak tu. Pastu semua barangan keperluan aku dijilat api termasuk pakaian dan file. Duit pulak adelah sikit sikit boleh survive sampai sebulan lebih. Aku rasa give uplah Farah". "Iya aku faham Haziq. Aku banyak sekarang kawan dengan orang yang tiada mak ayah. Aku simpati sangat. Stay strong~" pujuk Farah. Akjirnya mereka sampai di pejabat Dato' Iman. Haziq berjumpa secara peribadi dengan beliau.
~bersambung~
YOU ARE READING
Cinta Fana'
Aventura~INTRODUCTION~ Mengisahkan seorang insan yang bernama Haziq yang telah tersesat di dalam kelalaian dunia untuk mencari kebahagiaan. Seorang pendosa yang sudah muak dengan maksiat dan ingin memulakan hidup baharu. Apakah Haziq akan mendapatkan kebaha...