by Jenny Mdnoor on Saturday, August 28, 2010 at 7:15pm ·
Bab 7 – Eton
Tujuh tahun yang lalu lagi...
Inilah kali pertama aku mengikut Suf dan Nu’un ke perpustakaan awam di bandar Kangar. Menurut kata Suf, pelajar 5 Nikel ramai yang datang study di sini. Mana la tau kalau aku dapat terserempak dengan Syed. Mesti bahagia hidup aku ni. Aku, Suf dan Nu’un naik ke tingkat atas perpustakaan awam kerana di atas lebih tenang. Bahagian tempat duduk wanita terletak di sebelah belakang dan bahagian lelaki di hadapan. Jadi, lebih privacy la sekiranya kami duduk di tingkat atas. Baru saja aku jejak kaki di tingkat atas, dah nampak dah muka sorang budak kelas 5 Nikel yang duduk sorang-sorang je. Sapa lagi kalau bukan Jerry. Aku menoleh ke arah Nu’un yang langsung tak nampak si Jerry tu. Aku cuit tangan dia dan tunjuk ke arah Jerry. Alamak! Jerry pun dah pandang sini. Nu’un, aku dan Suf berjalan seperti biasa menuju ke bahagian belakang tingkat atas perpustakaan ni.
Ketika kami melintasi Jerry, tiba-tiba aku terdengar dia berkata sesuatu, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan, cukup-cukup je untuk telinga kami bertiga ni mendengar. Aku dan Suf menoleh ke arah Jerry. Nu’un yang nampaknya tidak mendengar suara Jerry tu cepat-cepat aku tarik supaya dia berhenti. Pekak ke apa minah ni? Jerry menunding jarinya ke arah Nu’un. Nu’un memandang Jerry dengan ekspresi keliru. “Sini jap” Jerry memanggil Nu’un. Aku dan Suf memandang antara satu sama lain sambil berfikir nak percaya ke tak. Nu’un berbisik pada Suf, tapi aku pun dengar juga bisikan dia tu, “aku ke?”
Pada saat tu, aku rasa cam nak lempang je muka Nu’un tu. Dah sah Jerry panggil dia depan-depan mata, dia boleh tanya lagi. “Ye la. Dia panggil kau tu. Pergi la” aku pula yang menjawab soalan bodoh dia tu. Suf cuma menggelengkan kepala. “Meh la sini jap” Jerry berkata lagi. Baru lah Nu’un bergerak ke arah Jerry walaupun macam teragak-agak. Aku dan Suf segera meninggalkan mereka berdua tapi kami sama bersembunyi di belakang rak buku untuk mencuri dengar perbualan mereka.
“Ya?” Suara Nu’un kedengaran.
“Kau ke yang tulis atas meja makmal Biologi?”
“Errr... Um... Yea”
“Kau tau tak pembantu makmal tu marah?”
“Ye ke? Alamak! Aku tak tahu la. Tapi aku dah tak tulis dah. Serius!”
“Ye. Tahu. Jangan tulis apa-apa lagi dah”
“Tapi kau kan yang conteng ‘taik taik’ tu kan?”
“Hahaha”, aku dapat lihat Jerry tertawa kecil dari celah-celah rak buku tu lalu memandang ke arah Nu’un dan berkata, “Ye. Gurau je tue.”
Nu’un cuma tersenyum, menggelengkan kepalanya sedikit dan mula beralih menuju ke arah aku dan Suf. Aku dan Suf pun mula berjalan ke arah tempat duduk wanita. Bertuahnya Nu’un. Aku tak pernah nampak Jerry tegur sesiap sebelum ni. Kalau la Ros dan Tarish ada di sini hari ni. Hmm...
![](https://img.wattpad.com/cover/2116982-288-k586912.jpg)
YOU ARE READING
HILANG (Malay Language) - Complete
Teen FictionThis story is about love, regret and forgiveness. A girl from a small town fell in love with a guy that differs from her. Although they both love each other, she left. And now, she returns only to find that he's no longer waiting for her. How will t...