Chapter 6 - Tarishni's Point of View

563 8 0
                                    

by Jenny Mdnoor on Saturday, August 28, 2010 at 7:08pm ·

Bab 6 – Tarish 

Belum habis dengan cerita tentang tujuh tahun yang lalu...

Setelah selesai menyuarakan pendapat aku tentang persamaan tulisan Jerry di atas cebisan kertas yang ditinggalkan di meja Nu’un tu dengan tulisan di atas meja makmal Biologi, aku terkenang semula tindakan Nu’un membuang kertas yang Jerry tinggalkan tu. Aku tahu Nu’un buat begitu untuk menjaga hati Ros yang berbunga-bunga untuk Jerry tu. Aku turut meminati Jerry tapi bagi aku, dia hanya lah indah di pandang. Tak pernah pula aku simpan angan-angan untuk dia memandang aku semula. Lelaki yang hensem ni, just for display. Aku mana sanggup ada kekasih yang hensem. Tiap-tiap hari risau boyfriend kena rampas nanti, tak tenang la hidup aku.

Kebetulan pertama, Jerry duduk di tempat Nu’un dalam kelas. Sekarang, kebetulan kedua, Jerry lah orang yang selama ni membalas tulisan-tulisan mengarut di atas makmal Biologi ni. apakah kebetulan-kebetulan ini ada makna di sebaliknya? Aku memandang lagi tulisan di atas meja makmal Biologi itu.

Tulisan pertama dari Jerry, ‘pretend to be tough, pretend to be strong, pretend to be a man, 'cause once the heart fell into darkness.’

Tulisan kedua dari Nu’un, ‘Eh! Apasal emo sangat ni?’

Tulisan ketiga dari Jerry, ‘Kau sapa nak sibuk?’

Tulisan ke-empat dari Nu’un, ‘Sapa-sapa pun takpe. Pilih la sorang’

Tulisan ke-lima dari Jerry, ‘Taik kau!’

Tulisan ke-enam dari Nu’un, ‘Taik aku, aku punya pasal la, pesal kau nak sibuk?’

Tulisan-tulisan itu berakhir di situ. “Woi! Jom pegi kantin!” Suf mengejutkan aku dari belakang.

“Terkejut aku la!” Aku tersenyum.

“Kita kena cerita tentang Nadia dekat yang lain hari ni. Aku rasa tak seronok simpan cerita ni dari diorang lama-lama.” Muka Suf kelihatan bersalah. Aku pula cuma mengangguk.

Selama ini, aku, Suf dan Eton menyembunyikan hal tentang Nadia daripada pengetahuan yang lain. Nadia merupakan identiti kedua Suf yang kami ciptakan. Wujudnya Nadia adalah untuk suatu tujuan yang spesifik. Tujuannya adalah untuk menyiasat sama ada benar atau tidak Syed tu jujur dengan Eton. Eton tak pernah pasti dengan perasaan Syed sebab Syed tak pernah tunjukkan. Jadi, watak Nadia adalah untuk menguji kejujuran lelaki bernama Syed tu. Nadia merupakan sepupu Eton yang tinggal di Kuala Lumpur, identiti yang kami cipta.

Maka, cara untuk Nadia berkomunikasi dengan Syed adalah melalui telefon. Tapi yang anehnya, mula-mula memang Nadia berhubung dengan Syed tapi selepas tu, Syed pula guna orang ke-tiga juga untuk merisik Eton iaitu melalui kawan baiknya, Azif. Jadi, Azif dan Nadia akan selalu berbincang tentang perkembangan Syed dan Eton. Tujuan asal penipuan ni telah tercapai sebab kami masing dah tau Eton dan Syed memang sah suka sama suka tapi masalah seterusnya yang timbul, Azif tak mahu melepaskan perhubungan dengan Nadia. Dia sentiasa menghubungi Nadia dan Suf pula seperti turut tenggelam dalam permainan ini. Aku tak mampu berkata apa-apa. Aku tak mahu masuk campur sebab soal hati dan perasaan ni, hanya orang yang rasa saja yang tahu. Orang luar, macam aku, tak akan faham.

Reaksi daripada Nu’un, Ros, Lai dan Rin sama seperti yang aku jangkakan. Semua terkejut dan tidak bersetuju dengan apa yang telah kami lakukan. Lalu, Suf berkata, “Aku terpaksa tipu. Cuba bayangkan, kalau mereka tu tahu aku sape, sekolah yang sama, malu la aku ckap phone dengan diorang. Lagipun benda ni dah terlanjur, tak boleh patah balik.”

“Apa kata kau putuskan je komunikasi. Biar diorang anggap Nadia dah hilang?” Rin menyuarakan pendapat. “Aku setuju!” Ros menambah.

Lai cuma diam dan Nu’un pula mengangguk setuju. Suf mula berkata, “Betul tu”. Tapi suara Suf berbaur hampa seolah-olah belum bersedia untuk hilang Azif. Aku tahu Suf dah mula jatuh hati pada Azif tapi aku harap dia tak menaruh apa-apa harapan. Aku tak mahu dia kecewa. “Jangan risau! Mesti semuanya akan OK.” Aku cuba memberikan semangat tapi semangat itu nampaknya tak kesampaian.

HILANG (Malay Language) - CompleteWhere stories live. Discover now