Chapter 1 - Nurul's Point of View

2.7K 30 4
                                    

by Jenny Mdnoor on Wednesday, August 25, 2010 at 8:00am · 

Bab 1 – Nurul

Sekarang...

Masa zaman sekolah, aku tak pernah berhenti dari mencari kegembiraan. Aku ingat lagi semua kawan-kawan aku yang sentiasa ada dengan aku. Laila, Sufiah, Tarishni, Zaiton, Ros, dan Erin. Kalau nak cerita tentang diri aku sendiri, aku rasa, tak ada apa-apa yang menarik pun. Mungkin aku agak bising, poyo dan sombong. Ha-ha. Tapi aku yakin aku dapat menggambarkan dengan jelas tentang enam orang kawan aku ni. Laila atau nama pendek dia, Lai, seorang yang dingin pada luarannya tapi aku tahu hati dia sangat baik. Kadang-kadang aku rasa macam dia ada dalam dunia dia sendiri dan dunia nyata yang kita hidup tiap-tiap hari ni macam tenggelam dalam dunia yang dia cipta sendiri dalam diri dia. Dia juga jiran aku, datang dan balik sekolah sama-sama dengan aku setiap hari tapi aku tetap rasa ada sesuatu yang misteri tentang diri dia, yang dia memang tak nak orang tau. Sufiah atau lebih mudah di ingati dengan nama panggilan dia Suf, merupakan seorang wanita yang bagi aku, senang untuk di dekati dan peramah. Malah, yang paling bagus sekali tentang dia ni, dia bijak, kalah semua orang lain. Dia la paling pandai dalam group kami ni. Satu-satunya yang bukan Melayu dalam kumpulan ni, nama dia Tarishni, keturunan India, nick name Tarish. Tarish seorang yang serius. Kalau dia bagi cadangan atau pendapat, selalunya memang akan buat orang berfikir. Dia baik hati dan tak pernah masuk campur hal orang lain. Bagi dia, baik jauhkan diri dari sebarang masalah. Ini ialah penasihat terbaik antara kami semua. Zaiton pula, atau pun panggil Eton saja, seorang yang orang kata, masyuk la. Masyuk dari segi rupa dia yang memang lawa, keluarga dia yang memang berada, dan sikap dia yang sangat digemari jejaka-jejaka di sekolah ni, dan di luar sekolah, dan merata-rata lagi. Sebab itu la dia memang paling popular antara kami tujuh orang. Seterusnya, aku nak cerita tentang Ros pula, yang tiada nama singkatan lain, sebab nama dia memang dah pendek. Ros sangat happy-go-lucky dan hidup dia adalah tentang nak enjoy sepanjang masa. Dia langsung tak peduli tentang apa orang lain cakap tentang dia atau fikir tentang dia. Tahap keyakinan diri perempuan ni memang kalah orang lain. Aku pun kalah. Tabik spring la Ros! Orang terakhir yang belum aku kenalkan dalam kumpulan kami ni ialah, tak lain dan tak bukan, Erin. Erin pun ada nama pendek, panggil Rin saja. Rin ni memang la bendul orangnya. Dia lurus, jujur dan muka dia, kalau tengok saja pun, dah rasa kasihan sebab innocent sangat. Tak pernah marah dan semua orang pun suka dia. Bertuah aku dapat kawan macam ni. Dulu, tak kira apa pun yang jadi, kami sentiasa akan ada untuk masing-masing. Memang semangat sentimen yang tinggi la.

Tapi, tu semua dulu, sekarang, banyak benda yang dah berubah. Aku tak tahu kalau aku akan ubah apa terjadi atau tidak sekiranya aku dapat patah balik masa. Ish! Apa pasal pula ni? Tiba-tiba saja mengalir air mata aku ni. Kacau betul la. Masih jelas lagi aku dengar gelak tawa Lai di telinga aku. Masih jelas lagi imej wajah setiap seorang dari mereka di mata aku. Panggilan untuk penumpang ke Kuala Lumpur dari Melbourne kedengaran. Sudah tiba masa untuk aku pulang dan membaiki kesalahan aku selama ni.

HILANG (Malay Language) - CompleteWhere stories live. Discover now