Chapter 10 - Another Jerry's Point of View

438 8 0
                                    

by Jenny Mdnoor on Sunday, August 29, 2010 at 6:33pm ·

Bab 10 – Jerry 

Lima tahun yang lalu...

Waktu sekarang, dengan suasana yang redup, hujan renyai, dan angin bertiup, aku rasa macam boleh mendengar dengan jelas lagu “Memory” nyanyian kumpulan Sugarcult di dalam fikiran aku. Lagu itu seolah-olah lagu latar belakang aku pula ketika jantung aku berdegup kencang memerhati Nurul dari jauh. Aku tau dia tak sedar aku di sini sedang berjalan ke arah dia. Aku harap dia tak akan menoleh memandang aku sebab kalau aku malu nanti, habis aku batalkan sahaja niat aku nak berjumpa dia ni.

Sebenarnya, memang setiap kali aku pulang ke Perlis, aku akan datang ke perpustakaan ni. Sebab aku tahu dia akan ada di sini. Tapi dia tak pernah nampak aku. Aku memang tak mahu dia nampak aku. Guruh berdentum, aku tersentak dan langkah aku terhenti. Nurul memandang tepat ke arah aku akibat bunyi guruh, wajahnya nampak jelas terkejut. Kaki aku tak mampu bergerak, macam terlekat di lantai ni. Hujan mula turun dengan lebat, kaki aku pun tiba-tiba macam tidak melekat di lantai lagi. Aku meneruskan perjalanan aku ke arah Nurul. Nurul langsung tak bergerak dan cuma memerhatikan aku.

Aku kini berhadapan dengan Nurul tapi entah mengapa, aku macam bisu pula. Tak tahu nak cakap apa. Aku nampak Nurul ni cantik pula. Dulu aku rasa dia ni biasa je. Memang betul la orang cakap, kalau dah suka, taik ayam pun nampak macam berlian. Bukan maksud aku Nurul macam taik ayam. Tu cuma perumpamaan yang mak aku selalu sebut. Nurul ni boleh tahan juga orangnya, bukan macam taik ayam. Jika sesiapa pandai-pandai cakap benda tak elok pasal dia, boleh naik darah aku ni. Tapi sekarang ni, yang aku asyik pandang dia saja mengapa? Cakap lah sesuatu Jerry!

Alamak! Nurul macam nak pergi je dari aku. Dia beralih seperti nak menjauhi aku. Dalam sedar tak sedar, aku dapat rasakan laju tangan aku menggenggam pergelangan tangan Nurul. Nurul memandang aku, keliru. “Tunggu dulu” Akhirnya keluar juga perkataan dari mulut aku. “Kenapa?” Nurul bertanya.

“Surat kau. Aku dah baca.”

Nurul diam seketika lalu membalas dalam cara yang slumber tapi suaranya seakan-akan gementar, “Oh!”

Pipi Nurul kelihatan pink dan semakin merah. Aku tersenyum. Nurul langsung tak mahu pandang muka aku. Aku rasa lagi seronok bila tengok dia macam ni. Aku tahu dia malu. “Aku suka ko jugak la.” Terus berani je aku cakap. Nurul mengangkat muka memandang aku, aku tersenyum lebar. Nurul tunduk semula sambil senyum. Yang aku tahu, dari tadi, aku masih belum lepaskan tangan dia dan mungkin, aku tak akan lepas lagi.

***

Hari berlalu pantas bila Nurul ada disisi aku, aku sedar perubahan aku yang sentiasa senyum sendirian, lebih ceria dan aku makin membuka dunia aku lebih luas kepada Nurul. Aku merenung Nurul sambil memegang buku Sketch aku dan melukis gambarnya perlahan-lahan. Suasana petang di Kuala Perlis dengan angin yang berderu, bunyi ombak laut dan awek aku yang comel ni, memang buat aku rasa bahagia. Nurul dari tadi asyik membaling batu ke arah laut dan tertawa sendirian.

Aku tahu dia gembira bersama aku tapi aku juga tahu dia seperti menyembunyikan sesuatu dari aku. Aku dapat rasakan ada kesedihan yang cuba dia sembunyikan. Aku tak mahu bertanya kerana mungkin aku sendiri tak bersedia untuk tahu semua tu. Mungkin kerana rakan-rakannya yang semakin menjauhkan diri dari dia. Aku rasa bersalah, tapi aku juga tak mahu kehilangan Nurul. Aku tahu Nurul merasakan perkara yang sama.

Nurul merupakan seorang yang tetap sombong walaupun setelah aku kenal dia semakin dalam. Dia tak bertanya banyak soalan tapi dia juga tidak memilih. Dia sentiasa berpuas hati dengan apa yang dia ada. Selalunya, walaupun cuma perkara kecil yang aku lakukan untuk dia, dia sudah cukup gembira dan menghargainya cuma dia tak tunjukkan sebab dia memang sombong dan ego.

Nurul menuju ke arah aku. “Lukis apa tu?” Dia bertanya.

“Lukis sunset la. Laut cantik ni.”

“Aik? Gambar I tak nak lukis ke?”

“Gambar you buat semak je.”

“Sombongnya~”

“I lukis Ultraman. Nak tengok? Lagi comel dari you.”

“Mana?”

Aku menunjukkan gambar-gambar kartun yang aku lukis kepada Nurul. Dia senyum dan  berkata “Pandai you lukis”

Aku tersenyum. Mesti la aku pandai lukis. Dia tu tak tahu betapa bertuahnya dia dapat aku. Aku hensem, pandai belajar, pandai melukis, setia dan sombong macam dia juga. Aku mencubit pipi Nurul kerana geram. Dia cuma tersenyum. Aku harap aku dapat tengok senyuman ni selalu. Tak mungkin ada orang lain yang akan aku sayang selain dia. Perempuan sombong yang tak pernah pandang aku tapi sekarang dah jadi milik aku.

HILANG (Malay Language) - CompleteWhere stories live. Discover now