Σ>―(〃°29°〃)♡→

2.4K 95 6
                                    

"Apa semua ni Zura?" Tengking Mirza lalu melemparkan beberapa keping gambar Tengku Fazura dengan lelaki lain.

"Trust me, that's just fake. Sayang tak buat semua tu," tangisnya menjadi-jadi kerana takut.

Mirza Zafran mencangkung dihadapan Tengku Farisha yang memeluk dirinya akibat terkejut dan takut.

Air mata diseka lembut. Mirza Zafran melabuhkan ciuman hangat pada hidungnya.

"Shh...sorry, abang kena siasat siapa yang dalang untuk hancurkan hubungan kita ni," Mirza berjanji pada isterinya.

Manusia yang dihadapannya kini ialah Harraz Zulkarnian. Gambar-gambar yang baru dikeluarkan dari sampul koko itu diletakkan di atas meja.

Dua pengawal peribadinya di belakang hanya menunduk hormat terus berlalu keluar. Mereka faham bahawa majikannya tidak ingin mereka masuk campur.

"Kau boleh explained pasal gambar ni. Isteri aku dah tak ada jadi aku rasa kau puas dan gembira. Aku takkan bunuh kau tapi bagi kau kehidupan. Dhiandra aku dah hantar ke bumi Israel biar dia jadi pengemis. Kalau kau? Aku akan hantar kau ke penjara dan akan dipenjarakan selama 2 tahun setengah sebab aku nak kau kahwin dengan Zahra, partner in crime kau."

Mirza Zafran menanti sahaja Harraz membuka bicara. Harraz menarik nafas dalam, sudah dia mengagak bahawa Mirza akan mencarinya setelah dia menyelesaikan Dhiandra.

"Tak ada apa aku nak katakan. Kau boleh hantar aku terus ke penjara dengan semua bukti ni. Mastermind ni aku rasa kau boleh siasat sendiri. Daripada logo komputer riba aku dan logo di belakang fon aku," Harraz menunjuk kesemua klu.

Mirza Zafran mengerut dahi. Seakan pernah dilihatnya logo lion berlainan warna itu. Otaknya ligat berfikir.

"Sir Matthew girl right?" Soalnya lalu membuang pandangan ke arah cermin bangunan mewah itu. Harraz hanya menunduk lalu menganguk.

"Apa dia nak? Ayah dia aku yang bunuh. Yang dia nak hantar korang semua kenapa?" Mirza Zafran bermonolog. Fikirannya ligat memutarkan beberapa keping memori di minda.

Harraz tergelak besar. Mirza menjeling tajam. Apa yang lawak dia tak tahu, mahu saja dia sumbat kasutnya ke dalam mulut itu.

"Apa yang lawak?" Mirza Zafran bertanya geram.

"Kau sure kau bunuh Sir Matthew?" Soalnya agak sinis.

Mirza menganguk faham. Ya, isterinya Tengku Farisha Geisha yang menembak dari arah jauh tapi yang dia nak hantar sampai 3 orang sekali kenapa?

"So why she post 3 of you to my life?" Soalnya sambil menyilang tangan ke dada. Air wiski habis diteguk Harraz.

"Kami hanya catur dia," Harraz menyelak sedikit rambut hazel miliknya. Cermin mata dibuka. Dia sudah bersedia dipenjarakan cuma hatinya bersalah pada Zahra.

"Surat ni kau bagi dekat tangan Zahra, aku dah sedia ikut kau ke mahkamah." Harraz memberikan tali rafia pada Mirza. Tangannya disatukan lalu diikat ketat.

Utara Australia

Sir Mikhalya tergelak bagaikan orang kurang siuman. Air lemon bercampur bahan kimia itu diminumnya. Air matanya turut mengalir. Dia tahu apakah kesudahan cerita hidupnya. Pengakhiran dendam kesumat.

"Biar aku mati dalam keadaan begini daripada diseksa. Tunggu Mikha, ayah." Gelas kecil itu jatuh menyembah lantai. Tubuhnya rebah di atas lantai keemasan itu. Perlahan-lahan matanya terkatup.

Mirza Zafran yang baru sampai dengan anggota polis terkejut dengan tubuh kaku itu sudah tidak bernyawa.

"Dia sanggup pergi daripada mendapat hukuman setimpal dengan apa yang dia lakukan," lans coperal mencangkung dihadapan jasad. Gelas kecil berukiran bunga itu diserahkan kepada pembantunya.

Kesemua sisa bukti yang mengesahkan arwah membunuh diri dikumpulkan. Satu makmal rahsia ditemui disebalik dinding pelantara bilik tidur dan bilik belajar.

"Makmal ahli saintis," guman Mirza tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Sayang sungguh, kerana dendam sang ayah, cita-cita hancur begitu sahaja. Kalau tidak pasti dia dapat berbakti pada negara," inspektor Harris berkata jujur. Mirza menganguk setuju.

"Tidak pelik bahawa Sir Mikhalya membunuh diri dengan meminum air yang ada campuran kimia," polis wanita itu memberitahu setelah selesai menganalisis gelas tadi.

Mirza hanya terdiam tanpa kata. Semuanya sudah berakhir dengan kepergian isterinya juga.

Semua berakhir tetapi jiwanya masih kekosongan kerana isterinya telah pergi meninggalkan dirinya. Walaupun terjadi dia harus teruskan hidupnya dengan membesarkan puterinya.




ROYAL MAFIA✔ [B¹]Where stories live. Discover now