Σ>―(〃°11°〃)♡→

3K 178 8
                                    

Volim te!

Mirza Zafran duduk termenung di atas katil bersaiz king. Masih terngiang-ngiang suara Tengku Fazura memberikannya waktu untuk berfikir.


"Aku nak pilih siapa?"

"Dhian ke kau?" Sesak nafas Mirza Zafran memikirkan siapa yang hendak dipilihnya.

"Haih. Mungkin pilihan keluarga yang terbaik. Dia dah terima aku tanpa bagai syarat tapi kenapa aku tak boleh terima dia?"

"Adakah sebab dia mafia? Aku rasa ya, aku patut terima dia. Maafkan aku Dhiandra. Pilihan keluarga lebih tepat," getus hati kecilnya.

014×××××××

Kita kahwin bulan depan.

Σ>―(〃°ω°〃)♡→

Tengku Hakim dan Tengku Sarah memandang satu sama lain. Mereka melihat Tengku Hafiey yang tersengih, tersenyum lebar itu.

Mesti ada perkara yang ingin disampaikan.

"Are you okay granpa?" Soal Tengku Machanzie. Yang lain turut menanti jawapan.

Tengku Quezairil dan Tengku Safwan hanya beriak biasa melihat situasi itu kerana mereka sudah tahu apa yang akan disampaikan.

Sudah sedia maklum mereka mendapat jawapan dari mulut adik mereka sendiri.

"Your sister wedding on twenty six april. Next week so mean someone will be wife." Tengku Hakim ternganga.

Yang lain pula tersenyum melebar. Masing-masing tersengih dengan agenda tersendiri.

Tengku Fazura yang berada di dapur hanya beriak biasa tanpa ada perasaan. Nanti dia perlu balik ke Perlis untuk berjumpa dengan keluarga angkatnya.

Dirinya tinggal bersama Tengku Hafiey bertahun-tahun tiba masanya berumah sendiri mungkin ya tetapi kenapa dia yang dulu kahwin dari mereka yang tua?

Tengku Fazura menggeleng kepala. Pening rasanya dia asyik memikirkan itu.

/Selangor/

"Papa bangga dengan pilihan kamu Mirza. Terima kasih. Selepas ni,  Fazura tanggungjawab kamu. Jangan mensia-siakan batu permata."

Dato Zarif berasa lega akhirnya kegusaran di hatinya sudah terungkai. Kebahagiaan anaknya yang dicari. Tiba masanya, Mirza Zafran berumah tangga dan berdikari.

Mirza Zafran hanya memberikan senyuman ikhlas. Dalam hatinya meminta maaf pada kekasih hatinya. Dia harus membahagiakan orang tua yang menjaga dirinya dari dia bayi sehingga sekarang.

Dia mempunyai ibu tiri setelah ibu kandungnya meninggal dunia kerana kes langgar lari ketika dirinya masih dalam kandungan.

Mirza keluar rumah menatap langit.

"Mirza dah nak jadi suami orang la mama. Mirza takut kalau dia tinggalkan Mirza macam mama tinggalkan papa."

PERLIS

Tengku Danish Fariz gembira mendengar berita tersebut. Lega hatinya mendapat tahu anak angkatnya itu akan berumah tangga. Tugasnya sebagai seorang ayah kini selesai dan akan digalas oleh Mirza Zafran.

Tengku Fazura merajuk dengan adik kecilnya. Tengku Iman Firash yang berumur sepuluh tahun itu. Asyik diperli oleh adinya.

"Kakak kata takkan kahwin seumur hidup tapi ni kahwin juga. Haih, kakak dah berubah ke?" Tengku Iman tersengih melihat wajah kakaknya yang cemberut.

Tengku Danish menerpa ke arah anak gadisnya itu. Tengku Iman memahami isyarat ummi mereka terus beredar keluar dari bilik tersebut.

"Zura sudah besar panjang. Tiba masanya untuk hidup tanpa kami. Zura jaga diri baik-baik jangan derhaka dengan suami."

Tengku Danish membelai rambut anaknya itu. Tengku Fazura hanya iyakan sahaja. Dia tahu semua tu dari hari tu lagi. Semua cakap macam tu menghalau nampak.

ROYAL MAFIA✔ [B¹]Where stories live. Discover now