Σ>―(〃°17°〃)♡→

2.7K 133 5
                                    

Fils se réveille ni? frère soeur nostalgie. Réveillez-vous la de sommeil, pas fatigué s'étend en arrière tu? Tu me manques beaucoup de bébé... plus..Kedengaran tangisan halus terbit dibibir Tengku Machanzie.

"Nanti abang datang balik, adik bangun cepat tau. Karang si Mirza tu kena kahwin lari dengan
musuh adik."

Tengku Machanzie berseloroh dengan adiknya yang masih kaku terlantar itu. Mirza Zafran sudah dibuai lena oleh mimpi indah di atas sofa.

Tengku Machanzie keluar dari bilik tersebut secara perlahan. Mirza Zafran mencelik matanya kerana terasa akan ada orang memerhatikan dirinya.

Zap!

Merenung satu sama lain. Senyuman lantas terukir di wajah Mirza Zafran manakala orang itu pula memandang Mirza tanpa berkedip mata.

"Zura!"

Mirza Zafran memeluk tubuh kecil itu erat. "Hish! Lepas. Sesak nafas aku," Tengku Fazura menepuk belakang Mirza dengan kuat. Mahu dia koma balik apa?

"Berapa minggu aku tak bangun ni? Sengal-sengal badan aku ni hmm," gumannya perlahan. Matanya terpandang akan jari manisnya.

Dia memandang Mirza. Mirza hanya buat tidak tahu mengalih pandangan ke arah lain.

"Lusa kita kahwin. Aku nak keluar hari ni. Jom," Tengku Fazura bersemangat menuruni katil.

Mirza pula jadi cemas. Jatuh gadis tu nanti macam mana? Patah tulang punggung. Terkehel-kehel cuba turun dari atas katil.

Slap!

"Maaaa!"

Jerit Tengku Fazura yang tergelincir sambil menutup mata tetapi kenapa dia merasakan punggungnya tidak mencium lantai?

"Jangan degil. Nanti aku bawa kau keluar, kau duduk diam dan makan, aku pergi selesaikan kos perubatan kau," Mirza Zafran Tengku Fazura ke atas katil semula.

Setelah Mirza Zafran keluar, Tengku Fazura memegang kedua pipinya yang panas membahang.

"Shit! What happen to me just now? Blushing? Oh it can't be. No love in my life. I fall in love with him? No way!"

Tergeleng-geleng Tengku Fazura sambil itu tangannya menepuk pipinya sampai merah. Dia tidak perasan akan pandangan pelik dari Mirza.

Mirza Zafran merasa geram dengan gadis di hadapannya. 'Buang tabiatkah menampar diri, menggeleng kepala?'

Tangan kecil itu digenggam lalu disatukan di tangannya. Tengku Fazura terkebil-kebil dengan kelakuannya.

"Kau dah kenapa tampar diri menggeleng kepala ni? Nak koma balik ke?" soalnya datar.

Tengku Fazura terdiam. Mirza mengeluh dalam hati. 'Yang dia ni buat wajah comel plus polos ni dah kenapa? Otak dah tak betul ke lepas koma? Aku terkam juga dia nanti.'

"Don't staring me like that, i scared if i can't control to kiss your lips." Katanya dingin lalu melepaskan tangan gadis itu.

Tengku Fazura terdiam. "Bila balik?" soalnya agak gugup. 'Hish! Pehal dengan aku ni?'

"Sekarang ini. Tukar baju kau tu
dulu," Mirza menyuakan bungkusan beg kertas tersebut pada Tengku Fazura.

Kini bertukar tangan. Tengku Fazura segera menukar pakaiannya. Selaras pistol turut disediakan oleh Mirza. Dirinya tersenyum melebar entah kenapa rasanya butterfly dancing in the stomach.

Kedua-dua menyepi di dalam kereta. "Pasal soalan kau tu tadi, kau koma satu minggu lebih. Kau rehat balik rumah nanti, tak payah gatal nak buat kerja. Rehat untuk lusa."

Mirza fokus kepada pemanduan. Tengku Fazura menganguk sahaja. Entah kenapa matanya kuyu. Makan ubat itulah effectnya.

Mirza menarik Tengku Fazura ke tengah lalu direbahkan kerusi tersebut. Tengku Fazura terkejut dengan tindakan drastik itu tetapi dia diamkan sahaja.

Matanya nak tidur lebih penting fikirnya. Mirza Zafran menggeleng kepala melihat Tengku Fazura yang sudah dibuai lena.




ROYAL MAFIA✔ [B¹]Where stories live. Discover now