Prolog

2.7K 38 0
                                    

BAGI Humaira, dia sudah memaafkan Datin Sumisah atau lebih tepat lagi wanita yang melahirkannya ke bumi Tuhan ini. Wanita yang selama ini dipanggil Mak Ngah oleh Tuan Rafeq.

Fikirnya selama ini, Mak Ngah itu betul-betul wanita yang melahirkan Zidan dan Noreen, sepupu pada Tuan Rafeq.

Rupanya, Mak Ngah itu hanyalah mummy tiri mereka berdua. Dan rupanya, Mak Ngah itu adalah wanita kesayangan arwah ayahnya, yang meninggalkan mereka hanya untuk hidup mewah dengan lelaki lain.

Jika nak dihitung, memang tak terhitung persoalan yang sering berlegar di benaknya sejak usianya lima tahun. Sejak dia ditinggalkan ibu tanpa sebarang pesan. Ayah tak pernah cerita buruk tentang ibu. Tapi bila dia membesar, orang sekeliling yang bercerita.

"Ibu kamu tu tinggalkan ayah kamu sebab ikut jantan lain. Jantan kaya, tauke besar."

Itu yang dia dengar dan bila teringatkan itu, dia akan menangis.

Itu dulu. Tapi sekarang ini dia yakin, jalan hidupnya memang sudah ditulis cantik oleh Ilahi. Dia didatangkan ujian sejak kecil, supaya dia faham bagaimana ertinya sebuah kesusahan.

Kemudian dia ditemukan dengan Tuan Rafeq, berkahwin walau tanpa cinta dan Tuhan wujudkan cinta di hatinya buat suami. Selepas itu, Tuhan beri dia bahagia.

Makanya, nikmat Tuhan yang mana yang dia boleh dustakan?

"Abang tak akan biarkan Maira hidup susah lagi. Maira ada abang sekarang dan sampai bila-bila pun abang akan ada untuk Maira."

Itu janji Tuan Rafeq padanya. Janji seorang lelaki yang Tuhan kirimkan untuk mengubah hidupnya. Yang Tuhan jadikan jambatan untuk dia kenal nikmat dunia.

"Terima kasih, abang. Sebab beri peluang Maira rasa bagaimana nikmatnya bahagia. Sebab sayang Maira yang tak punya apa-apa ni." Humaira tunduk mencium jemari si suami.

Tuan Rafeq senyum dan angguk. Bagi dia, Humaira adalah jelmaan bidadari kiriman Tuhan untuknya. Untuk dia yakin, bahagia itu tak terletak pada rupa dan harta. Tetapi pada hati manusia itu sendiri.

Humaira peluk tubuh suami dari arah sisi. Kepalanya dilentokkan di bahu Tuan Rafeq.

Dia bahagia.

Ada suami yang mencintai.

Dan kini dia sudah ditemukan kembali dengan ibu sendiri.

Tak ada apa lagi yang kurang dalam hidupnya.

Cuma sekarang ini, dia perlu fahamkan Luna, si adik yang degil itu bahawa apa yang berlaku dalam hidup mereka semuanya ketentuan Tuhan dan kita sebagai hambaNYA perlu reda.

Dia perlu fahamkan Luna, ujian diberikan pada setiap orang itu berbeza. Ujian itu bukan musibah tetapi tanda kita disayangi DIA.

Dia perlu sedarkan Luna, berdendam itu akan menjadi sebab hidup kita tidak tenang. Lebih-lebih lagi pada ibu sendiri.

Waima macam mana sekalipun, sudah ditulis oleh DIA, syurga setiap kita yang bergelar manusia, ada di tapak kaki ibu. Hanya untuk wanita seperti dia yang sudah punya suami, syurga itu sudah berpindah di tapak kaki suami.

Tapi itu tidak bermaksud, kita harus membuang ibu sendiri.

BERIKAN KESEMPATAN 2Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang