Sole Mio ➡ Part 33 ⬅

112 6 0
                                    

" Wonho masih cintakan Hyungwon tak ? " Soal Hana. Dia memandang ke arah Wonho.

Wonho terkejut apabila cuping telinganya mendengar soalan yang keluar dari mulut Hana. Kenapa dia menanyakan soalan sebegitu rupa di depan Jaehyun. Jaehyun turut terkejut.

" urmmmm! Wonho~ wonho sebenarnya memang dah lama... "

Belum sempat Wonho menghabiskan kata-kata ada satu panggilan masuk. Tangan Wonho menyeret kekunci srin telefonnya. Panggilan daripada Ahreum.

" Noona, Wonho jawab panggilan dulu. Ahreum call. "

Wonho meminta izin dengan Hana. Dia terus melangkah keluar dari bilik.

" Oppa kat mana ? Dah lewat kenapa tak pulang lagi ? " kata Ahreum melalui talian.

" Kalau Ahreum nak apa-apa boleh cari oppa kat Hospital Chou ni. Oppa tak sakit.. Hyungwon sakit. "

Selepas meletakkan talian telefon. Wonho kembali melangkah menapak masuk kakinya ke dalam bilik.

Ahreum pov

Aku meletakkan panggilan. Geram betulla dengan si Wonho ni. Takde kerja lain. Dari dulu sampai dah ada anak pun, di fikiran dia asyik-asyik Hyungwon. Hyungwon! Hyungwon! Bencilah!

End pov

" Wonho noona nak balik dulu. Kesian dekat Miyeon dah mengantuk. Jaehyun pun dah lapar. Noona pun dah penat ni. Kena dukung Jaeyeon ni. "

" Kesian anak-anak noona, Jaeyon ngan Miyeon ni. Diorang penat. Takpe-takpe noona balik la. Apa-apa nanti Wonho bagitahu noona okey ? " kata Wonho.

" Thanks. "

Hana, Jaehyun dan anak-anaknya beredar dari situ. Wonho pula turut turun untuk membeli beberapa makanan. Manalah tahu nanti kalau Hyungwon sedar dia lapar. Lagi pula dia pun belum makan dari tengah hari tadi. Tangan Wonho membuka pintu dan menutup pintu dengan perlahan-lahan.

Hyungwon pov.

Kepalaku terasa sakit. Aku membuka mata. Aku berada di tempat asing. Mungkin aku kat hospital. Apa yang aku ingat aku terjatuh ke lantai. Oh! Kerana aku makan ayam yang ada kacang.

Jadi ? Siapa yang bawa aku ke sini. Aku melihat satu figura yang agak aku kenali. Memang sah itu Wonho. Aku masih lagi mamai. Dia tersenyum bila melihat aku.

End pov.

Wonho menapakkan kakinya masuk ke dalam bilik rawatan Hyungwon. Dia dapati Hyungwon sudah sedar. Secara spontan bibirnya mengukir satu senyuman manis.

" Kau dah bangun? Kau lapar tak ? Aku ada beli bubur ni. Kau nak ? Btw macam mana ni boleh terjadi ? Mesti kau makan benda bukan-bukan kan ? "

Bertalu-talu soalan yang diajukan kepada Hyungwon. Hyungwon merintih. Dia mula kesakitan. Pening. Mana taknya sedar-sedar terus kena soal macam-macam.

" Arghh! Pening. Saya tak tahu nak jawab mana satu. Rasa berdenyut-denyut aja kepala ni. " Hyungwon memegang kepalanya.

" Ouwwh mian. Mian. Nah kau makan bubur ni dulu. Lepas tu kau rest. Tenang nanti kau cerita. Meh aku suapkan. " kata Wonho.

Wonho membuka plastik dan penutup mangkuk itu. Bubur dikacau-kacau. Dan ditiup perlahan.

" Saya boleh makan sendiri. "

Hyungwon cuba mengambil sudu dari tangan Wonho. Tetapi Wonho merayu buat muka seposen.

" Please~~ "

Hyungwon mengalah. Dia membuka mulut luas-luas. Hyungwon makan dengan berselera. Tiba-tiba Ahreum datang dan menampar pipi Hyungwon.

Paks!

Bunyi satu tamparan deras.



Tbc : one more time

Apa dah jadi ? Apesal dengan Ahreum tu ?
Readers ?

Votment! Tq! Saranghae..
Hyungwon ft Wonho.

[C] Sole Mio | Hyungwon × WonhoWhere stories live. Discover now