" Fartini Mardhiyah," panggil ibu. Aku yang sedang menikmati buah tembikai memandang ke arah ibu. Langkah aku aturkan untuk pergi ke arah ibu. Aku melabuhkan punggung di atas sofa sebelah ibu.
" Ya ibu?" jawab aku dan buah tembikai aku suapkan ke dalam mulutku. Manis. Sungguh manis buah tembikai daripada Korea ini. Sebelum itu, aku memperkenalkan diri aku. Nama aku Fartini Mardhiyah. Aku anak kedua daripada enam adik-beradik.
Aku ada kakak yang bernama Atikah Mariya. Aku juga ada adik yang bernama Safar Nurmelliana, Absarina Marlina, Alya Marlini dan Anis Nureisya. Alya dan Absarina itu kembar tidak seiras. Tapi mereka sama perangai gila.
" Umur kamu berapa tahun ini?" soal ibu. Aku terdiam tatkala mendengar soalan ibu. Ligat otakku mengira usia diri sendiri. Berapa ya umur aku? Entahlah. Tidak suka mengira umur sendiri. Tarikh kelahiran diri sendiri juga aku malas nak fikir. Ini kan pula umur.
" Uhm, jap. Nak kira"
" Fartini, tak kelakar"
" Betul lah. Ib-"
" Kamu dua puluh lapan tahun ni. Kamu tahu tak, kak long kamu tu umur kamu dah ada Aiden" ujar ibu kepada aku. Sekarang umur Kak Long , tiga puluh tiga tahun. Kak Long kahwin pada usia dua puluh enam tahun. Dua tahun dia dan suami dia si Adam tu saja. Dah tu, rezeki mereka dapat Aiden pada usia Kak Long dua puluh lapan.
" Jodoh tengah sesat cari alamat rumah kita lah ibu" jawab aku selamba. Terasa perutku sakit dek cubitan ibu. " SAKITLAH IBU"
" Kamu ni kan, kamu memang suka eh adik-adik kamu tu langkah bendul? Safar tu dua puluh tujuh tahun dah kahwin. Lepas tu sekarang tengah mengandung" ujar ibu.
" Safar tu gatal. Tu yang di-"
" Kamu jangan nak mengata adik kamu sendiri eh. Itu, kembar pun dah ada tunang. Anis yang berusia dua puluh empat tu pun dah ada tunang juga. Kamu ni bil-"
" Sabar ibu. Nanti datanglah tu jodoh Angah. Ibu sabar saja. Nanti jodoh Fartini, menantu ibu paling kacak. Kalah Abang Adam. Kalah Afif. Kalah semua orang" ujar aku dengan bangga. Tapi Fartini, di mana kau nak cari lelaki kacak seperti Park Chanyeol ahli kumpulan EXO tu?
" Ibu tak kira, balik saja babah kamu dari Umrah, ibu nak kamu terima lamaran daripada seseorang"
ujar ibu dan dia terus masuk ke dalam bilik. Aku terdiam. Apa yang telah ibu lakukan? Dan, adakah aku perlu lari dari semua orang? Tapi, berdosa Fartini.Orang kata, pilihan keluarga selalunya bagus. Tapi, erm. Aku tak mahu kahwin. Cinta itu menyakitkan. Mencintai itu menyedihkan. Sudahlah. Aku benci cakap tentang cinta. Tapi, erm.
Ya Allah, kau hantarlah jodoh untukku.
Atau, wujudkan lah, ' Lelaki Kiriman Tuhan' .
••••••••
Cerita ni ada perubahan nanti ya. Sekian terimassss
YOU ARE READING
[C] Lelaki Kiriman Tuhan •PCY•
FanfictionSiapa dia untuk aku? Dia suami aku. Aku mesti hormat dia kerana apa? Kerana dia suami aku. Walaupun aku tak mahu kahwin tapi, dia tetap akan menjadi suami aku. Dia. Dia. Dia. Dia. Lelaki kiriman Tuhan untuk menjaga aku. Muhammad Uwais Park. Suami...