☁️05☁️

190 36 11
                                    

Barcelona, Spain.

Aku dan Uwais sudah tiba di Barcelona, Spain. Kau tahu, dari keluar pesawat tadi, Uwais pegang tangan aku saja. Aku biarkan aje sebab aku pun takut sesat. Nanti lain jadi kalau aku sesat. Kami akan naik train untuk ke Granada.

" Uwais oppa!" panggil seseorang. Perempuan. Okay, aku ULANG. PEREMPUAN!

" Injong!" kata Uwais pula. Dia lepaskan tangan aku. AKU ULANG, DIA LEPASKAN TANGAN AKU SEBAB NAK PERGI KE ARAH INJONG. Aku hanya melihat ke arah Uwais yang sedang berborak dengan Injong.

Kenapa aku rasa cemburu? Train sudah tiba dan baru sahaja aku nak masuk, Uwais sudah pun memegang tangan aku.

" Masuk sama" ujarnya. Aku hanya mendiamkan diri. Perempuan nama Injong tu dah tak ada. Entah pergi mana entah perempuan tu. Dah lah, aku malas nak fikir. Tapi, Fartini Mardhiyah, betul ke kau cemburu ni?

Ish! Benci! Nak mengamuk!

-------

Granada, Spain.

Setiba di Granada, aku dan Uwais terus ke Hotel. Hotel ini terlalu mewah. Banyak betul duit si ketua pengawal ni.

" Uwais!" ada lagi seorang perempuan panggil Uwais. Tak, kenapa dia popular sangat?

" Siapa pula tu?" akhirnya aku bersuara. Uwais tersenyum memandang ke arah aku. " Apa?"

" Awak cemburu?"

" Mana ada" kata aku. Aku berpeluk tubuh kerana aku sedang dalam emosi terganggu. " Cepatlah uruskan bilik. Saya penat"

" Kejap. Saya nak jumpa Eunbin kejap" tadi Injong. Ini Eunbin pula. Nanti siapa? Geram ni! Aku emosi! Isteri mana tak cemburu! Eh, aku cemburu ke? Erm.

" Sayang, jom kit-"

" CEPATLAH URUSKAN BILIK! PENAT TAHU TAK!" ujar aku dan aku duduk dekat kerusi yang ada dekat lobi itu. Aku tinggikan suara aku dekat suami aku. Aku, aku, aku, aku rasa aku berdosa sekarang. Biadap lah air mata ni nak menitis bagai.

" Say-"

" Don't touch me! Bak sini kad tu" ujar aku dan aku rampas kad bilik daripada dia. Aku marah ni. Aku marah sebab aku tengok Eunbin tu tadi peluk
lengan Uwais. Aku emosi ni. Celaka betul.

Di dalam bilik aku terus baring di atas katil. Terasa badan aku di peluk. Aku ingin lepaskan tapi, Uwais makin mengeratkan pelukan antara dia dan aku.

" Abang tahu, sayang marah. Eunbin dan Injong tu kawan abang saja. Mereka pun dah kahwin. Sudahlah sayang, jangan merajuk lagi" kata Uwais. Aku hanya mendiamkan diri. " Sayang"

Terasa leherku sakit. Apa kau buat ni Uwais! IBU! BABAH! KAK LONG! SAFAR! KEMBAR! ANIS! UWAIS BUAT BUKAN-BUKAN DEKAT FARTINI!!!!!!

[C] Lelaki Kiriman Tuhan •PCY•Where stories live. Discover now