☁️04☁️

152 33 5
                                    

Genap sudah satu minggu aku menjadi seorang isteri kepada Muhammad Uwais Park. Aku menyiapkan sarapan untuk Uwais. Ini lah rutin setiap pagi aku. Menyediakan pakaian Uwais. Eh tak pakaian tak. Aku sedia kain pelikat untuk dia solat subuh je. Dia kan kerja pengawal. Pengawal kan ikut shift. Dia kata dia mula kerja minggu depan.

Muka kacak tapi jadi pengawal. Ini mesti masa sekolah dulu main-main. Aku suka lah tengok decoration rumah Uwais ni. Cantik. Serious cantik.

" Sayang"

" Ya?"

" Sayang buat apa? Tak, maksud abang sayang masak apa?" soal Uwais dan rambut aku dia selitkan di tepi telinga aku. Dahi aku di cium. Itu lah rutin harian Uwais setiap pagi dan sebelum tidur. Mencium dahi isterinya yang cantik ini.

" Saya buat scrambled eggs dengan roti bakar aje untuk awak. Mama, papa dan kakak kan tak ada. Jadi, saya rasa awak suka kot makan ni" ujar aku. Walaupun kekok tapi aku cuba untuk tak kekok.

" Awak nak pergi berbulan madu?"

" Errr saya rasa aw-"

" Sayang, saya tanya ni. Awak nak ke tak nak?" soal Uwais lagi. Aku geleng. " Kenapa?"

" Uwais, awak kerja minggu depan dan kerja awak tu mesti ikut shift. Lagi pun, awak nak bayar gun-"

" Saya ada duit simpanan saya. Minggu depan kita pergi Granada" ujar Uwais. Aku memandang tepat wajah Uwais. " Saya dah lama simpan duit saya. Sudahlah, mari makan sama"

" Tak ma-"

" Kesian suami awak ni makan seorang" ujar Uwais. Aku mengeluh lemah dan aku teman dia makan. Aku tak boleh brain, mana dia dapat duit? Dia kata dia simpan tapi, sampai mampu beli tiket ke Granada tu erm. Aku curiga lah dengan Uwais ni.

" Lepas tu, nanti kita balik Korea" ujar Uwais. Uwais ini muallaf. Mama dia cerita dekat aku, mereka masuk Islam masa Uwais dua puluh tiga. Mereka masuk Islam kerana mereka memang suka dengan agama Islam. Alhamdulilah.

" Awak ni kan, aw-"

" Tak apa sayang. Saya ketua pengawal" cis, riak sungguh suami aku ni. Telefone iphone X aku berbunyi dan nama tertera pada skrin ' Anis' . Skrin hijau aku tolak dan telefone aku tekapkan pada telingaku.

" Kak, Nazim tinggalkan Anis dekat tepi jalan semalam"

[C] Lelaki Kiriman Tuhan •PCY•Where stories live. Discover now