"Kapal terbang AirAsia yang membawa penumpang dari Turki akan mendarat 30 minit lagi."
Saat kaki melangkah menuju ke pintu keluar masuk lapangan terbang itu, ada sahaja mata yang memandangnya terutama milik para gadis.
Dia yang senang dengan perkara itu terus melemparkan senyuman dan kenyitan mata.
Iphone X yang berbunyi diambil dan skrin hijau dislide. Lalu ditekap ke telinga.
"Mana kau?"
Selesai berbicara dia pantas ke kereta Honda CRV yang sudah menunggu. Pintu belakang dibuka.
"Lepas ni aku tak nak naik lagi kapal terbang awam. Bising. The people are so annoying."
Lelaki bersuit hitam yang baru masuk ke bahagian pemandu hanya mengangguk.
"Maaf Tuan Muda. PJ kita ada masalah last minute."
Dia hanya diam. Dia tahu hal itu kerana telah diberitahu terlebih awal. Sebab itulah dia terpaksa bersesak di airport. Haih.
"Villa. Tapi Mike, beli makanan dulu. Aku lapar."
Mike yang sedang memandu memandang tuannya melalui cermin.
"Tuan muda, makanan sudah dimasak oleh Aunty Gina."
"Who is Aunty Gina? Aku baru je tinggal lima hari dah ada orang baru."
Mike terdiam seketika sebelum berkata. "Aunty Gina ialah pekerja tea lady di D Architects, Tuan Liam yang menyuruhnya ke sini. Katanya untuk memudahkan Tuan Muda di sini." Terangnya lanjut.
"Whatever."
Sampai di LED Villa, Mike segera ke bonet mengeluarkan beg tuannya.
"Tuan muda masuklah berehat. Beg ni biar saya yang bawa."
Dia mengeluh. "Kau ni pun satu. Berapa kali nak cakap. Jangan panggil aku Tuan Muda. Nama aku Lucas Evan. Kalau kau tak nak buang Tuan tu, just call me Tuan Evan not Tuan Muda. Atau Lucas, aku tak kisah. Aku dah anggap kau macam kawan aku. Kita kenal pun sejak aku 15 tahun. Its been 12 years we knew each other Mike." Panjang ujarnya.
Mike kelihatan serba salah. Evan mengeluh. Untuk kali keberapa dia juga tidak tahu.
"Aku dengar kau sebut Tuan Muda lagi, aku suruh Merry gigit kau. Padan muka."
Muka Mike pucat dengar ugutan itu. Cepat sahaja dia angguk.
"Baik Tuan."
■■■
"Miss Abby. Wake up please. Its 10.32 am already."
Seorang gadis yang masih lagi berselubung dengan selimut hanya mengambil bantal lalu ditekup ke telinga.
Bising.
Dua orang perempuan berpakaian seperti orang gaji sudah tidak keruan. Takut dimarahi dengan majikan mereka yang sudah menunggu di bawah.
"Macam mana ni. Miss Abby tak nak bangun. Aku takut Madam Aurel mengamuk."
"Tapi aku lagi takut kalau Miss Abby marah."
Suara deheman kecil dari belakang membuatkan perbualan dua orang gaji itu terbantut.
"Pagi-pagi dah bergosip. Depan bilik Abby pula tu. Ini kalau dia dengar memang malang nasib awak berdua."
"Sorry Sir Gibran. Kami cuma nak kejutkan Miss Abby sebab Madam Aurel sudah menunggu di bawah."
Gibran, adik kepada Abby tergelak kecil. "Chill. Tak payahlah takut. I bukan marah pun. Takpe you berdua turun dulu. Abby biar I yang uruskan." Ujarnya.
Dua orang gaji itu terus sahaja turun ke bawah. Mereka tahu lelaki itu mampu mengejutkan si gadis yang masih lena.
Gibran membuka pintu bilik kakaknya yang hanya tua setahun itu. Dia hanya mampu menggeleng kepala melihat tubuh yang masih berselimut satu badan.
"Lenanya tidur. Dia balik pukul berapa semalam ni."
Dia duduk di birai katil sambil tangan mula menggoyangkan badan Abby. Selimut yang menutupi muka ditarik.
"Em janganlah kacau Gib. Ngantuklah." Katanya perlahan.
Gibran tersengih. Melihat kakaknya yang ingin menutup semula muka, segera ditahan selimut dan hidung Abby dipicit.
Abby mula kehilangan nafas dan meronta-ronta. Tangan adiknya di pukul cuba melepaskan hidung.
"Gibran Ayan!" Jeritnya.
Tawa Gibran meletus kuat sehingga ke tingkat bawah. Aurel yang sedang menonton tv sudah menggeleng.
"Haa bangun pun. Kalau tak bangun juga Gib baru nak simbah tadi. Dah bangun, mandi. Lepas tu sarapan." Pesan Gibran sebelum keluar.
Abby mencebik. Namun tetap sahaja bangun untuk membersihkan. Jam dinding dikerling sekilas.
Nasib baiklah tidak terlajak. Dah lah dia ada meeting pukul 2 nanti.
Dalam hati dia berterima kasih pada si adik.
*********************
Yihaaa my new story!
YOU ARE READING
The Billionaire's Girl
RomanceDialah billionaire. Dia juga playboy. Jejaka berdarah kacukan yang ego dan sombong, namun terselit ketenangan dalam dirinya. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Si dia yang fasih berbahasa melayu walaupun berdarah Jerman asli. Gadis idaman para jejaka. Bijak, mena...