Bab 3: Kunci

3.8K 77 10
                                        

Kepala aku masih pening-pening bila aku duduk sebelah Yana. Cawan plastik terisi iced mocha yang aku pesan tadi, aku letakkan atas meja. Kertas pembalut straw aku koyak, dan straw itu aku masukkan ke dalam cawan plastik.

Aku sedikit teragak-agak ketika dia menghulurkan straw itu pada aku tadi. Ya lah, lepas aku lihat satu video yang menunjukkan seekor penyu yang kesakitan sedang dibantu oleh penyelamat sukarelawan untuk mencabut straw yang tersekat di hidungnya. Darah meleleh-leleh, dan penyu itu menangis. Literally ada air jernih yang mengalir keluar dari hujung matanya. Sejak dari itu, aku dah berhenti minum air dengan straw. Let's save the planet! Gitu.

Tapi bila dia dah bagi, takkan aku nak tolak?

"Jangan risau, straw kami diperbuat daripada hampas tebu. So it's fully biodegradable dan tak ada penyu akan tercedera," dia mengenyit matanya lagi padaku.

"Woi, kau okay tak?" Yana mengejutkan aku dari lamunan. Aku mengangguk sekali.

"Pening sikit."

"Itulah. Muka kau pun pucat ni. Kau boleh tak nak study ni?"

"Eh, boleh. Boleh. Takyah risaulah. Aku just... nak kena ambik masa sikit untuk... bertenang." Aku kalih ke belakang, ke arah kaunter. Dia sedang sibuk melayan pelanggan lain. Namun, sempat dia mencuri satu saat daripada masanya untuk memandang aku dan sekali lagi senyumannya buat aku pening.

Tak boleh Akhyar. Kau ada test esok. Kau kena fokus.

Kalau aku diberi pilihan untuk hilangkan satu benda dalam dunia ini, aku tahu sangat dah nak pilih apa. Aku takkan pilih untuk hilangkan peperangan. Atau wabak penyakit. Aku akan minta untuk subjek Thermodynamics hilang terus dari dunia ini. Aku tak mahu subjek ini wujud langsung pun, sebab aku. Benci. Subjek. Ini.

Pensyarah aku pula jenis baca slide saja. Lagilah aku makin tak faham. Nasib baik ada Yana. Dialah penyelamat aku.

"Woi, kau duk termenung apa lagi?"

"Aku tengah contemplate. Tengah fikir, kenapalah aku ambik course engineering," keluh aku. Kepala aku diletakkan di atas selerakan nota di atas meja. Dah hampir empat jam kami di sini. Otak aku sudah tepu dengan semua jenis formula dan teori.

"Balik jom?" ujar Yana.

"Finally, you're speaking my language."

Usai mengemas barang, kami pun bangun dan berjalan keluar dari kafe itu. Sempat aku menjeling ke arah kaunter, tapi dia tak ada. Yang ada sekarang cuma seorang barista perempuan yang sedang tersenyum ke arahku sambil melambai dan mengucapkan terima kasih. Aku balas senyumannya dan haba luar terus memeluk aku sebaik saja pintu ditutup.

Seperti lelaki-lelaki tampan lain yang aku nampak dalam LRT, di tepi jalan, di dalam kenderaan, si barista itu kekal menjadi crush yang aku tahu aku takkan ada apa-apa hubungan dengan dia (amboi jauh betul aku fikir kan?)

"Kau tercegat apa lagi dekat situ?" laung Yana dari keretanya. Sebelah kakinya sudah berada di dalam kereta. Kami memang datang dengan dua kereta (padahal baru sebut pasal save the planet tadi kan. Bukannya reti nak carpool siap-siap). Well, in my defence, Yana datang dari rumah dia, Nilai. Dan aku pula ada hal yang perlu diselesaikan di kampus (bunyi macam aku bagi alasan kan? Mungkin memang aku sedang beralasan. Hahah).

"Eh?" Aku meraba-raba poket jeans aku. Aku buka beg silang aku, menyelak-nyelak helaian nota yang berterabur dalam beg. Tiada.

"Kau cari apa pulak tu?"

"Kunci. Kunci kereta aku. Aku rasa tertinggal dekat kafe lah. Kau baliklah dulu. Aku gi check."

"Kau sure ni? Aku boleh je tunggu."

"Takpe, takpe. Jumpa esok?"

Yana angkat ibu jarinya padaku dan dia masuk ke dalam perut keretanya. Apabila keretanya hilang daripada pandangan, aku mengorak langkah ke kafe itu semula.

Pintu dibuka, loceng berbunyi kecil. Barista perempuan tadi masih di kaunter. Dia mengangkat keningnya.

"Tertinggal barang," ujarku sambil tersengih. Perempuan itu memecah senyum dan aku terus berjalan ke tempat aku dan Yana belajar tadi.

Atas meja, kosong. Bawah meja, kosong. Meja di sebelah, kiri dan kanan, juga kosong. Fuck, mana pulak aku letak kunci aku ni? Ke aku tercicir dekat tandas tadi?

"Cari ni ke?" Satu suara garau mengejutkan aku. Bahuku terhinjut sekali dan aku memusingkan badan ke belakang. Dia sedang tersenyum sambil menggoncangkan segugus kunci di tangan.

"Oh thank God. Jumpa mana?"

"Ada atas meja tadi. Dah agak dah awak akan datang balik," dia menghulurkan tangannya ke arahku. Aku menadah tangan, tunggu untuk kunci jatuh ke dalam tanganku. Tapi tiada. Dia masih menggenggam kunciku. Dahiku berkerut dan aku memandangnya.

"Saya baru habis kerja. Teman saya minum, baru boleh dapat kunci ni balik. Amacam?" Keningnya terangkat, menunggu jawapan daripadaku. Lesung pipitnya buat aku pening lagi.

Adakah mamat ni baru saja ugut aku? Patut ke aku ikut cakap dia? Atau patut aku rampas je kunci tu dari tangannya? Aku memandang wajahnya. Lesung pipit, braces, dan mata yang bundar seakan menggoda aku untuk ikut katanya.

Aku mengangguk sekali dan senyumannya melebar.

Nota: Jangan lupa vote dan komen! Teringin nak tahu pendapat korang 😋

BARISTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang