Bab 5: Rumah

3.1K 77 3
                                    

Dan tiba-tiba aku dekat rumah dia.

Kondo Syah agak besar juga. Ruang tamunya bersambung dengan dapur dan ruang makan, sama seperti kondo-kondo yang lainlah. Dekornya sangat bersifat minimalis. Tiga dinding ruang tamunya dicat putih (atau biru yang sangat cair?), dan satu lagi dinding dicat hitam. Siapa sangka warna hitam yang sangat muram itu boleh buat sesuatu ruang itu nampak cantik? Mungkin kemuraman itu juga satu kecantikan?

Perabotnya cuma ada sebuah sofa baldu panjang berwarna merah terang, menjadi centrepiece dan tumpuan ruang tamu itu. Sebiji bean bag berwarna hitam, kabinet TV dengan warna kayu yang gelap, TV yang entah berapa inci, sebuah lampu berdiri, permaidani biru gelap dan sebuah pasu besar yang berisi pokok hijau yang entah apa nama.

Pendek kata, rumahnya nampak sofistikated, dan matang. Aku tak tahu pula kerja barista boleh duduk rumah sebegini.

"Nak air?" Syah melaung dari dapurnya. "Eh, duduklah. Dari tadi awak berdiri je ke dekat situ?"

Aku tersengih kambing. Dengan malu-malu, aku ambil tempat di sofa merah tadi. Empuknya ya amat! Macam bontot bayi (not that I'm interested in baby's bum, mind you).

Aku cuba ingat balik apa yang berlaku tadi. Lepas dia ajak lepak rumah dia, aku terus angguk. Aku tak tahu kenapa tapi aku terus angguk! Badan aku macam bergerak secara automatik. Otak aku jadi tak betul bila aku dekat dengan dia.

Jadi kami pun bergerak ke sini. Dia menaiki motorsikal (superbike!) dan aku mengekorinya dari belakang dengan Myvi aku. Dalam lif tadi pun kami tak banyak cakap sangat, sebab ada orang lain yang naik bersama kami.

Aku bangun, dan aku buka pintu gelongsor balkoni rumah ini (suka hati aku je kan? Tapi bukan dia ada cakap buat macam rumah sendiri ke tadi?) dan serta-merta angin malam menepuk lembut pipi aku. Luar sudah gelap. Bintik-bintik cahaya lampu mematikan kegelapan, sekaligus memiripi bintang di langit. Tingkat 23 agak tinggi buat aku, tapi mujur aku tak gayat.

"Cantik kan?" Badanku terhinjut. Aku tak tahu, tapi mungkin ini habit dia— suka terkejutkan orang. "Ops, sorry."

"Cantik. Tenanglah jugak. Tak banyak bunyi kereta. Mungkin sebab kita tinggi kot?" Duh? Tak boleh nak obvious lagi ke Akhyar oi?

"Comel. Jomlah lepak dalam. Takut demam pulak lepak luar lama-lama." Dan kami pun masuk ke dalam dan duduk di atas sofa merah, menghadap satu sama lain. Aku jadi tersipu malu, seperti pengantin di malam pertama. Tapi kalau fikirkan balik, ini memang malam pertama aku dengan dia pun.....

"Rajin eh awak study? Ke sebab ada test?" Suara garau Syah memecahkan imaginasi aku dari menjadi lebih liar. Aku betulkan duduk aku, sebab...

"Oh, haah. Sebab esok test."

"Alamak. Sorry saya tak tahu!" Dia memakai wajah risau. Dahinya berkerut dan tangannya diletakkan di bahu aku. Sejuta volt terus-terusan merenjat seluruh badan aku, sampai aku sukar nak bernafas. Jantung aku berdegup makin laju.

"Kalau saya tahu awak ada test esok, saya tak ajak awak lepak sini."

"Eh, takpe. Saya dah habis study dengan Yana dah tadi."

"No, no. Tak boleh. Saya akan rasa serba salah bila awak tak study malamni. Okay, saya ada idea." Dia mengalihkan tangannya dari bahu aku, dan aku dapat rasa sebahagian dari aku pergi bersama tangan itu. Aku jadi tercungap tak bernafas.

"Apa kata kita study sama-sama."

"Tapi awak tahu ke pasal Thermodynamics?"

"Well, tak," dan dia ketawa, muzik itu datang lagi. "Tapi kita boleh revise melalui nota awak."

Dia menghulurkan tangannya, dan aku tahu dia mahu nota aku, tapi boleh tak kalau aku letak tangan aku dekat tangan dia. Aku seratus-peratus pasti tangan aku akan mengisi setiap lekuk tangannya dengan sempurna.

Tapi aku serahkan juga nota-notaku. Aku tak nak nampak desperate, dan terhegeh-hegeh di mata dia. Mata dia yang bundar dan cantik tu, ugh!

"Dan..." Syah memandang aku dengan satu senyuman yang nakal.

"Dan...?"

"Dan saya tahu macam mana nak buat study group kita ni lagi... menyeronokkan," ujar Syah sambil mengangkat keningnya dua kali.

Aku. Takut.

"Tahu strip poker?" Okey aku macam suka arah perbualan kami ini, tapi dalam masa yang sama, aku takut. Gementar. Rasa nak pitam pun ada.

"Err, tahu."

"Konsep study kita ni macam strip poker. Setiap kali awak dapat jawab soalan Thermodynamics dengan jawapan yang betul, saya akan buka sehelai pakaian saya. Dan kalau awak salah, awak pulak yang bukak. Deal?"

Pening. Aku pening. Darah terasa berdesup-desup ke otak aku, dan ke anggota badanku yang lain. Desupdesupdesup. Otak aku jadi tegang, dan benda lain juga turut tegang dan aku makin pening dan berdebar dan suka dan gembira dan gementar dan...

Aku bersetuju.

Nota: Jangan lupa vote dan komen! Teringin nak tahu pendapat korang 😋

BARISTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang