Bab 2: Barista

4.3K 92 6
                                    

Pili air ditutup selepas aku habis basuh tangan. Aku merenjis-renjis saki-baki air di tangan apabila aku perasan tiada tisu ataupun mesin pengering tangan. Aku curi pandang wajah aku di cermin.

Jujurnya, aku bukanlah orang paling kacak yang kau pernah jumpa, tapi aku taklah juga buruk (kau nak cakap aku perasan, cakap sajalah. Mungkin memang aku perasan diri aku tak buruk kot? Haha). Muka aku jatuh dalam kategori sedang-sedang. Average Joe. Muka yang kalau aku berjalan tengah orang ramai, orang takkan toleh dua kali untuk pandang aku lagi.

Aku selalu terfikir, macam mana agaknya perasaan lelaki yang mukanya terletak ni? Lelaki yang pasti akan dipandang dua kali mukanya dalam orang ramai.

Oh ya, kalau kau belum faham lagi, memang aku pandang lelaki pun kalau aku berjalan di mana-mana. Sebab aku gay. Sejak bila aku tahu aku gay? Itu kita sembang di lain hari.

Aku perbetulkan sedikit letak cermin mataku yang terlurut jatuh sedikit apabila aku tunduk tadi. Setelah pasti semuanya okey, aku senyum tawar dan berjalan keluar dari tandas itu. Beg yang aku sandang sedari tadi, aku perbetulkan letaknya di bahu. Berat pula beg aku hari ini.

Langkah aku dihalakan ke arah Kafe Secangkir Pelangi, tempat baharu yang Yana cadangkan untuk kami lepak dan belajar. Starbucks makin sesak dengan pelajar yang lain, buatkan suasana dalamnya hingar dan tak sesuai untuk belajar. Kata Yana, kafe ini baru buka dan juh dari Starbucks yang jadi tumpuan pelajar lain. Baguslah.

Pintu dibuka dan loceng berbunyi kecil. Serta-merta aroma kopi menusuk-nusuk masuk ke dalam hidung. Dua bau dalam dunia yang aku paling suka bau — bau marker dan bau kopi. Aku menghirup nafas sedalam yang aku boleh dan hembus perlahan. Entah kenapa bau kopi ini buat aku tersenyum sendiri.

Dekor kafe ini sangat bersifat industrial. Dindingnya disimen tanpa dicat, memberi kesan luas dan dingin. Lampunya bersifat minimalis, dengan beberapa jalur mentol yang tergantung, memberi pencahayaan yang cukup — tak terlalu gelap dan tak terlalu terang. Mejanya diperbuat daripada besi dan kayu, masih mengekalkan konsep industri. Bolong udara di siling dibiarkan tak bertutup. Bagi sesetengah orang mungkin nampak tidak kemas, tapi bagi aku ia melengkapkan hiasan kafe ini.

Aku nampak kelibat Yana yang melambai-lambai dari tempat duduknya. Aku mengangkat tangan sedikit, dan tunjuk ke arah kaunter tanda aku mahu memesan minuman.

Di kaunter pula, mesin pengisar kopi dan mesin pengewap nampak berkilat bawah cahaya lampu. Mungkin masih baru. Atau mungkin barista di sini tajin mengelapnya setiap hari. Papan menunya papan hitam dengan tulisan kapur yang kemas. Harganya pun boleh tahan murah.

"Lama jugak ye berdiri depan pintu tadi? Saya harap mulut terlopong tadi maksudnya kafe kami cantik?"

Keningku berkerut. Pandanganku beralih dari papan menu, ke sumber suara yang menegur aku di hadapan.

Jantung aku berdegup laju lagi. Peluh-peluh dingin mula menampakkan diri.

Malaikat tadi!

"Hey, awak terlopong lagi," lelaki — bukan. Malaikat di hadapanku tersenyum lebat. Sepasang lesung pipit terlekuk dalam di pipi kiri dan kanan.

Ya Tuhan, sesungguhnya aku makhluk yang lemah.

"Err... heheh," aku cuma mampu tersengih kambing macam orang bodoh di hadapannya.

"So, nak order apa?"

Aku larikan mataku dari melihatnya terlalu lama. Aku tak mahu dia perasan aku memandangnya dari tadi. Mataku beralih ke papan menu semula.

Sebenarnya, tanpa perlu lihat papan menu pun aku tahu sudah mahu pesan apa. Mocha. Itu air kegemaranku.

Bagi aku, jenis-jenis kopi yang dipesan, boleh melambangkan personaliti seseorang itu. Seperti contoh, orang yang sukakan Americano, jenis yang tak ambil peduli tentang orang. Pahit kopi hitam yang ditelannya juga melambangkan keberaniannya mengharungi apa saja dalam hidupnya.

Kalau mocha pula, bermaksud orang yang selesa dengan kesederhanaan. Dia tak seberani mereka yang meminum americano, dan tak juga sepemalu mereka yang minum coklat ais. Seperti muka aku, perwatakan aku juga sederhana. Mungkin sesetengah orang akan menganggap aku seorang yang membosankan.

"Iced mocha satu."

"Iced mocha? Interesting choice." Dia senyum lagi lebar menunjukkan sebaris gigi yang dipagar braces. Aku sedang menggunakan seluruh kudrat aku, sedaya-upaya untuk tak jatuh terjelepuk di hadapan manusia sempurna ini.

"Your name?"

"Akhyar."

"Akhyar? I'm gonna remember that name then," dia kenyit mata sekali dan berlalu pergi menyediakan pesananku.

Aku rasa roh aku dah terbang keluar dari badan aku sekarang.

Nota: Jangan lupa vote dan komen! Teringin nak tahu pendapat korang 😋

BARISTATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang