Emir Akashah dan Hayfa Irdina.
Dua hati yang sudah lama bertaut. Cinta dari zaman persekolahan. Jarak usia 3 tahun bukanlah satu halangan untuk dua insan ini saling jatuh cinta.
Hayfa sedar dia masih terlalu muda dan mentah dalam mengenal erti cint...
"Maybe the two different worlds we live in weren't different. We saw the same sunset.."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Beberapa hari lagi, sesi persekolahan pada tahun ini bakal melabuhkan tirainya.
Maka, peperiksaan SPM juga bakal menjelang tiba.
Emir semakin sibuk dengan tugasnya sebagai ketua pengawas dan calon SPM pada masa yang sama.
Masanya bersama Hayfa juga agak terhad. Namun, semua itu tidak memberikan apa-apa kesan kepada hubungan mereka.
Jika berkesempatan, mereka akan rehat bersama atau sekurang-kurangnya berbalas whatsapp sebelum tidur.
Peperiksaan akhir tahun sudah pun tamat 2 minggu yang lalu. Jadi, pelajar-pelajar lain hanya datang ke sekolah untuk memenuhi kedatangan disamping menunggu keputusan kertas peperiksaan dari guru masing-masing.
Alhamdulillah, setakat ini Hayfa berjaya dengan cemerlang. Berkat doa ibu bapa dan juga usahanya sendiri. Tidak lupa juga jasa Emir yang banyak membantunya.
Usai sesi persekolahan, Hayfa menunggu Emir di tepi pagar sekolah. Dhea sudah pun pulang terlebih dahulu.
"Ehem..sorang je ke?"
"Taklah. Berdua, bertiga, berempat. Tak nampak ke?" Bidas Hayfa, sebal.
"Janganlah garang sangat, Irdina. Awak tahu tak, lagi awak marah..lagi terserlah comel awak?" Naqiudin mengusik.
Hayfa menjulingkan matanya ke atas. Tak kuasa dia mahu melayan Naqiudin.
"Irdina..," seru Naqiudin lagi.
"Can you please stop calling me with that name again?"
"Why? Irdina. Cantikkan nama tu. It's your name, by the way..," ujar Naqiudin.
Keningnya berkerut memandang wajah gadis dambaannya itu.
Masakan nama sendiri dipanggil tak suka? Bukan aku panggil baby ke sayang ke?
"Ye, memang nama saya. Tapi takda orang panggil saya dengan nama tu. Faham tak?"
"Tapi saya suka dengan nama Irdina. Suit you well. Cantik, ayu je. Plus, saya nak awak rasa special sebab cuma saya yang panggil awak dengan nama tu," balas Naqiudin.
"Huh, ikut awaklah. Berbalas cakap dengan awak ni, saya takkan pernah menang.."
"Hayfa?" Emir muncul dari pagar sekolah.
"Emir.."
Matanya tajam menikam wajah lelaki yang berdiri di sebelah gadis kesayangannya.
"Kau nak apa? Dia tak suka kau kacau dia kan? Kau tak faham bahasa ke?" Tona suara Emir berubah keras.
Sudah lama dia bersabar setiap kali Hayfa meluahkan ketidakselesaannya apabila diganggu pelajar dari sekolah sebelah.
Memandangkan Emir seringkali tamat sesi persekolahan lebih lewat dari Hayfa, jadi peluang untuk berhadapan dengan Naqiudin juga tipis.