Terlanjur Cinta 4

6.3K 321 5
                                    

"If the only place that I could see you was in my dreams, I'd sleep forever.."

6 bulan kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 bulan kemudian.

Gadis itu mengelamun di atas katilnya. Fikirannya jauh menerawang memikirkan hari esok. Hari yang tidak mahu ditempuhinya.

Nafas ditarik panjang sebelum dihembus perlahan. Mampukah mereka menempuh dugaan yang akan mendatang?

Bunyi deringan telefon membuatkan Hayfa tersentak. Terbang pergi segala lamunannya tadi.

Dikerling skrin telefon. Terpampang nama Emir sebagai pemanggil.

"Hello..," suara Emir menyapa pendengaran sebaik sahaja Hayfa melekapkan telefon di telinga.

"Hello. Hai..," sapa Hayfa, tidak seceria selalu.

"Hayfa? Kenapa ni..?"

"Hurmm..takda apa lah. Awak buat apa tu? Dah siap semua?" Soal Hayfa cuba mengelak.

"Dah. Semua dah ready. Hayfa..saya tahu awak tak okay. Come on, talk to me..," pujuk Emir lembut.

Emir sedar Hayfa sememangnya tidak pernah menyokong keputusannya menyertai angkatan tentera.

Tetapi dia mahu gadis itu sedar semua yang dilakukan ini demi cita-citanya selain mahu membina impian masa depan bersama gadis kesayangannya.

"Takda apa lagi yang boleh saya katakan. Awak dah nekad dengan keputusan awak. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk awak, Emir," ujar Hayfa.

Emir melepaskan keluhan kecil.

Topik ini sudah beberapa kali dibincangkan mereka tetapi kebiasannya akan berakhir dengan pergaduhan.

Dia tidak mahu mencetuskan apa-apa sengketa lagi memandang esok dia bakal berangkat untuk melapor diri di kolej.

"Hayfa, saya minta maaf kalau keputusan yang saya buat ni..bertentangan dengan kehendak awak tapi percayalah..saya buat demi cita-cita saya. Saya buat ini semua juga untuk masa depan kita nanti.."

"Terlalu awal untuk bercakap soal masa depan kita, Emir. Terlalu jauh lagi. Takpa lah, kalau ini yang awak nak..saya hanya mampu doakan yang terbaik. Jaga diri, Emir.."

"Awak tak nak datang hantar saya, esok?" Soal lelaki itu penuh berharap.

Hayfa terdiam.

Sejujurnya dia tidak punya kekuatan untuk menghantar pemergian Emir.

"Saya tak janji, Emir.."

"Saya tunggu awak, Hayfa. Saya harap sangat dapat jumpa awak esok sebelum saya pergi," ucapnya penuh pengharapan.

"In shaa Allah..," hanya itu yang mampu dibalas Hayfa.

Malam itu, Hayfa tidur bersama linangan air mata. Dia tahu, tidak ada gunanya lagi dia menghalang Emir.

TERLANJUR CINTA ©️ (TERBIT)Where stories live. Discover now