Terlanjur Cinta 7

6.3K 329 10
                                    

"Maybe our eyes need to be washed by tears once in a while, so that we can start to see clearly again.."

6 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 tahun kemudian.

Sejak dari pagi, Hayfa sibuk dengan kuliahnya. Sebelah petang pula dia perlu menghadiri perjumpaan dengan pensyarah berkaitan dengan program yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

Gadis itu kini di tahun akhir pengajiannya di sini. Mengambil jurusan pendidikan, Hayfa mahu mengabadikan diri sebagai seorang pendidik.

Setelah tamat SPM beberapa tahun lalu, dia berjaya menempatkan dirinya di sini.

Betapa dia bersyukur diberikan peluang untuk menyambung pengajiannya seperti mana impian dan harapan dirinya juga hasrat kedua ibu bapanya.

Puan Mariam dan Encik Borhan sangat berbangga dengan pencapaian Hayfa dalam pelajaran.

Anak kedua mereka, Hayqal pula kini menyambung pelajaran di universiti dalam bidang kejuruteraan.

Hayfa sedang berehat di sebuah gazebo ketika telefonnya berbunyi.

Melihat nama yang tertera, gadis itu tersenyum.

"Assalamualaikum, mama..," sapanya mesra.

"Waalaikumussalam. Kakak buat apa tu? Busy?"

"Tengah duduk rehat ni ma. Busy sepanjang hari. Mama, abah sihat?"

"Alhamdulillah. Kami sihat je. Kakak busy macam mana pun jangan abaikan makan okay, sayang?"

"In shaa Allah, ma. Mama jangan risau. Biasalah dah final year ni, banyak sangat nak kena settlekan. Kakak rindu nak balik kampung," rengek Hayfa.

Terdengar ketawa halus dari Puan Mariam.

"Nanti free, baliklah. Mama dengan abah sentiasa tunggu kepulangan anak-anak. Kakak..," seru Puan Mariam.

"Ye, ma?"

"Ada surat untuk kakak sampai. Mama rasa macam kad. Kakak nak mama buka?"

Kad? Kad apakah?

"Bukalah ma.."

"Sekejap ye?"

Hayfa terdengar bunyi kertas yang dikoyak.

"Kad jemputan perkahwinan ni, kak..," ujar Puan Mariam perlahan.

Kad jemputan? Hatinya berdetak laju.

"Dari siapa ma?" Suaranya bergetar.

Lelaki itu bakal berkahwin ke? Hatinya dijentik rasa hiba.

"Pengantinnya nama Naqiudin..," jawab Puan Mariam.

Naqiudin? Serta merta Hayfa terasa sebak. Sesak dadanya.

"Bila majlisnya, ma?"

"Dua minggu lagi.."

"Okay. Mama, kakak kena pergi ni. Nanti bila-bila kakak free, kakak call mama ye?"

TERLANJUR CINTA ©️ (TERBIT)Where stories live. Discover now