Part 7

525 10 0
                                    

Sewaktu Liya menuruni tangga dia melihat ruang tamu yang kosong. Sunyi sepi. Pintu dibiarkan terbuka manakala pintu besi ditutup. Pelik. Dia melangkah ke dapur.

"Kak long masak apa tu." Soal Liya kepada Lina yang sedang menggoreng sesuatu. Dia mengambil air minuman di dalam peti sejuk. Tanpa dia sedari ada mata yang memandangnya dari sudut yang tersembunyi.

"Masak bihun gor..."jawab Lina lalu memandang ke arah Liya.

"Mana tudung. Kenapa tak siap lagi." Soal Lina.

"Abang long kan keluar dengan Mira. Nak siap apanya." Jawab Liya pelik.

"Bukan Liya patutnya keluar dengan Farhan ke. Tu Farhan dari tadi tunggu Liya, Liya tak nampak ke. ?"

Liya terus melihat ke arah yang ditunjukkan. "Makkkk" Liya terkejut melihat Farhan. Kepalanya diraba-raba. Terus dia lari apabila sedar rambutnya tidak bertutup.

Sampai sahaja dibilik, telefon bimbit diambil. Dia pantas menelefon Farhan. Tanpa memberi salam langsung sahaja dia menanyakan soalan."Apa abang buat kat sini."soal Liya.

"Kan abang dah cakap semalam abang nak bawa Liya keluar hari ini?"

"Liya tak setuju pun nak keluar. Abang ni kenapa " Dia menahan sabar.

"No excuse. Abang tunggu Liya dekat bawah. Cepat siap." Arah Farhan lagi.

"Orang tak nak keluarlah. Tak faham bahasa ke" Suara Liya meninggi. Sudahlah Farhan telah melihat rambutnya. Sekarang abang sepupunya itu memaksa dia untuk keluar pula. 

"Abang tunggu."

"What...dia boleh putuskan talian macam tu je. Geramnya aku. Kalau nak tu tak menyabar. Jangan harap aku nak siap. Biar dia tunggu"

Kalau Farhan boleh buat dia macam tu dia pun boleh. Liya mengambil keputusan untuk berbaring di katil sambil membca novel. Biarkan Farhan tunggu dia lama-lama. Tiga puluh minit kemudian Liya terdengar suara kak long di luar pintu biliknya.

Rambutnya yang panjang mengurai itu terus disanggul sebelum membuka pintu biliknya

"Nak apa ni kak"dengar malas Aliya bertanya.

"MasyaAllah budak ni. Ni kenapa tak siap lagi. Farhan dah tunggu lama dah kat bawah tu."

"Kan Liya cakap Liya tak nak pergi. Kenapa tak faham-faham ni."

"Apa yang tak faham. Ishh Liya ni cepat siap. Kak long tak kira lagi 5 minit turun. No excuse."terjegil mata Lina memandang adiknya.

"Kak long, Liya tak nak keluarlah. Boleh tak jangan nak paksa-paksa Liya. Kak long ni pun sama je dengan Farhan. Dari semalam lagi Liya tak setuju nak keluar." rungut Liya. 

"Apa lagi Liya yang susah sangat ni nak keluar dengan Farhan. Dia ajak keluar je kan."

"Masalahnya Liya tak nak. Liya nak rehat kat rumah." Liya masih berkeras tidak mahu keluar. 

"Tak boleh ke Liya dengan Farhan jadi macam dulu. Ni tak. Sekarang ni kenapa susah sangat Liya nak dengar kalau kak long cakap pasal Farhan. "

"Dulu dan sekarang tak samalah."

"Apa yang tak sama. Liya masih terasa dengan Farhan ke."

"Apa dia buat kat Liya dulu masih rasa sakit tau kak. Kak long tak rasa macam mana rasa diperbodohkan oleh abang sepupu sendiri." Liya sudah emosi apabila mula bercakap tentang masa dulu. 

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now