Part 12

498 9 1
                                    


"Morning kak long" ucap Liya ketika melihat Lina yang sedang memasak di dapur.

"Morning. Ok dah ke perut Liya." Soal Lina.

"Ok dah sikit kak long. Kena makan ubat tu boleh tak rasa sakit sangat." Dia mengambil alih memasak nasi goreng di dalam kuali.

"Senyap je ni kak long. Mana yang lain."pelik Liya melihat Lina seorang sahaja yang ada di situ. Selalunya Mira akan teman mamanya di dapur. Duduk di atas kerusi makan sambil bermain dengan anak patungnya. 

"Anak buah kesayangan Liya tu hah tengah tidur lagi. Mengantuk lah tu semalam kita orang lambat tidur berjaga pasal dia lah. Pukul 2 lebih tu baru nak tidur.Liat sungguh nak tidur"

"Abang long keluar sekejap pergi mana tah. Kata nak beli barang kerja dia."

"Ohhh..hari ni Liya kerluar dengan abang Farhan tau kak."

Lina tersenyum-senyum melihat adiknya yang sedang mengacau kuali.

"Ada apa-apa yang kak long tak tahu ke ni. Nak keluar dengan Farhan rupanya. Patutlah cantik semacam"

"Apa kak long ni. Kak long lah suruh abang Farhan datang ambil Liya kan semalam. Tak pasal-pasal dia ajak Liya keluar hari ni sebab nak tengok kereta kat office. Kalau ikutkan Liya, nak panggil orang untuk tunda je kereta tu."

"Farhan pun tak kisah kan bila akak suruh dia ambil Liya semalam." Lina tersengih.

"Yelah tu"Liya tidak mempedulikan kakaknya. Dia ralit mengacau bihun di dalam kuali.

"Ehh..tu macam kereta Farhan je kat depan tu"

Liya menutup api dapur sebelum turut memandang ke luar. Farhan sudah memberhentikan keretanya di hadapan rumah mereka.

"Cepat pula dia sampai ni." Rungut Liya.

"Tak pelah Liya pergilah bersiap. Kak long pergi panggil Farhan masuk, sarapan sekali."

Liya tidak berkata banyak lantas berlalu naik ke atas menuju ke biliknya. Dua puluh minit kemudian Liya turun dengan mengenakan blouse putih brcorak bunga yang dipadankan dengan seluar hitam dan tudung yang sama warnanya. Kelihatan ringkas dan cantik.

"Eh mana abang Farhan."soal Liya ketika melihat Lina sedang bersarapan seorang diri.

"Dia dah sarapan kat rumah katanya. Dia tunggu Liya kat luar je.Cepatlah sikit sarapan tu, lama dah Farhan tunggu tu"

"Alah kak long ni dia yang datang awal tau. Janji pukul berapa. Hari ni datang pukul berapa. Bukan salah Liya."

"Tak baik biar orang tunggu kita lama-lama lah dik"

Baru sahaja dua suap sudu Liya makan, dia terus minum air. Pinggan di bawa ke dapur untuk membasuh.

"Eh..dah habis ke makan tu"tanya Lina apabila melihat makanan masih terdapat di dalam pinggan Liya.

"Tak payahlah. Tak baik biar orang tunggu kita lama-lama." Dia bukan apa. Cuma tidak suka Lina selalu menyebelahi Farhan.

Lina menggeleng kepala melihat tingkah Liya.

"Duduk Liya makan bagi habis."

"Tak apalah kak long. Kak long makan je lah. Dah lambat sangat ni. Kesian pula abang Farhan tunggu Liya lama-lama kat luar tu." Sengaja dia buat Lina rasa serba salah.

Liya melihat Farhan yang sedang menyandarkan diri di kereta miliknya sambil memegang telefon bimbit.

"Lambat" kata Farhan setelah menyedari Liya sudah pun berdiri di tepinya.

"Nope. Liya tak lambat. Abang yang datang awal. Janji semalam pukul 10.30. Tapi hari ni abang yang datang awal kan. Sekarang baru pukul 10.15. Siapa yang salah sekarang. Orang nak sarapan pun tak sempat bila kak long dah beria kata abang tunggu Liya dah lama kat luar ni."

"Abang cakap satu patah perkataan je. Liya balas berpatah-patah. Ye maafkan abang sebab abang Liya tak boleh sarapan. Okay sekarang jom abang teman Liya sarapan. Abang belanja kat mana pun Liya nak."

Liya mencebik. Dia pantas masuk ke dalam kereta. Dengan selamba dia menukar lagu yang terpasang di dalam kereta Farhan.

"Abang ni tak ada lagu lain ke dengar. Bosanlah asyik lagu yang sama."

"Liya ingat lagi abang suka lagu ni" tanya Farhan. Terharu sebab Liya masih ingat lagu kesukaannya walaupun lagu itu sudah lama dan jarang di dengar lagi pada waktu sekarang.

Liya tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh Farhan. Tangannya terus menekan butang untuk memlih lagu.

"Liya nak sarapan kat mana ni" soal Farhan lagi apabila Liya tidak menjawab pertanyaannya.

"Kedai mamak sudahlah. Nak makan roti canai"

Farhan mengangguk. Terus memandu untuk mencari kedai mamak. Sepanjang perjalanan ke kedai mamak mereka hanya di temani dengan lagu yang bermain di radio. Liya melihat sekilas ke arah Farhan. 

Farhan tetap kelihatan tampan dari dahulu. Dengan mengenakan tshirt berwarna merah dan seluar jeans hitam menyerlahkan lagi warnya kulitnya yang cerah. Ditambah lagi dengan jam yang dipakai di tangannya melihatkan Farhan kelihatan sungguh tampan pada hari itu. Walaupun pakaiannya kelihatan ringkas tetapi menarik pada pandangan mata Liya. 

Macam manalah dia tidak jatuh hati dengan abang sepupunya itu. Tidak di beri lagi jawapan kepada pertanyaan Farhan tentang luahan hati abang sepupunya....

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now