Part 11

440 9 0
                                    


Seteleh berpuas hati dengan penampilannya, Farhan melangkah keluar dari bilik. Bersiul sambil kaki melangkah turun ke bawah.

"Hah Han, jom sarapan. Segak-segak ni nak pergi mana. Hari cuti ni. Selalu waktu macam ni kamu tidur lagi." Tanya Encik Hamdan.

"Han nak keluar sekejap dengan Liya." Jawab Farhan . Dia melabuhkan punggung disebelah Encik Hamdan.

"Nak pergi mana kamu berdua tu" sampuk Puan Aisya.

"Nak pergi tengok kereta Liya yang rosak semalam. Nak hantar bengkel lepas tu pergilah mana-mana luangkan masa dengan Liya macam dulu-dulu." Beritahu Farhan sambil tersengih-sengih.

"Yang kamu ni senyum-senyum kenapa." Soal Puan Aisya pelik melihat kelakuan anak tunggalnya.

"Senyum pun salah ke"

"Kamu ada apa-apa yang nak beitahu pada kami ke"

"Hah..beritahu apa ni umi. Mana ada apa-apa." Farhan masih lagi tersenyum. Bihun goreng di suap ke dalam mulut.

"Kamu suka Liya ke Farhan." Puan Aisya merenung Farhan di hadapannya.

"Apa umi ni. Kenapa tiba-tiba tanya pasal Liya?"

"Umi tanya. Sebab sebelum ni lepas sahaja kamu bercerai dengan Ain kamu tak pernah nak bersiap segak-segak macam ni. Memanjang duduk dekat rumah. Kalau keluar rumah pun sebab ada urusan kerja. Keluar lepak, lagi-lagi dengan Iman. Tak ada orang lain."

"Betul juga kata umi tu Han. Baba tengok sejak Liya balik ni kamu lain macam sikit. Sikit-sikit termenung. Senyum sorang-sorang. Tak pernah nak membantah kalau umi suruh pergi rumah Liya."

Farhan masih lagi tersengih. Memang betul apa yang diteka oleh orang tuanya.

"Ermmm..sebenarnya umi..memang Han memang suka Liya pun dari dulu, tapi Han lambat sedar. Lepas Liya pergi sambung belajar baru Han rasa kehilangan."

"Tapi masa tu kan Han dan kahwin dengan Ain."

"Ye memang betul. Han dah kahwin dengan Ain masa tu. Kalau umi dengan baba nak tahu kami berpisah pun sebab Ain sedar perasan Han pada Liya. Sejak dari situ memang kami tak sehaluan dan Ain berjumpa dengan orang lain. Kami berpisah secara baik."

Puan Aisya dan Encik Hamdan hanya mampu menggeleng mendengar luahan hati anaknya.

"Jadi Liya tau tak kamu nak dekat dia."

"Sebenarnya umi, dulu Han pernah kecewakan Liya sebelum Han kahwin."

"Maksud kamu apa"

"Liya pernah luahkan perasaan pada Han. Dia pun sukakan Han. Tapi masa tu Han kata dekat dia perasaan sayang Han pada dia cuma sebagai sayang abang kepada adik. Masa tu Liya betul-betul kecewa umi. Tambah-tambah Han tak pernah beritahu dia Han dah nak kahwin dengan Ain. Dia sama sekali tak tahu Han bercinta dengan Ain masa tu."

"Disebabkan dia ingat Han masih bersendirian dia berani luahkan perasaan dia. Han rasa menyesal sangat sebab tolak dia dulu umi." Farhan tertunduk kesal apabila mengingatkan kembali situasi semasa dia menolak Liya dahulu. Dia masih ingat riak kecewa terpancar di muka adik sepupunya itu.

"Jadinya sekarang macam mana." Soal Encik Hamdan.

"Kamu nak umi masuk meminang dia"

"Tak boleh umi."

"Apa pula tak boleh. Han tunggu apa lagi? Sampai kucing bertanduk baru nak kahwin lain. Dua-dua dah suka sama suka kan"

Dahinya digaru berkali-kali. Dia setuju jika umi hendak masuk meminang Liya, tetapi buat masa sekarang dia masih tak yakin dengan Liya. Adakah Liya dapat terima dia ataupun tidak.

"Bukan macam tu umi.."

"Habis tu macam mana?"

"Awak ni pun la, cuba bawa bersabar"tegur Encik Hamdan.

"Sebenarnya Han tak pasti Liya dapat terima Han ke tidak. Han takut Liya masih kecewa pasal dulu tu. Sebab tu dia sampai terima tawaran sambung belajar ke korea tu umi. Sebab nak lari dari Han. Dan sekarang , Liya lebih suka jauhkan diri dari Han dan sering mengelak daripada jumpa dengan Han. Hari ni pun dia terpaksa je jumpa Han. Berapa kali Han ajak keluar semuanya di tolak. Kalau dia terima pun sebab kak long Lina yang paksa dia umi."

"Ya Allah sampai macam tu sekali Liya kecewa dengan kamu Han. Patutlah baba tengok dia nak tak nak layan kamu bila kita datang ke rumah mereka masa Liya baru balik dari korea."

"Habis tu sekarang ni macam mana. Umi tak sabar nak bawa Liya tinggal kat sini. Kamu pun tau kan. Dia anak saudara umi yang paling rapat dengan umi. Bila kamu kahwin nanti boleh Liya duduk sini kan bang" Puan Aisya teruja.

"Kamu ni..kalau mereka kahwin pun mesti diorang nak tinggal berasingan dari kita. Baru ada privacy" sampuk Encik Hamdan apabila melihat isterinya yang terlebih teruja.

"Ehhh dahla umi baba,Han dah lambat ni. Karang merajuk pulak si Liya tu."

Kalau melayan borak umi dan babanya tidak tahu sampai bila akan habis. Sebelum melarat lebih baik dia pergi dahulu.

Selepas mencium tangan Puan Aisya dan Encik Hamdan, Farhan mengambil kunci diatas meja dan berlalu ke arah keretanya yang di parkir di dalam garaj. 

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now