Sudah lebih sebulan Diana bekerja sebagai PA baru Lucas. Makin lama Lucas kenal dengan perempuan tu, makin dia perasan sesuatu yang sangat menarik. Ya, PA dia tu seorang TSUNDERE.
Semua yang dia cakap berlainan dengan perasaan sebenar dia. Tak berapa nak jujur bila bercakap tapi boleh teka dari mukanya yang nampak panik. Bila mulutnya mula merapu benda tak betul, Diana akan larikan diri dan salahkan Lucas.
Tak pasal-pasal dia sentiasa disalahkan oleh Diana dan dimarahi PA dia yang tak pandai hormat majikan sendiri. Sudahlah dia selalu dimaki Diana. Tapi Lucas tersengih saja bila jadi macam tu. Miya? Setiausahanya itu hanya akan tersenyum macam devil kat tepi. Katanya, Lucas yang pilih Diana.
Miya dah halang tapi Lucas degil. Jadi Lucas kena hadap cacian dan makian Diana setiap hari sejak sebulan lepas. Lucas kini hanya mampu garu kepala dan berlagak macam hatinya sedikit pun tak terguris. Dia iron woman. Eh? Salah. Man.
Ice King.
Dia tak terasa sikit pun.
"Diana, harini ada apa-apa ke?" soal Lucas saat dia tiba di pejabat pagi itu.
"Mesyuarat dengan Pengarah dari syarikat Wion untuk dapatkan tender bagi projek pembangunan di Kawasan A." ujar Diana sambil melihat jadual di buku jurnal.
"Haish." Lucas mengurut dahi. Malam tadi dia dah kena bebel dengan Leon, kalau dia tak dapatkan projek ni dia bakal dihantar pulang ke rumahnya. Dalam erti kata lain, kena halau keluar dari rumah Leon.
"Selain tu?" dia menyoal semula.
"Makan malam dengan calon yang ke-35 yang Tuan Besar pilih untuk dijadikan kekasih dan.. tunang Cik Muda?" berkerut kerut kening Diana ketika dia membaca agenda yang seterusnya.
Gedebuk!
Lucas hampir jatuh dari kerusi. Macam mana dia boleh lupa?! Sejak Leon dah kahwin ni, dia asyik dihantar ke temujanji yang dibuat oleh keluarganya dengan banyak perempuan! Tapi malangnya, bila mereka semua lihat Lucas datang sebagai perempuan, mereka larikan diri.
Hahaha!! Lucas memang sengaja. Dia datang dan duduk di meja makan. Kenalkan diri sebagai calon yang mereka nantikan dan cakap dia sukakan perempuan. Kalau perempuan tu tak kisah berkahwin dengan dia, dia juga akan terima. Malang, perempuan mana yang nak berkahwin dengan perempuan lain yang lebih cantik dari mereka?!
Mereka fikir calon temujanji itu sepatutnya Tuan Muda?! Kenapa boleh bertukar sebagai Cik Muda?! Disebabkan perangai Lucas yang tak habis-habis menyusahkan keluarganya itu, dia dimarahi si ayah. Tapi Lucas tak berhenti kenakan semua calon yang datang. Dia peduli apa? Dia tak suka perempuan hipokrit yang datang sebab harta dia.
Hmph!
"Cik Muda?" panggil Diana apabila melihat wajah pucat Lucas.
Walaupun lepas jatuh dari kerusi, masih mampu bangun dengan sangat elegan. Cantik! Truly amazing!
Mata Diana bercahaya dan penuh dengan bintang. Teruja. Majikannya terlalu cantik dan sangat anggun! Dia juga mahu jadi cantik macam Lucas. Tapi tubuh gempal Diana buat dia rasa insecure. Dia tak mungkin mampu capai tahap macam Lucas.
"Apa yang awak pandang?" tanya Lucas apabila Diana merenungnya lama.
Gelisah Lucas dibuatnya. Apa ni, main pandang-pandang? Lama-lama jatuh cinta nanti, susah!
"Huh?! Pandang? Siapa pandang Cik Muda? Saya pandang tong sampah belakang Cik yang tak dikosongkan tu. Sampah tu lagi menarik nak dipandang dari Cik. Hmph!" dengus Diana sambil menjeling Lucas.
Dush!
Serangan padu! Lucas tak menarik. Sampah lagi menarik dari dia. Buat Lucas rasa tergugat dengan kecantikan sendiri. Apa dia tak cukup cantik dan menarik ke? Penat dia bersolek awal pagi sebelum datang kerja. Tapi Diana rasa sampah lagi sedap mata memandang dari tengok Lucas.
Walaupun Lucas tahu Diana selalu tak maksudkan semua yang dia cakap, tapi hatinya masih terasa sakit!
"Diana.. ahaha.." Lucas hilang kata-kata.
"Heh, dasar perasan. Harap muka je lawa tapi sebenarnya perangai tu tak adalah lawa mana pun! Patut la sampai sekarang tak kahwin lagi. Tak ada siapa nak dekat Cik kalau perangai perasan macam ni." tembak Diana lagi. Selepas serang dengan anak panah, dia upgrade jadi senapang.
"Urgh.." Lucas hanya mampu tersengih hambar.
"Lepas tu senyum macam kerang busuk! Apa sengih sengih? Ingat cantik? Ingat comel? Dah tua, sedar la diri tu. Tak payah acah perasan kanak-kanak." tak cukup dengan senapang, dia bedil dengan bazooka.
Lucas tewas. Senyuman di wajah hilang terus. Dia pandang Diana untuk beberapa saat sebelum memalingkan mukanya. Dia mencapai segala dokumen yang dia perlukan dan berjalan keluar dari pejabat.
"Ada mesyuarat kan? Jom la cepat." ujarnya sebelum dia menutup pintu. Jujur, Lucas terasa gila. Keluar dari pejabat dia berlari ke tandas dan Lucas mengalirkan air mata. Hatinya tak kuat. Kena marah dengan Leon pun dia menangis.
"Uwuuu~" Lucas menekup wajahnya dengan tapak tangan.
"Tsk, tsk.. kan dah pesan sebelum ni, Tuan Muda degil." secara tiba-tiba, muncul suara si Miya, sekretari tak berapa nak berguna milik Lucas ni.
"Huwa?!" Lucas hampir tercabut jantungnya. Dia bersandar di dinding dan melihat kiri dan kanan.
Miya memandang ke arah cermin sambil membetulkan alat solek do wajahnya.
"Macam mana Miya kat sini?!" Lucas menyoal, terkejut. Ni tandas eksekutif? Hanya khas untuk Lucas guna.
"Hm? Tuan Muda tak tahu? Saya dah lama guna tandas ni. Tandas lain tak mewah macam ni. Alang-alang saya dengan Tuan Muda kawan baik sejak kecil, apa salahnya saya guna tandas ni?" Miya bersuara.
"Tch!" Lucas menjeling Miya tak puas hati.
Memang betul dia dan Miya kawan baik sejak kecil. Lucas, Leon, Miya dan tunang Miya yang mana Lucas tak berapa nak suka. Mereka berempat merupakan kawan baik sejak kecil. Miya merupakan anak kepada pekerja ayahnya jadi mereka boleh dikatakan membesar bersama. Kini, Miya pula bekerja dengannya.
Tunang Miya si pemandu Lucas pula merupakan anak kepada pemandu Leon. Kenapa Lucas tak suka dia? Sebab lelaki tu dulu pernah sukakan Lucas. Ya, dia sebelum ni tak tahu yang Lucas tu lelaki dan jatuh cinta dengan Lucas. Selepas dapat tahu yang Lucas sebenarnya lelaki, dia trauma dan Miya adalah orang yang dah pujuk dia.
Beberapa tahun selepas itu mereka berdua jatuh cinta dan akhirnya bertunang. Kini, menanti masa untuk berkahwin selepas duit yang dikumpul cukup. Lucas tak suka betul dengan si pemandu itu. Jangan sebut nama dia atau muka Lucas boleh bertukar hijau.
"Tuan Muda, lap la air mata tu. Dah comot maskara yang Tuan Muda pakai." tegur Miya, menyedarkan Lucas dari lamunan.
"Hah?! Mana ada! Kalis air kot!" tegas Lucas sambil cepat-cepat memeriksa matanya di cermin.
Mana ada cair? Alat solek dia semua jenama mahal, berkualiti tinggi. Menangis pun tak akan memberikan sebarang tompok cela di wajah. Hmphhh!
Miya tersenyum. Dia menepuk bahu Lucas, memberikan semangat.
"Tuan Muda jangan pedulikan semua yang Diana cakap. Anggap saja dia tak betul." tegur Miya sebelum keluar dari tandas.
Lucas hanya berdiri di situ, diam.

ANDA SEDANG MEMBACA
Parmesan Cheese (Completed)
Humor(SEQUEL VANILLA BLUE) Gemuk, suka makan dan tak ada diet yang seimbang. Diana sering dikutuk kerana dirinya yang gempal. Tapi apa salah dia? Dia cuma suka makan. "Makan tu bagus, tapi bukan berlebihan." tegur kawan baiknya. Diana juga mahu bercinta...