Lucas tahu lambat laut dia perlu keluar juga dari rumah. Semua sebab wanita yang dijadikan tunangnya itu seorang yang menakutkan, Lucas ambil keputusan untuk bersembunyi di dalam rumah. Dia sanggup keluar dari rumah Leon dan Eve dan beli sebuah rumah lain untuk duduk di situ.
Tak ada sesiapa tahu kecuali Miya. Tempat dia tinggal sekarang. Miya cakap, Lucas boleh saya berpakaian macam lelaki dan tak perlu menyamar jadi perempuan. Perkara mudah saja, sepatutnya. Malang, Lucas tak mampu melakukan perkara tersebut. Ini kerana bila Lucas sedar saja, dia tahu dia dah lupa.
Dia lupa cara berpakaian macam lelaki.
Rutin hariannya sejak kecil yang dia dah biasa adalah bangun pagi, mandi, bersiap dan bersolek macam perempuan. Pilih baju yang cantik dan ikat rambut yang panjang. Rambut asal Lucas, kalau tak pakai rambut palsu pun memang dah panjang mencecah bahu.
Lucas cuba lakukan apa yang Miya cakap. Jadi lelaki semula. Sepatutnya Lucas boleh buat, tapi bila dia cuba, dia gagal. Dia tak tahu macam mana. Dia lupa. Lucas sedar dia dah jauh tertinggal. Dia pakai baju lelaki tapi rupanya jadi macam perempuan dalam pakaian lelaki.
Dah nak masuk sebulan. Sebulan Lucas dalam persembunyian dan sebulan juga dia terseksa melarikan diri. Dia tak boleh lari. Dia perlu berhadapan dengan masalah dan selesaikannya. Baru sekarang dia teringat akan PA dia yang mulut puaka tu. Diana.
Apa agaknya cerita dia? Dah sebulan dia tak jumpa. Rasa rindu pula nak kena maki hamun. Tak macam tunang dia yang gila tu, kena kutuk dengan Diana depan-depan lagi baik dari Queen Control yang asyik semua benda tak betul. Eh, sekejap! Lucas tak mengaku pun wanita tu tunang dia! Nama pun Lucas masih tak tahu! Hmphhh!!!!
Kalau nak dibandingkan perempuan tu dengan Diana, Lucas rasa Diana lagi cantik. Cuma dia badan gempal sikit. Kalau Diana kurus, mesti lagi cantik dari wanita yang mengaku tunang dia tu. Hm? Lucas terkebil-kebil bila fikirkan asyik-asyik mengarah ke arah Diana.
Kenapa sejak kebelakangan ni dia asyik ingat Diana? Pelik. Rasa kosong dalam tangan dan hati.
Tak puas hati, Lucas telefon Miya.
"Miya, saya nak cakap dengan Diana." ujarnya, berterus terang.
"Eh, eh? Nak cakap dengan dia pergi la telefon dia. Telefon sini buat apa?" perli Miya. Rasa macam kena paksa makan makanan anjing. Tak cukup dengan tu, sumbat sekali cuka. Grr~
"Tapi dia tak angkat?" Lucas membalas, serba salah. Sebenarnya dia dah pun telefon Diana sebelum ni tapi tak pernah berangkat.
"Bila Tuan Muda telefon?" tanya Miya, macam detektif.
"Tengah malam.. tadi?" lambat lambat Lucas bersuara.
"Gila ke?!" sekali Lucas kena jerit dengan Miya. "Siapa nak jawab telefon tengah malam?! Dah tidur la tu!"
Lucas mencebik. Mana la dia tahu. Dia tak boleh tidur malam, rindu. Dia cuma boleh capai telefon dan telefon orang yang berada jauh darinya itu.
"Tapi kalau saya telefon masa lain pun dia tak angkat juga." rayu Lucas lagi. Memang betul, sejak dia tak datang kerja, sejak dia bersembunyi, Diana tak jawab telefon bila dia yang memanggilnya.
Miya mengeluh. Takkan la dia nak beritahu Lucas, Diana tak jawab telefon sebab dia merajuk dan patah hati bila dapat tahu Lucas bertunang? Lucas tak tahu pun Diana suka dia.
"Diana ambil cuti setahun." lapor Miya.
"Hah?!" Lucas dapat rasakan, sesuatu, sesuatu dalam hatinya retak.
Eh? Setahun? Cuti setahun.. kenapa?
"Diana sakit ke? Ada masalah? Kenapa setahun? Lamanya?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Lucas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Parmesan Cheese (Completed)
Humor(SEQUEL VANILLA BLUE) Gemuk, suka makan dan tak ada diet yang seimbang. Diana sering dikutuk kerana dirinya yang gempal. Tapi apa salah dia? Dia cuma suka makan. "Makan tu bagus, tapi bukan berlebihan." tegur kawan baiknya. Diana juga mahu bercinta...