1

721 73 37
                                    

Diana berjalan di tengah malam di sekeliling taman dekat dengan perumahannya. Langit berbintang menjadi tatapan. Ketika itu juga, dia terdengar bunyi seseorang berlari. Diana menoleh ke tepi. Ada orang berjoging di tengah malam. Pelik.

"Eh?" Diana memerhati kelibat yang sedang berlari itu. Rambut panjangnya diikat satu, beralun ke kiri dan kanan bila dia berlari. Macam kenal.

"Ah?!" ketika kelibat itu melepasi kerusi tempat Diana duduk, dia kembali mengundur beberapa tapak.

"Awak!" Lucas menunjuk ke arah Diana. Perempuan yang marah dia masa majlis Eve siang tadi! Sudah la dia selepas itu dihalau Leon dan Eve. Lucas yang nak rawat hati lara itu mengambil keputusan untuk berjoging di tengah malam.

"Urgh.." Diana menggigit bibirnya. Wajah perempuan cantik di depannya dipandang tak puas hati. Mana taknya, nak berjoging pun perlu ke pakai make up? Rambut pun sempurna terletak. Bentuk badan pun dah lawa, tinggi lampai lagi.

"Awak buat apa dekat sini? Dah malam. Bahaya tau perempuan duduk seorang diri." tegur Lucas yang mana tak cukup nafas selepas berjoging beberapa pusingan. Dia mengambil tempat duduk disebelah Diana.

"Huh, cakap orang. Saya ni tak lawa, siapa nak tengok? Lain la kalau awak.. mungkin la selalu kena kacau!" tuduh Diana.

Berkerut kening Lucas apabila mendengar kata-kata Diana.

"Nak saya teman awak balik?" Lucas menawarkan diri. Biar saja dirinya dimarah Diana.

"Tak payah nak tunjuk baik, mentang-mentang la muka cantik! Padahal dalam hati busuk!" kutuk Diana lagi.

Tapi semua tu luaran semata-mata. Dalam fikiran Diana, dia menjerit. Wahh!! Orang yang dia suka duduk sebelah dia! Menjerit!! Diana teruja! Bau wangian apa dia pakai ni? Berpeluh pun masih bau wangi! Tak adil! Sempurna! Terlalu cantik, hari malam pun rasa terang berderang saja! Sudah la baik hati, nak temankan balik! Dia tak risau ke, mana tahu aku culik dia nanti?

"Hati.. busuk..." Lucas tak tahu apa yang ada dalam fikiran Diana. Perempuan gempal itu sedang berperang dengan perasaan. Tapi ayat Diana buat muka Lucas pucat.

Lucas tawarkan nak hantar Diana balik walaupun dia tak kenal perempuan gempal tu sebab dia risau. Dah tengah malam, bahaya perempuan jalan seorang diri. Tapi, mungkin ke perempuan ni ingat aku orang jahat? Fikir Lucas. Mungkin dia ingat Lucas mahu menculiknya dan jual dia ke mana-mana. Lucas rasa dia seorang yang sangat jahat pula tiba-tiba.

Macam nak ambil kesempatan pada perempuan gempal tu. Dia tak berniat apa-apa pun. "Maaf. Maafkan saya." Lucas bersuara dan dia pantas bangun sebelum berjalan pergi dari situ. Tak bersemangat. Wajahnya masih suram dan pucat.

"Eh?!" Diana yang mana teruja berjumpa orang yang dia minat terus berhenti berfikir apabila Lucas secara tiba-tiba meminta maaf dan berlalu pergi.

Diana bangun dan cuba memanggil tapi baru dia sedar, yang dia tak tahu nama perempuan cantik itu. Dia hanya mampu melihat kelibat Lucas hilang ditelan malam hari. Kecewa.

.
.
.
.
.

Keesokan harinya, Leon ditadah dengan wajah Lucas yang pucat lesi. Apa yang dia buat semua tak betul. Sepupunya macam mayat hidup?

"Kau kenapa? Takkan la sebab apa aku cakap semalam.." sebelum sempat Leon habiskan ayat dia, Lucas menggenggam kedua belah bahu Leon dengan erat.

Wajah sepupunya direnung lama.

"Leon, kau rasa aku cantik tak?" soal Lucas dengan serius.

Pap!

Pipi Lucas ditampar oleh Leon. "Maaf, aku dah ada isteri." sepupunya membalas tanpa belas kasihan.

Eve yang sedang makan sarapan di meja menjamu selera hampir tersembur keluar makanan dalam mulut. Entah kenapa dia tiba-tiba mula ragu-ragu dengan hubungan si suami dan sepupunya itu. Eve gigit baju, geram.

Lucas memegang pipi yang ditampar. Hampir mengalir air matanya.

"Leon, jawab la..." rayu Lucas.

Leon mengeluh. "Mn." akhirnya dia mengangguk. Tak dinafikan, sepupunya itu mempunyai wajah yang agak cantik berbanding lelaki biasa. Muka yang lembut.

Mendengar jawapan Leon, semakin pucat kulit Lucas.

"Kau dah kenapa?" Leon menyoal sekali lagi. Tak puas hati.

"Kau tau, semalam aku keluar jogging. Aku jumpa perempuan sama. Dia kata aku ni harap muka je cantik, tapi hati busuk." adu Lucas. Hatinya terluka.

Leon mengeluh lagi. Dia mengambil tempat di sebelah Eve dan mula menjamah sarapan pagi.

"Psst! Kenapa dia ada kat rumah ni?" Eve berbisik bila dia ada peluang.

"Oh, Eve tak tahu.. tapi Lucas memang tinggal sini." balas Leon.

Lupa dia nak beritahu Eve. Lucas tak suka balik ke rumah keluarganya sebab keluarga Lucas tak akan benarkan dia pakai baju perempuan atau bersolek. Bila di rumahnya sendiri, Lucas perlu berlagak macam Tuan Muda sebenar dan dia tak bebas. Hasilnya? Dia merempat di rumah Leon sejak dia pulang dari luar negara. Hanya apabila dia duduk dengan keluarga Leon, barulah dia bebas buat apa saja yang dia mahu.

"Eh?" Eve yang mendengar cerita Leon tentang Lucas, tiba-tiba rasa kasihan pula.

Dia memandang Lucas yang boleh dikatakan agak lembut dari lelaki lain. Bukanlah nak cakap dia macam perempuan betul, tapi Lucas melayan semua orang dengan sangat lembut. Buat sesiapa saja tak boleh nak membenci Lucas. Gaya dia buat orang kasihan dan nak jaga dia dengan baik.

"Tch! Ada anak dah besar pula nak dijaga." Eve menjuihkan bibir.

Leon mengangguk. "Ah.. anak dah besar nak dijaga." dia mengiyakan kata-kata Eve.

Lucas, 'anak' yang perlu dijaga.

Tanpa Lucas sedar, pasangan pengantin itu dah pun cop dia sebagai anak kesayangan. Dia yang masih risau dengan kata-kata Diana malam semalam masih tak boleh nak teruskan hari-harinya.

"Lucas, makan dulu." panggil Eve apabila perasan yang lelaki itu hanya berdiri di tepi dinding dapur.

Akhirnya Lucas berjalan ke meja makan dengan lesu nya.

"Oh, Lucas.. nanti di pejabat tolong ambil bahagian dalam pemilihan pekerja baru ya?" tegur Leon selepas dia selesai makan. Dia kemudiannya bersiap untuk ke pejabat.

Eve pula laju sahaja menyediakan semua keperluan Leon.

"Lucas, kau dengar tak ni?" Leon menyoal sekali lagi.

"Hmm.." Lucas mengangguk. Lambat saja dia makan.

"Kau lambat, aku beritahu Pak Cik." ugut Leon.

Mendengar ayahnya disebut, Lucas segera melajukan pergerakannya.

Tak lama selepas itu dia habis makan dan terus bersiap. Leon dah lama dulu pergi kerja. Lucas sampai di pejabat setengah jam kemudian. Sekretari Lucas, Miya dah menanti di depan pintu.

"Tuan Muda.. ah maafkan saya.. maksud saya.. Cik Muda Lucas, sila ikut sini." dia menyambut sambil membawa Lucas ke tempat temuduga pekerja baru.

"Tch~ malasnya~ " Lucas yang mana kini bertanggungjawab memilih pekerja baru, rasa macam dicampak satu beban atas bahu dia.




Parmesan Cheese (Completed)Where stories live. Discover now