Diana menampar pipinya sendiri. Apa yang dia cakap ni?! Sanggup dia cakap macam tu dekat Lucas?! Tidak! Dia tak sengaja! Semuanya berlaku dengan pantas dan bila dia sedar saja mulutnya terlebih dahulu bercakap tanpa berfikir.
Kini, Lucas merajuk dan keluar dari pejabat. Diana rasa bersalah. Dia nak betulkan keadaan tapi dia malu. Dia sebenarnya nak puji Lucas. Namun yang keluar adalah dia samakan Lucas dengan sampah. Satu penghinaan!
Akhirnya dia ke bilik mesyuarat yang dinyatakan dalam agenda dan menanti Lucas untuk sampai. Saat dia melihat majikannya itu muncul, Diana mahu memohon maaf.
"Hmph, mentang-mentang la bos, datang lewat pun tak apa." perli Diana.
Tap!
Langkah kaki Lucas terhenti, hampir dia tersadung jatuh dengan tumit tinggi yang dia pakai.
Diana menampar mulut sendiri dalam fikirannya. Bukan itu yang dia nak cakap! Dia nak minta maaf! Tapi kenapa dia tak boleh nak cakap apa yang betul-betul hatinya nak luahkan?! Kenapa?!
"Ahh.. dah mula ke?" tanya Lucas.
"Nak tunggu mula baru nak sampai ke?" perli Diana lagi.
Terkebil-kebil mata Lucas. Akhirnya dia masuk ke dalam bilik mesyuarat diikuti oleh Diana di belakang. Diana mengetap bibirnya. Geram. Dia tak berniat nak cakap macam tu. Tidak! Bukan sesekali mahunya untuk sakitkan hati Lucas.
Akhirnya mesyuarat berjalan seperti biasa tanpa sebarang masalah dan selepas itu, Lucas dan Diana kembali semula ke pejabat mereka.
"Tengahari ni awak nak makan sekali?" ajak Lucas.
"Cik nak makan dengan saya? Rela ke Cik nak makan dengan orang biasa macam saya ni? Nanti kotor pula suasana.." mulut Diana masih belum boleh berhenti mencari gaduh.
Lucas dah malas nak ambil kisah. Dia ambil nasihat Miya, anggap Diana tak berapa nak betul.
"Hm. Betul juga tu. Buat malu je." layan Lucas.
Kali ini Diana rasa dunianya retak dan runtuh. Lucas mengiyakan kata-katanya! Selama ini Lucas tak pernah melawan, dia hanya akan senyum. Tapi kali ini dia iyakan?! Lucas nampaknya betul-betul dah merajuk! Diana betul-betul rasa bersalah! Tapi bila dia nak minta maaf, lain yang keluar dari mulut dia. Jadi Diana hanya mampu menutup mulutnya rapat-rapat. Akhirnya Lucas keluar makan seorang diri.
.
.
.
.Sampai di temujanji yang ditetapkan oleh keluarganya, Lucas macam biasa muncul dengan pakaian perempuan. Dia bersolek menjadikan rupanya sangat jelita dan menawan. Rambut palsunya disarung ke kepala. Perfect!
Semuanya sebab dia nak gagalkan temujanji yang dan dirancang itu. Peduli apa Lucas kalau orang tuanya mengamuk? Kalau dia cakap dia tak nak kahwin, dia tak nak kahwin.
Di meja yang dijanjikan, dia duduk disitu tanpa menegur wanita di hadapannya.
"Awak ni.. siapa?" soal wanita itu.
Lucas memerhati wanita yang menjadi pilihan keluarga untuk kali ini. Agak cantik. Nampak elegan macam Cik Muda. Sopan santun dan suaranya juga lembut. Tubuhnya agak kecil molek tapi dipadankan dengan sepasang tumit tinggi menampakkan dia lebih menarik. Boleh tahan pilihan orang tuanya kali ini.
Tapi Lucas tak akan mengalah!
Pap!
Meja itu ditampar oleh Lucas. Matanya mengecil sambil merenung wanita itu.
"Dengar sini perempuan, jangan berani kacau Lucas atau aku akan hancurkan hidup kau!" ugut Lucas.
[Dalam fikiran Lucas: Ohoho!! Lakonan aku layak Oscar betul tak? Kan?! Ohoho!! ]
"Awak, teman wanita Lucas?" wanita itu bertanya. Riak mukanya berubah keruh.
"Hmph! Aku dah tidur dalam bilik Lucas, mandi dalam bilik air dia, makan sekali, buat kerja sekali, dalam erti kata lain semuanya ada aku! Kau, tak layak!" tambah Lucas lagi. Dah semestinya, sebab dia orang yang sama dengan Tuan Muda Lucas. Guhehe~
Mendengar kenyataan yang dinyatakan dengan bangga itu buat wanita tersebut terdiam seketika. Dia memerhati perempuan cantik berambut lurus panjang dihadapannya itu lama. Tinggi lampai persis model. Barangkali memang model kerjayanya?
"Heh, perempuan murahan." kutuk wanita itu sebelum tersenyum sinis. Fikir dia akan mengaku kalah hanya sebab perempuan berlagak yang tiba-tiba muncul ni cakap dia dan Lucas pernah tidur sekali? Tak mungkin!
"Kau?!" Lucas menuding jari ke arah wanita itu. Panas hatinya. Siapa perempuan murahan? Hei! Lucas lelaki! Tapi dia lupa, dia berpakaian macam perempuan ketika itu.
"Betul la, perempuan murahan? Sanggup panjat katil lelaki. Apa kau nak? Harta? Sekurang-kurangnya aku masih ada maruah. Keluarga Tuan Muda Lucas pilih aku." dia membalas semula dengan cili pedas.
Urgh! Lucas mengetap gigi. Nampaknya lawan kali ini tak macam wanita-wanita sebelum ni yang mana semua larikan diri selepas diserang. Wanita kali ini dah bersedia. Dia, wanita tulen yang dah matang dan tahu kawal keadaan! Cis!
"Hei, aku tak perlukan harta. Aku sendiri dah kaya raya!" Lucas membidas.
"Oh? Cik Muda? Tahniah?" wanita itu menjungkitkan sebelah kening.
Kuhh!!! Lucas tewas lagi! Peluh dingin mula mengalir di dahi. Perlu ke dia berundur diri?
"Dengar sini, perempuan murahan.. apa pun hubungan kau dengan Tuan Muda Lucas, selepas ni dah tak akan ada lagi. Aku akan pastikan kau, tak akan berani tunjuk muka! Aku lebih layak bersama Tuan Muda Lucas! Bukan perempuan murahan macam kau yang tak ada maruah!" tibai wanita itu lagi dengan kasar.
Jantung Lucas berdegup laju. Marah? Gelisah? Apa perasaan ni? Kenapa wanita ni tak nak putus asa? Kenapa?
"Kenapa kau tak nak putus asa? Lucas aku punya!" marah Lucas, dia menyatakan perasaannya dengan jujur.
"Putus asa? Kau la yang patut putus asa. Kau ingat aku tak tahu? Calon yang datang temujanji sebelum ni mungkin kau berjaya halau mereka semua, tapi bukan aku!" dia bersuara dengan yakin.
"Lucas dah tidur dengan perempuan lain pun, kau nak juga?" Lucas menyoal sambil sinis dia tersenyum. Nak juga dia tahu jawapan wanita itu.
"Hm? Lepas ni, aku akan pastikan dia tak ada peluang untuk tidur dengan perempuan lain lagi. Kau tak perlu risau. Aku ada cara aku untuk disiplinkan lelaki macam dia." balasnya.
Lucas meneguk liur. Disiplinkan dia? Wanita ni mengarut! Lucas tak akan tunduk pada sesiapa! Wanita ni dah melampau!
"Hmphhh! Kau, nama kau apa?!" soal Lucas.
"Perempuan murahan, kau tak layak tahu nama aku." dia sinis memandang ke arah Lucas sebelum bangun dan berlalu pergi dari situ.
"Arghhh!!" Lucas yang masih panas hati itu mencampakkan pinggan dan gelas di atas meja restoran tersebut ke atas lantai. Bunyi pinggan dan cawan pecah mengejutkan semua pelanggan tapi Lucas peduli apa? Dia boleh bayar ganti rugi.
Diana yang menanti di tempat letak kereta melihat jam di tangan. Lucas lewat kali ini. Dia terfikir, seronok sangat ke temujanji kali ni? Selalunya tak sampai 10 minit, Lucas dah selesai. Tapi kali ni dah lebih setengah jam. Diana mula rasa cemburu.
YOU ARE READING
Parmesan Cheese (Completed)
Humor(SEQUEL VANILLA BLUE) Gemuk, suka makan dan tak ada diet yang seimbang. Diana sering dikutuk kerana dirinya yang gempal. Tapi apa salah dia? Dia cuma suka makan. "Makan tu bagus, tapi bukan berlebihan." tegur kawan baiknya. Diana juga mahu bercinta...