5

659 71 12
                                    

Dua minggu. Diana perasaan dua minggu lepas sejak Lucas keluar temujanji dengan calon pilihan keluarganya itu, dia dah tak lagi datang kerja. Tapi Diana masih perlu ke pejabat bagi menguruskan urusan Lucas. Walaupun bos tak ada, pekerja masih perlu lakukan tugas. Miya pula adalah orang paling sibuk. Ke hulu dan ke hilir dia pergi untuk membantu Lucas.

Bila Diana tanya tentang Lucas, Miya hanya mampu mengeluh dan geleng kepala. Katanya majikan mereka itu dah terperangkap dengan wanita gila sebagai tunang. Diana terkedu. Pertama kali dia dapat tahu, dia terkejut. Sebab tunang Lucas seorang wanita cantik. Wanita? Tapi.. tapi.. bukankah sepatutnya tunang dia lelaki?

Diana keliru.

Tapi dia tak tanya lebih. Lucas suka perempuan? Cuma itu soalan yang Diana tanya Miya.

"Yup! Terkejut? Tapi aku lagi terkejut kalau Lucas suka lelaki." balas Miya sebelum berlalu pergi, kembali melakukan tugasnya.

Diana makin keliru.

Eh?!!!!

Kalau Lucas suka perempuan...

Tapi ada peluang ke Diana?

Akhirnya dia sembunyikan diri di tandas dan menangis. Bila Miya masuk ke dalam, dia agak terkejut bila dengar bunyi tangisan teresak-esak. Seram. Dia fikir tandas tu berhantu. Tapi bila disoal, suara Diana yang menjawab.

"Kau dah kenapa, gemuk?" tanya Miya, menyampah saja dia tengok Diana ni. Dah la selalu kutuk Lucas. Sejahat-jahat mulut Miya, tak adalah nak sakitkan Lucas macam yang Diana buat. Hmphhh!!!

"Uwuu~" Diana masih mengalirkan air mata.

"Oi, gemuk." panggil Miya lagi.

"Diamlah kau papan. Sekurang-kurangnya aku ada isi." tepis Diana.

Dush!

Si papan mengundurkan diri beberapa tapak ke belakang dengan mata putih ke atas. Mulut Diana memang tajam!

"Kau menangis ni dah kenapa gemuk? Tak malu ke? Orang ingat tandas ni tandas berhantu kau tahu tak?" Miya menyoal siasat.

"Aku tahu la papan tak boleh menangis, tapi tak perlu nak jaga tepi kain orang. Kalau orang ingat tandas ni berhantu pun, sekurang-kurangnya hantu dia bukan papan." Diana masih tak mahu kalah. Mulutnya bercakap tak ada lesen. Tapi dalam hati, Diana menyumpah diri sendiri. Dia sebenarnya nak cakap terima kasih sebab Miya ambil berat. Tapi, malang sekali.

"Hmph! Bersyukur la papan ni ambil berat! Lepas ni, jangan harap nak ada papan yang berbaik dengan kau!" marah Miya, sakit hati.

Miya kemudiannya keluar dari tandas tersebut. Tapi dia tak jalan jauh. Dia berhenti di tepi pintu luar untuk mengeluarkan telefonnya. Siapa sangka, ketika itu dia mendengar sesuatu yang menakjubkan?

"Uwuuu~ kenapa? Kenapa?!" marah Diana sambil menampar mulutnya sendiri.

"Kenapa mulut tak nak jujur?! Menyusahkan orang je! Bukan tu yang aku nak cakap! Wuu~" tangisan Diana makin deras.

"Miya, maafkan aku. Aku nak cakap terima kasih. Peliknya.. kenapa aku tak boleh nak cakap jujur? Wuu~"

"Cik Muda.. saya sebenarnya nak makan bersama setiap kali cik ajak untuk makan tengahari. Saya sebenarnya suka tengok cik setiap hari. Anggun dan cantik, buat saya rasa teruja. Cik Muda jadi idola saya. Saya harap dapat jadi cantik macam tu juga."

"Tapi saya ni gemuk. Tak ada siapa nak dekat saya. Saya tak berniat nak marah atau perli atau kutuk sesiapa. Tapi mulut ni selalu cakap bertentangan dengan apa yang saya nak cakap. Saya tahu dan sedar saya tak layak berada di sisi cik. Wuu~ maafkan saya.. uwuu~ maafkan saya~"

Miya menelan liur. Dia menjenguk ke dalam tandas dan ternampak Diana yang mana kini dah memeluk lutut di tepi sinki. Eii~ apa perempuan gemuk ni buat atas lantai? Tak rasa kotor ke?! Menyirap betul darah Miya! Dia lantas kembali berjalan masuk ke dalam tandas dan berdiri betul-betul di depan Diana.

"Oi, gemuk!" panggil Miya.

Diana mendongak.

"Kau suka Lucas, kan?!" soal Miya.

Diana tergamam. Tiba-tiba dia ditanya soalan cepumas!

"Jawab, kau suka Lucas betul tak?!" Miya menekankan lagi soalannya. Kalau suka, kenapa Diana ni masih tak jujur?! Kesian Lucas!

Diana mengetap bibir. Wajahnya bertukar merah. Nampak sangat ke perasaannya terhadap Lucas? Sampai Miya tanya dia soalan macam ni?

"......." Diana mengangguk tanpa sebarang suara.

"Tapi kau gemuk, kau tak ada keyakinan diri. Kau rasa kau tak cantik. Kau tak sesuai nak berdiri sebelah Lucas. Lagipun, kau fikir Lucas perempuan." ujar Miya.

Diana keliru dengan ayat terakhir Miya tapi dia masih angguk.

"Kau nak kurus? Kau nak jadi cantik?" tanya Miya, kali ini nadanya dilembutkan.

Berkerut dahi Diana. Apa rancangan Miya?

Miya menghulurkan tangannya dan menanti Diana untuk menyambut. Beberapa saat kemudian, Diana menyambut tangan yang dihulur.

"Bagus. Mulai hari ni, minta cuti setahun." suara Miya bergema.

Setahun? Cuti setahun?! Diana rasa kepalanya berpinar tapi Miya dah heret dia dulu keluar dari tandas. Selepas membuat panggilan telefon, Miya meminta diri untuk keluar bersama Diana. Walaupun Diana tak pasti ke mana Miya nak bawa dia, dia tahu ianya bukanlah sesuatu yang bagus.

Peluh dingin mengalir membasahi dahi Diana. Kenapa dia rasa mood Miya lain macam saja ni?

"Kenapa kau tolong aku?" tanya Diana di dalam kereta. Perjalanannya masih belum diketahui ke mana arah tuju. Miya tak cakap ke mana destinasi mereka.

"Sebab aku tak suka perempuan yang jadi tunang Tuan.. Cik Muda Lucas! Dasar berlagak! Suka mengawal orang!" kutuk Miya.

"Wanita yang ke temujanji sebelum ni?" tanya Diana, bergosip nombor satu!

"Hmph! Ada hati berangan nak jadi isteri Tuan.. bluergh! Lucas punya pasangan! Hmph! Belum kahwin dah kawal macam-macam. Lucas nak keluar pun kena minta kebenaran dia. Dia siap laporkan pada Tuan Besar! Mentang-mentang la Tuan Besar pilih dia, ambil kesempatan!" Miya lantas menyuarakan segala rasa tak puas hati.

"Harap muka cantik, tapi perangai Queen Control. Ada hati nak cakap orang lain perempuan murahan bila dekati Lucas! Dia la murah, belum jadi isteri dah berlagak!" tambah Miya lagi bila dia ingat saat dia pergi berjumpa Lucas bagi menyerahkan dokumen pejabat.

"Oh.. biasa la. Tak ada otak, kepandaian letak dalam buah dada. Kena bahagi dua." ejek Diana, teringat perempuan malam tu yang mana mempunyai buah dada yang boleh dikatakan mantap dan besar. Impian semua perempuan. Dah la pakai baju menonjol.

"Kan?! Tahu la besar! Macam nak tersembul keluar dari baju! Butang nak tercabut!" Miya menggigit lengan bajunya. Bila dia fikir badannya yang leper itu, buat Miya bertambah sakit hati. Tengoklah, dia akan buat wanita itu menyesal! Menyesal!!!!

Tak lama kemudian, Diana menyedari yang kini dia dan Miya mampu berbual tanpa sebarang mulut puaka Diana keluar. TSUNDERE dah tak ada bila dia bercakap dengan Miya. Macam Diana dan Eve, mampu berbual macam biasa.

Diana tersenyum kecil, satu progress yang baik.



Parmesan Cheese (Completed)Where stories live. Discover now