TEMAN

1.4K 40 2
                                    

Penatnya habis lengoh lengoh badan aku. Mana tak lengohnya seharian duduk buat kerja tak bergerak.

Padan muka sapa suruh kau tinggalkan syarikat kau lama lama sangat, Sekali pergi kerja bertimbun da....

Baik aku mandi dulu lepas tu aku nak fikir berapa orang yang aku nak cari ganti kekosongan di tempat kerja.

Nak kata ramai aku pecat ada lah jugak dalam lima orang. Termasuklah CEO yang di banggakan semua.

Sebaik lepas aku mandi tiba tiba kepala aku berdenyut. Aduh sakitnya! Kenapa pulak ni. Aku bergerak pelahan ke arah katil. Nasib baik baju aku dah pakai masa dalam bilik air.

Tuala yang masih atas kepala aku ambil buat tutup muka. Sakit.. Sakit sangat. Padahal sakit kepala je tapi sakit dia tuhan je tahu.

Aku tidur terlentang. Nak ambik ubat di dapur? Tak boleh aku sakit sangat. Aku nak mintak tolong siapa ni?

aku mengalirkan air mata bukan sebab sakit tapi aku teringat masa masa jessica jaga aku masa aku sakit dulu. Sungguh aku rindu.

Aku cuba pejam kan mata harap dengan penat di tempat kerja mampu buat aku lelap dan lupakan sakit ni kejap.

5saat

Aku bukak mata balik tak tahan denyutan di kepala kuat sangat sampai tak mampu aku nak tidur. aku tak boleh aku dah tak tahan.

Aku nak call syuhada sekarang tapi dia mesti penat macam aku sebab aku tumpang kan dia balik hari ni, sebab kereta dia rosak kena hantar bengkel.

Telefon jelah aku dah tak tahan sangat dah ni.

Tut tut tut

Syuhada: "hello puan Marsha, puan ada apa² ke Call saya ni?" tampa salam tampa kabar terus dia bertanya.

Aku:" saya bagi alamat ni awak datang sekarang tolong belikan penadol sekali, cepat sikit" terus aku matikan talian. Tak sempat dia nak membalas.

Aku gagah kan diri hantar location rumah aku dekat syuhada. Walaupun aku dah tak tahan buka mata sebab sakit sangat. Tapi aku perlu buat nanti dia tak dapat alamat dia tak datang lagi teruk aku.

Aku pejam kan mata balik sambil tunggu syuhada datang. Eh kejap dia nak datang dengan apa? Bukan ke kereta dia rosak? Ah pandai pandai lah dia nak hidup

Ting tong

Mata aku bukak pelahan silau lampu bilik memedihkan mata menambahkan lagi rasa sakit.

"Masuk" aku jerit tapi tak kuat.

Eh jap aku dalam bilik di kat luar macam mana dia nak dengar aku suruh dia masuk? Bodohnya kau ni Mar...

Aku ambik telefon di tepi kepala,   Nombor syuhada aku Dail pantas sebelum meletakkan telefon di telinga. Mata masih aku pejam berat nak buka. Hebat kan aku Dail no syuhada sambil tutup mata?

Hahaha. Aku gurau je masa aku Dail tu aku bukanlah kejap lepas tu tutup balik.

Tu tu tu

"Puan saya dah depan geat ni" katanya.

"Syu...  Sekarang awak pakai seluar ke kain?" nampak macam bodoh tapi tak.

"Ke.. Kenapa puan?" tanya dia pelik.

"Jawab je" jawab lah weh...  Aku dah tak larat ni nak cakap.

"Seluar?" akhirnya jawapan yang aku tunggu tunggu.

"Boleh tak awak panjat pagar tu? Saya tak larat nak bangun ni. Lepas tu kunci pintu bawah pasu kecik yang warna merah tu" arah aku.

Kalau dia tak panjat, lantak lah aku call hospital terus. Aku dah tak larat sangat ni. Sakit kepala masih tak hilang. Panggilan dah aku matikan.

HatiWhere stories live. Discover now