SEBILIK

1.4K 49 8
                                    

Sebaik sampai di rumah kami berdua memunggah barang ii yang baru di beli ke dapur. Masa untuk menyusun barang!

Peti ais di buka apa yang ada hanya beberapa botol air mineral. Pada mulanya agak malu tapi aku tepis perasaan malu tu. Ialah rumah besar tapi satu makanan pun takda. Ni kalau tiba ii ada tetamu yang tak di undang datang mahu malu 7 keturunan ni.

"Awak bagi barang saya susunkan"arah aku pada Syuhada.

Syuhada merespon dengan mula menghulurkan barang pada aku. Tak sampai 5 minit peti ais dah mula penuh.

Aku dan Syuhada mula menyusun barang di kabinet ii pulak. Dari satu kabinet ke satu kabinet. Aku rasa dalam 30 minit jugak aku dan dia menyusun barang di dapur.

Perut pun dah lapar. Ialah dari pukul 8:30 keluar rumah hingga dekat pukul 2 petang baru selesai semua hal. Mahu tak lapar.

Kruk~~

Aku dengar perut dia berbunyi tangan dia menggosok lembut perutnya mungkin lapar. Dah masa nak makan dekat shopping mall dia taknak kata tak lapar bila nak berhenti makan masal balik dari jumpa minah sanget tu dia kata serba salah dah nak balik.

Ha... Jadi macam nilah bila degil sangat. Bila di ajak makan kata taknak sekarang dah lapar. Sebenarnya aku pun lapar jugak dah dia kata taknak makan takkan aku nak berhenti makan semata mata nak kenyangkan perut aku je kan?

"Ha.. Lapar ke?"kata aku kepada dia.

"Hihihi. Hak a... "Kata dia sambil tersengih.

"Jadi camna sekarang nak makan dulu ke atau nak mandi dulu?" tanya aku.

Kalau ikutkan hati nak je aku makan dulu baru mandi tapi tak boleh lah sekarang nanti aku buat perangai dia  kata apa pulak.

"Erk? Mandi dulu baru kita sama ii masak, boleh?"tanya dia.

"Okay, dah jom" kata aku bersemangat.

Aku bergerak ke arah tangga tapi dia masih tercegat di dapur. Asal pulak Syu... Ni? Apa lagi yang tak kena?

"Em? Mar... Sayakan mandi bilik tetamu jadi nanti saya ambik barang dan letak dekat bilik tetamulah kan? Ke Mar nak saya letak barang saya dekat mana?" kata dia memberi jawapan pada soalan aku sendiri.

"Ya... Tak ya jugak kan. Em... Okay kita selesaikan hal bilik dulu"kata aku lagi.

"Saya nak tanya awak nak tidur bilik mana? Dengan saya ke? Atau bilik tetamu?"tanya aku.

"Dengan awak" jawab dia pantas.

Aik? Dengan aku? Taknak bilik lain?
Aku tengok dia. Dia menekup mulutnya dengan telapak tangan manakala riaksi dia pulak seakan terkejut. Mungkin baru sedar dengan jawapan sendiri.

"Kalau awak kata camtu saya okay je" jawab aku bersahaja.

Okay jugak ada teman sebilik boleh bersembang sampai pagikan? Tapi kena ada bataslah jugak taknaklah aku tunjuk bodoh sangat nanti tak pasal ii dia cop aku ni macam ii.
Yelah aku ni kan Boss dia.

Hum? Dulu janji nak jadi diri yang dulu tapi bila dengan dia aku jadi lembut pulak? Sama macam dulu. Macam masa aku dengan Jessica,  Atau dia mengingatkan aku tentang jess? Entah aku pun tak tahu.

"Erk? Bukan ii maksub saya... "Belum dia habis cakap aku dah potong.

"Okay saya mandi dulu. Sambil tu awak simpanlah barang ii awak dalam almari baju" kata aku sambil berlalu pergi ke tingkat atas.

Apa yang aku jawab tadi?  De.. Dengan  a... awak? Aku dah gila ke?
Tidak ii aku... Aku tak boleh sebilik dengan dia lagi.

Wa... Malunya aku ni kali kedua aku dapat malu free dengan dia dalam hari ni. Kalau aku dapat malu lagi tak tahulah aku.

HatiWhere stories live. Discover now